Saya suka apple

Saya suka apple, serius.Lepas pakai tak pernah rasa nak kembali ke jenama nokla atau sory ariseng.dua tiga menjak ini, pelik betul dengan celcom yang kerap menghantar khidmat pesanan ringkas dekat saya, menawarkan pembelian telefon BB.Bukan nak kutuk ke apa ke, tapi berdasarkan pengalaman,pakai BB adalah kurang seronok berbanding iPhone.The smoothness,the capability, dan advantages begitu banyak yang anda boleh google sendiri.

Kawan-kawan yang memakai bb pun sudah mula merungut,menyatakan kesesalan mereka.Sesetengah daripada mereka mengalami masalah auto off, dulu saya ada juga masalah ini, sakit hati betul kan, dah type msg panjang-panjang tiba – tiba dia auto restart.Mungkin ada problem dengan memori, selalunya apabila memori full, perkara ini kerap terjadi.Entahlah.Tapi ada advantage juga kan bb ini, boleh ber BBM kan?sejauh mana ke bestnya tak sempat pula saya cuba.Kena tanya along lah dengan perkara ini sebab kurang arif.

Dulu ada orang perli “peti ais saya ada epal, ada hijau ada merah,” personally saya suka hijau, sebab masam-masam sikit kan.. :-D .Takpe saya faham, anda pakai BB, itupun ihsan daripada orang,jadi mungkin anda teruja dapat kan. Hint* orang lain dapat juga lah hahaha.

Sekarang celcom menawarkan program yang menyenangkan anda untuk membeli beberapa smartphone dengan cara mudah.Anda kumpul token, tak silap paling tinggi 80 token equals to discount sebanyak rm500.Kira kalau sesiapa yang berminat dengan Touche tu boleh dapat kurang dalam rm1600 tak silap.Kira affordable dari 2000 lebih tu.Tapi rasanya kalau dah berhabis duit beli beg, duit nak beli Touche dah tak ada kan?Atau boleh pakai yuran sem depan pula. :-P .* mood memerli mereka yang menggunakan yuran untuk membeli barang tidak keperluan.

bukan saja nak perli, tapi macam pelik lah, duit yuran kot, beli barang buat apa?kalau duit elaun, sara hidup, boleh lah di terima.takpe, kalau nak apple, saya ada banyak dekat rumah, dalam peti sejuk, siap ada oren lagi,dan strawberry.Cicah coklat sedap woow~~

Sebenarnya tak kiralah pakai apa pun, tapi yang penting manfaatkan sepenuhnya apa yang kita ada.Dulu saya busy betul nak tukar ke SE,pasal kononnya Carl Zeiss nokia tak bagus, tapi last-last sama jep.terus kumpul duit angkat DSLR satu, haaa melaram ar sampai habis.

Sebenarnya nak cerita pasal apple (berapa kali nak sebenarnya daa~) .Aplle sedang mengadakan promosi sebenarnya, jadi kalau sesiapa yang ada wang saku lebih boleh lah begerak ke kedai apple yang berdekatan.Jangan pula pergi tanya nyonya tu, “apple iPad ada?”, nanti tak pasal dia jawab “nak sayap ke tak?Haiyaaaa~~”Okey mungkin ada yang faham, dan mungkin banyak yang faham dari yang tak faham, so kalau yang tak faham please tanya yang paham yer.

ingat nak upload beberapa gambar, sebab apa?sebab mood selok ke apple.Saya tahu, hari in hari happy Amir Ridwan,kan kan kan? :laugh:

Lepas ni iTable okey? :laugh:

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »