Happy day!!!!

Hari ini tidur selama sejam, kepada kawan-kawan ini bukan satu perbuatan yang baik tahu, badan memerlukan tidur yang cukup.Pagi tadi hantar kereta untuk di servis.Sampai dekat bengkel  tu, sempatlah menjenguk kereta iq yang sedang di baiki.

saya sakit, tapi tak lama lagi saya akan sihat

Selepas menghantar kereta,saya pulang untuk melelapkan mata, hanya untuk dikejutkan 2 jam kemudian.Kereta dah siap diservis dan kini selepas memandu tadi saya rasa prestasinya menjadi semakin bagus.Enjin pun rasa ringan, dan lebih pick up lah orang kata.

Perut yang memang tak di isi tadi,meminta-minta di penuhkan hajat.Kerana lapar sangat, saya pun buat keputusan untuk pergi mencari makanan.Kebetulan Ai yang begitu baik hati telah sudi untuk menemani saya makan.Dapat juga saya makanan yang di idamkan semalam, Mee Kari.

meeHoon Kari, sedap boss

Selepas hampir masuk waktu maghrib, saya decide untuk pulang ke rumah.Malam ini kononnya nak plan dengan Aunty Sherry nak keluar, tapi memandangkan beliau sibuk dengna pertandingan boling, terpaksalah batalkan hasrat tersebut.Sms ke Adik, mana tahu ada plan apa-apa, dan beliau tergerak hati untuk membeli webcam.Katanya webcam laptop dia tak cukup cerah dalam gelap.Orang kata the more the merrier, C pun join kita orang juga.

So selepas siap-siap, saya bergerak menuju ke rumah Adik.Singgah kejap dekat rumah umi (mengikut kata aunty sherry),nak amik Creen.Tiba-tiba papayun pun nak follow, so semakin seronoklah jadinya.Memandangkan saya tidak begitu pandai untuk memandu kereta auto, saya telah di ambush kerana meletakkan P ketika di traffic light.Safety orang kata :-D ,kata saya cuba untuk memujuk hati yang sudah bersedia untuk merajuk.Today hari happy jangan nak mengada-ngada nak merajuk.Singgah Mega untuk mengambil Abang yang begitu rajin berlatih boling.

sorunk konon,anym ngan yda tu bukan orang eh..=p

Selepas merembat Abg dari mega, terus bergerak menuju ke Ecm untuk emnunaikan hajat Adik yang masih belum kesampaian.Adik dah beli tahu, kamera 8M tu.So,nanti tiada alasan lagi untuk tidak berwebcam di dalam gelap huhuhu.Papayun nak minum kejap so singgahlah di kedai bintang rusa jantan kejap.

Adik"saya merasa gembira setelah dapat memegang webcam yang baru, terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membantu dalam menjayakan misi pembelian ini. saya"air teh o ais limau ada tak kat sini?kalau tak ada memang koman ar"

Panjang betul caption tu kan?tolong baca dengan teliti dan maafkan kalau terdapat typo.

Adik"Sedak nyer...' Papayun "...."

Sempat lah mendengar lawak jenaka dari Creen pasal ‘USE YOUR HEAD”.Kelakar juga dia ini, memang die dah jadi pelawak ke sekarang?entah.Tapi yang penting, tukang bawak kad poker kalah dengan saya yang baru pertama kali main.hahahaa

Dah habis minum tu decide nak ke karaoke kejap.So bergegas turun ke bawah menuju ke kereta.Dengan confidentnya kami menghampiri kereta Honda yang berhampiran, saya yang memang terlupa parking dekat mana mengikut je.Sampai dekat kereta,

Apasal pulak, kereta ini tak boleh unlock..?

nak tahu tak?rupanya kita orang salah kereta, hahahaha!!!dah lah masing -masing confident gila.saya pun ingat, eh, takkan bateri remote habis, teruk betul.Bak kata-kata papayun “Been there, done that,” hahaha.Nasib baiklah, kita orang je yang ada kat situ, kalau tak masing -masing akan cari kusyen nak tekup muka 2 hari tak nak keluar rumah.

This is my car,my real car haha

dengan pantas kami bergerak menuju ke Xanax.dah lama tak berkaraoke di sini,dah berzaman dah rasanya.So masing-masing yang memang merupakan penyanyi profesional mual memilih lagu kegemaran.Paapyun nyanyi lagu ‘mungkin’, salah satu lagu favourite saya.Adik dan Abg memilih “Sejati,Fantasia Bulan Madu, Gemuruh,” untuk menguji ketinggian vokal mereka , saya memilih untuk menyanyikan lagu “I dont want to miss a thing dan kau yang bernama seri” bagi mengamitkan suasana.C reen memilih lagu “ratuku, bertakhta di hati”.

Serius suara Creen sedap, kononnya dia tak reti nyanyi.Lagu ratuku begitu hebat sekali dibawa, mendayu -dayu dan sayup kedengaran.meamng bestlah dia nyanyi :yes: .jangan bagi tahu dia,nanti dia akan kembang -kempis hidungnya tak sudah.Sempat berduet lagi ‘jangan pisahkan’ sebentar.Oh, nak tengok gambar ke?gambar ada..tapi saya nak kedekut sikit hari ini boleh?maaf yerp , saya saja tak nak upload gambar , siap dah macam konsert rock dah panjat-panjat atas kerusi.(kepada management pusat karaoke, sila tolong jangan saman kami yer).

satu benda yang spoil sikit hari ini, adalah saya tidak membawa DSLR kesayangan.kalau tak pelbagai ragam yang boleh di saksikan hari ini.Especially part tersalah kereta , hahahahahaha.Aduh malu jugak sey.Pengajaran orang tua-tua kata.ini juga mengajar saya bahawa kemana sahaja harus dibawa DSLR tu kalau tidak anda mungkin akan terlepas peluang keemasan untuk menangkap gambar-gambar menarik di dalam hidup anda.Pengajaran ini akan menyebabkan kita berkata , “Saya tak bawa DLSR,saya tak OK”.

Thanks kepada semua yang hadir hari ini.Hari ini adalah salah satu hari yang happy untuk tahun ini,dan kalau diingatkan kembali beberapa bulan yang lepas, everything seems sucks at that time,but you guys have made my day today. :-D

*Ratapan naluri
Memanggilkan namamu
Kerana pertemuan ini
Akanku abadikan
Segala memori

hope u like it…. :-D

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »