Saya tak mahu cerita pukul berapa saya bangun hari ini kerana saya akan memalukan diri sendiri dan beberapa pihak yang lain yang seangkatan dengan saya.Saya dan mereka telah bertekad untuk tidak bangun di waktu yang telah kami bangun tadi.Bangun pagi makan breakfast, tapi kami terus menuju ke Gelora Point untuk makan petang.(Get the Hint?No?LembSS…<—- ini bukan typo, ini memang bunyi dia macam tu)Bersemangat terangkan?Ok, sebab Gelora Point tutup, kami(kami di sini adalah saya dan the twins) menuju ke Taman Gelora, kedai yang jual karipap panas yang dekat dengan Ikip tu.So order lah Mee kari,habis~Mee Calong, habis jadi semua order Mee Sup je.
Bersemangat sungguh uncle kat belakang tu cerita pasal bowling huhuhu… khusyuk pendengarnya.lol
Sebab lambat sangat,saya pun menghantar sms kepada customer service gerai tersebut untuk mengkomplenkan pasal ketidak puas hatian saya.Cubaan saya tidak dapat di hentikan walaupun di beritahu beberapa kali untuk bersabar oleh Abg.
”]Sebelum sempat send sms, tiba – tiba …
*Refer kepada cerita Tron,orange jahat,biru baik
Kenapa saya beria-ria nak eja orange?oren atau jingga sudey hahaha :-P .Tak pelah, atleast makanan dah ada so, sebelum makan kena apa?buka mulut?salah,nganga mulut?salah!!pintal mee pakai garfu?Salah ar!!!!hishh.baca doa lah, apa ada…So suruh adik baca doa jap…
So it turns out, mee hoon sup dia, boleh tahanlah.Sedap juga.Atau maybe sebab kita orang lapar kot.Itu yang jadi sedap tu.
Kemudian kami terus menuju ke bangunan hijau, untuk menyumbangkan lagu.Tiba-tiba seronok pula mereka berdua ini menyanyi karaoke.So sebelum kita menyumbangkan lagu singgah McDono kejap beli aiskrim.
“Saya nak 3 sundae cone, tapi saya nak aiskrim baru,aiskrim lama saya tak nak”
Selepas mendapat aiskrim masing-masing dan menyedut mereka sampai kering, kami mengorak langkah ke atas, dengan niat di hati untuk kasi gegar megamall.Lagu pertama dipilih adalah lagu, Fantasi Bulan Madu…
Lagu kedua,adalah lagu berhantu, Sejati…
Lagu terakhir lagu I don’t want to miss a thing daripada Aero smith…
Bila part Yeah Yeah Yeah Yeah Yeah tu….
Sebijik Steve Taylor, tak tipu tahu.Tipu kan berdosa,jadi kenapa nak tipu kan?Part gaya jelah sama,suara,no comment bak kata-kata artis.So selepas bersuara serak-serak basah seksi,kami mengorak langkah ke bolwing alley.Berjumpa dengan Mr Paan, Asst,Supervisor yang stylo mylo…
Abang” ni abang ar Paan”
Abang”nak tahu tak rahsia dia?”
Adik dan Paan “Citelah,Citelah,Citelah,Citelah” * credit to Hantu Kak Limah
saya tinggalkan mereka sebentar dan menumpukan tumpuan kpd dua budak comey yang saya nampak ini…
Okey,selanjut kami berhempas-pulas dengan pertandingan sebanyak 4 games.Susah juga lane pattern sekarang,Christmas Tree.kalau back end tak clean,habis ar.Dan aku rasa memang tak berapa clean pun backend tadi.*Sorry kepada sesiapa tak faham , untuk lebih lanjut sila ke sini.Kepada pihak bertanggungjawab,sila pastikan backend anda bebetul clean sebelum mengaplikasikan pattern ini ok.
Setelah penat bermain bowling,Kak Sherry ehem, Kak Sherry telah mengajak kami semua untuk makan bersama di Satay Zul yang berdekatan dengan Ecm.Mula-mula ingat nak try satay kajang,Ketupat, tapi katanya prefer old skool satay, so satay Zul here we come.
dalam perjalanan ,adalah satu kereta ini yang lamabt macam siput,habis kena perli dengan kiteorang, siap kita orang potong dia lagi , lapan tiang kena tinggal.So sampai -sampai, kami di sambut oleh ayah eh, Ayoy dengan penuh senyumannya (dah macam tokey kedai pula) so apa lagi makan time.
Encik Aiman berada di meja sebelah,tapi tak teringat nak ambil gambar dia, tapi saya dah tahu,kalau saya beritahu yang saya terlupa, dia akan jawab,”Aiman tak kisah”..
Ingat tak cerita tentang kereta yang lambat tadi?rupa-rupanya itu kereta Zura hahahaha.kami mendapat berita tergempar dari Qatar, Pa dan suami Aunty Sherry yang tercinta sudah dalam perjalanan pulang.Semoga mereka sempat sampai hendaknya.Miss Di Di atau cik Diyana telah menyatakan hasrat untuk bermain bowling selepas ini, moga-moga kita akan melihat kelibat gadis ini beraksi di gelanggang,eh di lorong bowling berhampiran dalam masa yang terdekat.
Selepas penat menjamu selera, kami bergerak menuju ke kopitiam kemaman di depan sekolah kucing taik eh,sebut betul -betul kucintai lah maaf yer, Royal AshBurn High School, SABS lah,bagi nama omputih sikit.di sini kami berjumpa dengan Kero dan Anif untuk berbincang tentang beberapa peluang perniagaan yang baru dapat dari Pak Long kami.sambil -sambil tu adegan-adegan sengal tak dapat di elakkan.Ini di namakan cerita kedai kopi huhu..
Hasilnya….TadAAAAA!!!!
Sebelum berpisah mengambil gambar kenangan dahulu
*Seterusnya memerlukan anda menyaksikan cerita tron untuk memahaminya…tak susah senang je.pergi kaunter, beli tiket,duudk 2 jam, keluar, buka blog saya, tekan like, baca, gelak hahaha,atau hohohoho tapi jangan lol, then comment sikit,lepas tu klik iklan,lepas tu shutdown computer.Senang kan?tak paayh guna calculus pun boleh buat so here it goes…
Pelakon adalah Abg… Scene:Peniruan gaya movie Tron Legacy semasa penukaran batang menjadi motorsikal,nak buat kapal terbang,airport kuantan jauh sangat(gambar -gambar tidak di edit dan di ambil oleh jurugambar yang tidak profesional)
Buhh shek?Bukan Buhh shek, BullShit~Itulah masa sekolah tak nak ambil English Education~Okey selepas memulangkan kembali motor itu kepada pakcik guard, kami bertolak pulang.Opss..isi minyak dulu…
Dan akhir kata daripada saya…
7 Responses
hyep =)
Suker! suker!..itu mee sup jom pekena!! My faveret!
mmg sedap boss
Susah kot nak capture scene untuk Tron, so next time kena cari idea yang lebih bernas hehehe..
Boleh je xura nak join, no hal..pastikan membawa payung dahulu huhu
hahahahaha.best cite….karok x ajak pun…tp xmo lah…kak zura bwk keta slow pun kena kutuk…apatah lagi sore sumbang….x moooooooo….waaaaaaaa…. :cry:
Tron tu memang tak boleh bla.. Hahahaha.. Lawak gila.. Complete satu hari activities.. Memang cool.. Haha.. Kesian kak Zura.. :P anip punya MacBook™ memang style..!
Gambar karaoke abg takyah letak pun takpe, kelakar.. Haha..
part the tron tu paling klaka! hahahaha!
terus kan blog dgn pic2 utk mnjadi cerita haaa kejukkkk kee? XD