Buffet Jepun, Sapa suka?!!!!!

Minggu lepas memang banyak keluar, saya memang tak tahu nak cakap apa tapi memang banyak giler keluar.dari keluar duit sampailah keluar dari rumah.Asyik keluar jer,haa,kereta still tak siap repair tapi leh keluar,hebat betul tak?Saya bukan apa, boring duduk rumah.saya tahu saya patut banyakkan berehat, tapi dah dasar degil, memang macam ini kan.

Plan sepatutnya, makan di OU pukul 7 ptg, dan berwayang di pukul 9.30 malam.Ahli-ahli kegembiraan adalah Si Am,Razi,Saya,Along dan Agy.Pagi tu, awal-awal dah bangun nak ke TV3, jangan pula ada yang silap sangka saya nak hadiri uji bakat untuk mentor.Tak kuasalah dah bermentor-mentor ni, macamlah suara saya sedap sangat kan,tapi memang panjang lah yang beratur dekat TV3 tu nak uji bakat.Beribu babe.

Selepas habis audition, terus menuju ke Ou, ditemani oleh adik saya yang tersayang,Faiq.Pusinglah dalam kedai-kedai yang berlembang di OU tu.sampai lenguh kaki,duduk,pusing lagi.saya sebenanrya dah berminat dengan sehelai jaket (bukan awek, tapi jaket,read my lips, jaket) ok.So setelah masuk butik Topman di Pavilion sebanyak 2 kali, bersama Faiq dan second time dengan Agy, akhirnya saya give in.Sempatlah merembat jaket tu ,memandangkan ada discount,kalau tak, tak adalah nak saya pergi beli kan.Harga boleh tahan, dalam rm369 seingat saya.

Pukul 5, Agy telefon, katanya terpaksa membatalkan hasrat untuk makan bersama disebabkan hal-hal yang tak boleh di elakkan.Nak tahu pasal apa?Ish sibuk je nak tahu, mana boleh.Pergilah tanya sendiri kan..So sampai masa yang di tetapkan, saya berjumpa dengan Am dan Razi.Oh, sempat ke Mac World, kipas Am sikit, mana tahu dia nak belanja Gadget dekat saya ke, hahaha.Then kita orang head out untuk makan!!!

Kita orang makan di shogun, kalau tak silap saya,satu kepala dalam Rm 68.Dekat sini ada macam-macam, dari teppanyaki,sushi dan miso sup.Jadi inilah makanan yang sempat saya makan (sempat ?tak boleh blah kot.. 2jam lebih dekat sini kot hahaha)

pilih isi "beef,lamb,chicken,taugeh,abalone,byk lagi"
suruh chef ni masok
sssssssssssssssssss~~~ (bunyi masok)
Lamb,beef,salmon and slice abalone nyum nyum nyum

Sedap, tak tipu okey~ then, pihak kedai antor benda ni pulak…

udang!!!! rugi ar sapa tak makan ni..sedap nyum nyum
Si pemakan , AM dan Iq
Razi and moa

Okey gambar pemakan dah habis so kita sambung lagi…

Itik,Butter prawn dan udang celup tepung
sharkfin and miso soup
sushi huhuhuuhu

Agak sedih pasal baby octopus tak ada, sedih -sedih..hurm…

dessert!!!cakess!!
ice cream pula kemudiannya
free ker?
bergambor selepas kenyang
kadang-kala nk jadi gangster beto?

Sebelum nak tengok wayang simpan baju kat kereta dulu…

haaa barang ku ada dlm ni...nk tahu?takyah tahu r haha

Ok jom tengok wayang!!!!

p.s :saya tido lagi hahahaha

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »