Semalam,agak penuhlah jadual saya ini.Pagi-pagi dah pergi kelas dengan Zul, ye lah kena tumpang pasal kereta tak siap lagi dan lambo still oTw dari german,dalam 12 tahun keatas baru sampai ,pasal hantar naik sampan.*merepek menda lah. :-P
DD,kelas tengahari semalam,Digital Design.Dari intro bunyi macam susah, lagipun Sir dah cakap,subject ini baru di perkenalkan dalam 2 semester jer,syukur tak ada rekod orang failed,tapi nak score agak payoh ler.Balik tu,terus gerak ke WW bersama [email protected] frank?tak tahulah, tak pernah tanya tapi mendengar Febrina panggil Harith frank, rasa pelik hehehe.
Sempatlah tibai 6 game seorang semalam,tak adalah tinggi score, lama tak main kat sini.194,163,222,194,169,214, turun naik graphnyer.Sambil main tu, datang kawan Frank dua orang ni, si Roy dengan Feb.Die orang ni cool habis, seronok dapat kenal dengan dieorang ini.
Si Hafiz lewat giler sampai, orang dah habis main,baru sampai.Dia ke hospital kerana ada sakit.Bila tanya sakit apa dia kata sakit hati, jawapan yang menyakitkan hati saya , tapi sebenarnya memang dia diagnosis dengan ada maslah sikit dengan hati.Semoga cepat sembuh ye hafiz, kita main lain kali ar,”Kome datang lambat sangat,”.
Lepas berpeluh busuk dengan berbowling, kita orang gerak ke karaoke,karaoke lagi~memang gila karaoke ini,kali ini sampai 2 jam beb.saya teringin nak bergemuruh, tapi memandangkan tak ada partner jadi tak jadi,mana mungkin ku bawa lagu itu seorang.Thanks kepada hafiz, kami semua banyak belajar lagu-lagu oldies yang lama.Ada lagu saya tak pernah dengar lasum hahahaha.
Nz menjadi tempat kami makan.Yelah lepas menyanyi perut akan lapar kan, dan dekat sini saya di perkenalkan dengan Monopoly Deal.Permainan kad yang sangat mengaddictkan.Mula-mula pening juga, lepas tu selepas di beri tunjuk ajar, seronok sudah datang.4 set kot main, dan yang pelik 4-4 set saya kalah, apa cite ni.dan tukang menang pula orang yang sama, 4-4 kali dia menang, siapa lagi kalau bukan Feb.kami bertiga, Roy, harith dengan saya dah cuba macam-macam cara nak menang tapi tak kesampaian.Apa rahsia dia eh?mungkin 2 pinggan maggi goreng kot TEEETTT!!!!!gurau je Feb kalau u baca ini, kalau U tak baca bagus ar hahaha
Dekat 3 jam lebih lepak dekat NZ semalam,masing-masing macam dah addict dengan kad game ini.takpe next time kita lawan lagi.Lawat kejap Pet Shop,mana tahu, ada jual kuda ke yang boleh di beli,boleh ganti kereta saya yang tengah tak ada ini.Ini kuda betul, bukan kuda ferrari tahu?
Oh tak ada gambar eh kan?Itulah bila tak bawa kamera,memang gambar kurang, so ini gambar sebelum ke Subway.
sambil menunggu makanan Feb dengan Roy siap, sempatlah bergambar lagi sekali.
ok,gambar tak banyak, sebab macam still malu-malu kucing gitu.Takpe nanti dah muka tak malu nanti kita tangkap gambar banyak-banyak.Mesti confirm kena lepak dalam waktu terdekat ini sebab saya TAK PUAS hati saya kaloh 4 set monopoly okey?