Aku memang suka binatang, terutamanya sekali kucing.Tapi memandangkan aku ada sedikit alahan, aku tak boleh terdedah terlalu lama dengan kucing, hama dan habuk.That’s my kryptonite I guessed.

Entah macam mana aku terjumpa dengan En.Baha.Dalam banyak-banyak binatang yang ada, boleh pula aku terserempak dengan dia.Mungkin ini jodoh orang kata (boleh pulak ada jodoh dengan hamster).Sejak aku bersua muka dengan En baha , matanya memberi aku seribu makna, macam cuba menyampaikan mesejnya yang tersendiri “Adopt aku, Adopt aku,”sambil berguling-guling…. Aku rasalah, bukannya aku tahu bahasa hamster macam mana kan…

Jadi, kerana terpaut dengan kecomelan En Baha, aku pun mengambil keputusan untuk mengadoptkannya.Pening juga kepala aku bila memikirkan nama untuk di berikan kepada En Baha (time tu dia tak ada nama lagi), fikir punya fikir, aku teringat kawan aku yang ada bela pet bernama Ibrahim yang pernah ada anak bernama Baha yang mati beberapa bulan selepas dilahirkan, Si Ibrahim jugak yang makan.So bagi mengenang jasa, aku pun namakan dia Baha.Encik Baha keapda anda semua ok?…macam mana aku nak kategorikan dia ni?Dia seorang periang,minat bersukan,banyak kawan, makan kuat,kuat berparty….

This is ma favourite
caye maen futball tau~
sekali sekala berparty bersama kawan

walaupun dia ini sangat aktif, tapi dia tetap tak dapat melepaskan diri dari melakukan aktiviti yang digemari oleh semua hamster – hamster dalam dunia ini iaitu bermain roda…

pusing-pusing, pusing kepala pusing~

kalau sesiapa yang suka menjenguk page aku ni, tolonglah bagi Encik Baha makan orait?dia memang suka makan, tapi kalau dia tidur jangan kacau, sebab dia sangat aktif di waktu siang.

di dalam tidur termimpi-mimpi

Dua tiga hari ini, aku tengok Encik baha lain macam.Aku ingat dia sakit, so aku bawa jumpa doktor tapi doktor kata dia tak sakit.Aku naik pelik, jadi aku try tanya banyak kali, “kenapa Baha?” dia malu -malu macam biasa dia bunyi cit-cit jer…Sampailah satu hari En Baha kantoi dengan aku…

hari itu aku bawak Baha jalan-jalan dekat taman gelora, tiba-tiba dia meragam, aku ingat dia sakit perut.So aku biar dia pergi toilet.Aku stalk die kejap, tak jadi gi toilet pulak mamat ni, tapi pusing pergi beli bunga, rupa-rupanya…..

*Gambar diambil dari lensa canon 40d

dalam perjalanan dia asyik tersenyum aje.Aku diam jer dalam hati memang siap kau nanti, aku nak tanya puas-puas.Jangan nak senyum-senyumlah nanti, tahulah kau.

*Tersengih-sengih engkau eh

So,aku biar dia mandi dan makan dulu .Aku biar je dia buat hal dia, geram pula aku tengok si Baha bersiul-siul sambil mandi.Senang betul hati dia eh, bila jumpa makwe,aku pun tak ada makwe,kau pula ada eh?lawan tokey doh.Kami ada minat yang sama, iaitu bermain permainan video.Selalu main online lawan dua, selepas beberapa kali aku kena tibai (kalah dengan sengaja , (sebenarnya aku memang selalu kalah pun,dah dia comey kena lah mengalah) aku pun aju soalan.Tapi dia buat bodoh jer…

cit cheet cheeett yang bermaksud "satu set lagi"

damn, aku tahu lah kau tengah menang.Jawablah soalan aku, cepat cakap siapa yang kau bagi bunga tadi tu?butterfly jadi saksi aku cepat cakap.”cheeet,ceeeeet,citt!!! yang bermaksud “mana ada,”Bagitahu cepat kalau tak aku potong streamyx bulan ni!!!!”….Akhirnya dia mengalah, so dia bagitahu…c…..hee…..tteeechiiiii.ttt..bermaksud Ma…kwe….say…..eee”

Malu ar gini...makwe cayer~~

ooo apasal tak bagitahu,aku bukan nak marah kau pun,siapa nama dia?bagilah tahu sini…Ceehhhtt ceet *kena bagitahu ker? “Kenalah!!!!!!!”

cheet  cheeeddet  ciit chhet *Ok, Ok,nama dia Azi, Azian”Hurm?nama dah nak macam nama manusia pula dah..”Cheet dah tuan dia bagi macam tu,””ok”

So selepas itu aku selalu lah bagi dua ekor makhluk bercintan ini berjumpa, tetiba rasa lonely pula, sebab Baha dah busy dengan makwe.Nak buat macam mana, adatlah yang datang pasti pergi, yang ada toot mesti nak mengatal..kadangkala dia orang lunch sama-sama…

sedap pula kacang ni...*bukan tiap2 hari kau berdua makan benda yang sama ker?

“Sedap yang?” dengan you apa-apa pun sedap” ,GELI AKU DENGAR EN.BAHA WOIII~~~

kadang – kala dia orang pergi Teluk Chempedak tengok sunset

"Cantiknya sunset", "Cantik lagi awak sayang"

jadahnya kau ‘orang’ nak tengok sunset…kadang-kala diaorang ‘berendek’

"Lap U"."lap U 2"

Haih, dah besar engkau eh En Baha.Teringat aku masa kau kecil-kecil dulu.Tak adalah nakal macam ini, tapi nak buat macam mana kan?Rasanya samapi sini je lah aku cerita pasal Encik Baha.Nanti kalau ada perkembangan dia aku cerita lagi tahu.Tapi yang aku sayang sangat dekat Encik Baha ini, dia tetap tak lupakan aku walaupun dia dah ada “Makwe” , sebab tiap -tiap hujung minggu dia akan …”CHEEET,Cheeet CHeeiit” yang bermaksud….

Uit,handsome,jom main golf sepam...

The END~

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »