Miss S saya memang sayang awak

Dulu saya tak sangka saya boleh berkenalan dengan awak.Serius tak sangka gila.Ye lah kalau lihat kepada diri ini mana layak nak berkenalan dengan orang yang hebat seperti awak.

Dulu kita rajin juga hangout, tengok cerita sama-sama,makan sama-sama, walaupun dah lewat tapi awak tetap sudi teman saya, dan tak pernah cakap merungut yang awak mengantuk , walaupun saya tahu awak memang mengantuk sangat.Warna kegemaran awak adalah biru, sampai mati pun saya akan ingat.

Bila saya suruh awak tolong download untuk saya, tak kiralah cerita ke, games ker, lagu ker, awak buat je tanpa banyak soalan.Masa tu kita happy sangat.Tapi kadang-kala langit tak selalu cerah…

Pernah suatu ketika awak sakit, saya risau sangat, saya cuba jaga awak dekat rumah, yelah dah duduk dekat apa guna kan?tapi keadaan awak dah tahap kritikal.So terpaksalah awak di bawa ke ke tangan yang lebih pakar untuk memastikan awak sihat semula.

Bila awak tak ada , saya rindu sangat.Saya tak tipu.Saya rindu sangat dekat awak.saya berdoa supaya awak sembuh semula.Doa saya di makbulkan.Awak sihat balik.Saya happy bila awak dah sihat.

Selepas awak sihat, awak still bantu saya dalam banyak menda.Awak tolong saya isi borang, awak bagi info tentang cerita yang best-best, awak tak pernah jemu melayan karenah saya walupun kadang-kala saya agak melampau sebab terlalu demand.Tapi awak tetap buat tak tahu dan layan je.

Bila saya masuk U, saya terpaksa tinggalkan awak.Kita berpisah buat masa yang lama, tapi saya syukur sebab tiap kali saya pulang, saya boleh berjumpa dengan awak balik.Awak tahu tak saya patut confess benda ni dah lama dekat awak.Awak sayang awak.sayang sangat.

Cuti ini pun awak banyak tolong saya lupakan kesedihan dan mengubati kekosoongan hati ini.Terima kasih S.Saya ucappkan terima kasih banyak-banyak dekat awak.Saya harap awak tak marah saya kalau saya terpaksa tinggalkan awak sekali lagi.Kita kadang-kala tak dapat semua benda yang kita nak, kan?

Tapi saya tetap sayang awak….

Terima kasih miss S@Streamyx

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

3 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »