Hello dan assalamualaikum!
Bukan main lama tak update entri dekat blog kesayangan ini. Hari ini ada free sedikit jadi mari kita menulis! Aja Aja Fighting.
Tahun ini dah beberapa kali aunty Ita aku ajak pergi ke Seoul. Kalau nak di kirakan dari bulan februari lagi dia dah menyuarakan hasrat untuk ke Korea memandangkan sepupuku , Ameer tengah menunggu keputusan SPM, kira ada banyak masa untuk berjalan-jalan. Sasaran utama kali ini adalah untuk bermain ski!! Bukan mainlah nak berski bagai, yelah time pergi ini pun dah penghujung musim sejuk, jadi ambil lah peluang nak berski sekali.
Sebelum datang , pelbagai research aku dah buat pasal tempat-tempat yang seronok untuk berski. dah berkali-kali datang ke Seoul, tak pernah pula aku mencari cara nak ke pusat ski, masa pergi tahun lepas dua dua time autumn. Salah satu yang aku tengok orang selalu pergi adalah di Vivaldi Ski Resort. Bukan main rajin aku duk belek-belek, tanya-tanya kepada kawan blogger, member instagram pasal macam mana nak ke tempat ni, yelah dia orang pergi dengan tour semua dah ready, kita yang nak pergi sendiri lain cara dia. *Aku prefer explore sendiri, tour ni sesuai kalau korang dah berumur, malas nak research, tup sampai, tup sampai… keburukan tour ni, kadang -kala masa sangat limited. Kira korang tak boleh nak “take your own sweet time” dan kena pula bayar perkhidmatan kepada tour guide. Kebaikannya pula, semua benda dah ready, jadi tak perlu nak risau pasal pengangkutan , tempat makan dan etc.
Jadi aku kaji punya kaji, Vivaldi ni tutup 9 Mac. Jadi terpaksa lah aku cari alternatif lain, iaitu ke Yong Pyong Ski Resort. Nanti dah sampai part tu, aku terangkan macam mana nak ke sana, tak adalah susah pun. Terima kasih kepada Bibie kerana banyak membantu. Jadi mari kita teruskan entri trip kita kali ini.
*Bila aku cakap “eh, Park Ji Sung” Aunty aku terus cakap, kenal betul artis K-Pop. Aunty , Park Ji Sung ni kapten bola sepak South Korea dan bekas pemain Manchester United #GGMU okey.
Seawal pukul 6.30 pagi dah berada dekat airport, settle semua check in, kita orang bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 8.00 pagi dan tiba di Incheon pukul 3.15 petang. Dari Incheon, kita orang ambil ITX (4000Won) berhenti di Seoul Station dan meneruskan perjalanan menuju ke stesen Sin Seol Dong di line 2 ( green). Dalam 10 minit perjalanan dari stesen, kita orang pun sampai ke Hostel Korea 6th.
Masa check in tu dapatlah aku berjumpa dengan Amanda, dia yang aku call untuk confirmkan bilik. Dia Taiwanese, patutlah bila aku cakap Kamsahamnida dalam telefon dia gelak je. Aduuuuhhh!! Manalah nak tahu kan. Sebelum kita orang masuk ke bilik, Amanda pun menunjukkan rules and regulation , benda yang boleh buat, benda yang tak buat. Dia pun turut mengajar macam mana nak pakai lock pintu utama. Bilik kita orang berada di tingkat 4. Bilik 1 katil single dan 1 katil queen. Di lengkapi dengan peti sejuk, wifi, bilik air peribadi, climate control floor board ( dia orang punya lantai jadi panas waktu musim sejuk). Dekat sini ada dapur terbuka di tingkat 1, ada di sediakan American breakfast dari pukul 8-10 pagi (kita orang tak makan pung). Ada disediakan microwave dan juga dapur untuk memasak. Kepada yang muslim boleh lah bawa pinggan mangkuk dan periuk sendiri yer. Nasi putih sentiasa boleh dibeli di kedai 24 jam.
Dalam pukul 7.30 petang kita orang bertolak ke Itaewon, Muree Restaurant untuk makan malam. Aunty Ita aku suka betul makanan dekat sini, katanya kimchinya di potong kecil-kecil tak macam di Kuala Lumpur. Seaweed dekat sini pun sedap, nipis dan rangup. Kita orang order Bulgogi (Grilled Marinated Beef) dan Dak Do Ri Tang (spicy Chicken Potato Stew), nasi putih? jangan cakap, bermangkuk- mangkuk tambah, bayangkan last sekali makan dalam kapal terbang tadi pukul 10-11 pagi macam tu. Lapar~
Singgah masuk kedai serbaneka dekat depan Muree ni untuk beli air banana milk yang terkenal dengan keenakannya. Slack juga bila minum pelawas ni, nak ter erk erk pula rasanya. *Tak senonoh betei, minta maaf yerp
Next stop, kita orang ke Dongdaemun Market, inilah pertama kali aku masuk ke Doota Mall dia. Akhirnya sampai juga aku dekat sini. Menurut Bibie, aku kena keluar dekat Dongdaemun Cultural dan History Park Exit 4, dan kawasan ini start havoc pada pukul 10 malam. Mall dekat sini buka sampai pukul 3.45 pagi dan ada setengahnya sampai pukul 5pagi. Aku tak beli barang pun dekat sini, dan pada pemerhatian aku barang dia agak mahal kalau nak di bandingkan dengan Namdaemun Market, tapi murah dari kawasan Hongik University. Korang kalau keluar tu nampak khemah – khemah kuning betulah tu.
Hari ni aku macam kurang sikit mood, mungkin disebabkan kepenatan dan mengantuk sebab kekenyangan jadi mood nak ambil gambar tu kuranglah sikit hehehe. Aku cuma ada tangkap selfie dengan video je dekat sini. Sewaktu jalan-jalan tu, tergerak juga hati nak beli seaweed dekat tepi jalan ni, harga macam 10000 won untuk 11 paket. Tapi masa nak beli tu terpandang pula ada tulis ‘laver’ dekat bungkusan tu, aku jadi sangsi pula, dah lah tak ada internet nak search apo bondo benda ‘laver’ tu. Jadi terbatallah hasrat nak membeli.
Habis berpusing , balik tidur. Kroh Kroh Kroh
Day 2
Keesokannya, pagi-pagi lagi aku dah bangun. Memang kalau aku sewaktu travel ni bangun pagi adalah perkara yang amat mudah bagi aku. The excitement dan ke selokan nak berjalan, tambahan pula kalau bangun lambat for sure membazirkan masa.
Hari ini tempat yang hendak di tuju adalah Nami Island. Pukul 9. 40pagi kita orang dah bertolak menaiki ITX (4000 Won) di stesen Cheongnyangni. Selama sejam berada di atas ITX, aku yang kebetulannya, satu kabin dengan sekumpulan gadis/makcik yang travel dalam group. Banyak betul mereka berceloteh, semua info tentang travel dia orang, aku dapat dengar. Ada juga yang berborak dengan aunty aku. Dari perbualan nampaknya dia orang baru sampai dari Jeju , dan dia orang tengah decide sama ada nak pergi ke La Petit France atau terus ke Nami Island. Salah seorang daripada mereka adalah student dekat Korea ni, untung ada travel guide ni, mejimatkan masa dan mengurangkan unnecessary cost (tersilap beli tiket, tersalah jalan dan etc).
Sampai di Gapyeong station, kita orang pun berpisah. Mereka menuju ke la petit, kita roang menuju ke Nami Island.
Aku pula terus amik teksi (3000-3500 Won) dan bergerak menuju ke terminal feri (8000 won). 20 minit berada di atas feri tu, barulah sampai ke Nami Island. Pokok semua dah togel, tiada berdaun apatah lagi berbunga. Musim sejuk manalah nak ada daun dengan bunga, pokok bogel je lah yang ada.
Tempat pertama yang di tuju adalah nasi goncang, perut menjerit-jerit kelaparan, jadi kita orang terus menuju ke drama cafe, bersebelahan musolla untuk menikmati hidangan tengahari. Kita orang semua order nasi goncang dengan tuna (6500 won).
Lepas dah mengenyangkan perut yang berbunyi tadi, masa untuk bergambar pula. Kali ini aku tak adalah ambil banyak sangat gambar, kegondolan pokok bukan satu pemandangan yang aku gemari, jadi aku lebih banyak menjadi juru foto untuk aunty dan Ameer. *Yedok? upload la sikit gambar
Selepas lebih kurang 2 jam berada di Nami Island kita orang bertolak balik ke stesen Gapyeong. Sampai di stesen, aku minta ada pegawai dekat situ tolong belikan tiket ITX untuk balik ke Seoul, pegawai tu bagitahu aku yang train ITX akan bertolak lagi sejam. Membazir pula masa kalau nak menunggu selama satu jam dekat stesen tu. Dia suggest kita orang naik KTX, naik KTX tak ada masalah cuma agak lama sikit perjalanan sebab dia kan stop di setiap stesen. Tapi nak buat macam mana, kita orang gerak balik naik KTX je lah.
Perjalanannya lama sikit dari ITX yang selalunya mengambil masa 45 minit, kini dah ambil macam 1 jam 10 minit, menuju ke Cheongyangni. (1850 won) murah sikit tiketnya kalau nak di bandingkan dengan ITX.
Sampai dekat Cheongyangni, kita orang decide nak menuju ke Hongik University dulu. Tujuan datang dekat sini sebab nak bawa aunty aku ke Hello Kitty Cafe. Antara banyak-banyak kawasan, aku suka jalan area Hongik University ini sebab banyak benda nak tengok. Barang dekat sini pun boleh tahan cantik dan kreatif.
Dari Hongik kami terus bergerak ke Seoul Station, nak ambil teksi untuk ke Namsan Tower. Serabut juga nak mencari teksi, ada dua kemungkinan iaitu dia orang tak faham Namsan Tower atau aku pun terus mencari teksi untuk ke Namsan Tower, sebab miscommunication yg dia org cakap (dalam korean) yang Namsan Tower teksi tak boleh naik, kena naik kereta kabel. Jadi jalan terbaik adalah bagitahu dia orang, ” Namsan Tower Cable Car”. Last sekali teksi yang aku tahan, dia cakap boleh, “cable car, up, no taxi” okey faham.Tak lama pun naik taxi dalam 10 minit macam tu dah sampai, tambang 3500 won.
Kereta kabel (8000 won return) masa aku pergi ni tak ramai orang jadi beratur tak adalah panjang sangat. Lebih kurang 5 minit dah sampai dah ke atas sana.
Bila dah kesejukan tu kita orang terus turun dengan teksi ke Myeongdong, (3000-3500 won) . Makan kat Yoogane Dakgalbi Restaurant (유가네닭갈비) , yang di rekemenkan Bibie, terima kasih byk bibie bg direction. Untuk direction bergambar, leh tgk blog Suraya juga. Kalaulah aku pandai guna Naver kan? Kalau dari Myeongdong Station Exit 6, bangunan Uniqlo sebelah kanan korang, ambil lorong pertama, jalan terus je, lepas starbucks, akan sampai punya.
Yoogane Dakgalbi Restaurant.
Harga pun tak mahal sangat, and portion untuk 2 orang pun banyak gila, jadi kalau sesiapa yang tengah lapar semasa bershopping di area Myeondong leh pergi ke sini.
Aunty dengan Ameer shopping sikit barang dekat uniqlo untuk persediaan berski besok. Aku? Aku redha je kalau sejuk yang amat hahaha, lagipun dah plan kalau tak tahan boleh sewa je baju dekat ski resort tu. Tak sabar menunggu esok!
8 Responses
Seronoknya, rindu na main ski! Untung ler Pae dah boleh menetap dekat Korea dah lepas nih, macam expert dah hihi. Lepas nih pergi musim bunga pula. Boleh tengok bunga cantikcantik :>
Rezeki tu dapat pergi main ski, memang satu daripada want to do list, mira bukan nak pergi Busan ke nanti? Musim bunga? ha ah, memang menanti pun, nak tengok cherry blossom , insyaAllah kalau ada rezeki.
baca directionnya , adeh , tak larat klu nak pergi tanpa guide ni …
direction ke Yoogane? tak susah sebenarnya seperti yang di ceritakan, kalau samapi situ senang je, boleh tanya tourist guide assistant dekat area sana, dia orang pakai baju merah.
hamboiii ni pegi korea dah betul2 mcm balik kampung ni. mcm sukati je bila2 nak pegi kan? >.<
nnt tulis psl ski resort tu bg details betul2 eh. :p
plan nk g sane gk winter nnt insyaAllah
Balik kampung lah suraya, jumpa family dekat sana hahahaha! insyaAllah tengah mengarang nih.
Hahaha dah berapa kali nama si Bibie tu disebut. Tolong menolong kan. Nanti nak gi Shanghai, boleh holla2 awak pula.
Doota tu boleh akses via Dongdaemun Station lagi dekat. Ingatkan tanya aritu market yang night market tu. Hihi. Ok next entry ski pula. Kitorang xdan main ski aritu. Naik lift je sampai Dragon Peak.
Btw, bear kat Nami dah panjat pokok ye. Masa kitorang aritu, dia kat bawah lagi. Tengah bersandar duduk.
Boleh Bibie, no hal, akan membantu setakat yang saya mampu. Nantikan yer entri di pergunungan salji yang indah permai itu~ Bear tu dah sejuk punggung agaknya hahaha