Trip ke Shanghai part 5 (akhir)

Sewaktu aku menulis “akhir” di dalam tajuk entri kali ini, aku tak pasti sama ada aku mampu menghabiskan 2 hari yang terakhir dalam satu entri sekaligus. Satu benda yang aku risau kalau nak type panjang – panjang ni , pembaca nanti bosan kalau baca. Tapi Iena Mansor cakap, takpe, ada gambar mesti tak bosan :-)) . Tak apa, aku cuba settlekan juga entri kali ini. (itulah masa free tak mahu tulis, busy sungguh sekarang ni *HYIP, bukan High Yield Investment Program ok! ini hyip!! janganlah cakap macam tu, rezeki kan? “

Dekat mana kita dah stop eh? jap eh ….  (belek entri sebelum ni, oh!! lepas night strolling dekat The Bund, ok!) *Prap! Prap! patahkan jari sebelum menulis. *Tindakan ini tidak di sarankan, nanti nak pakai cincin susah. Ok ok sambung penulisan.

Hari ini adalah hari kedua terakhir aku di Shanghai sebelum pulang ke tanah air, dan hari ini juga aku dah plan tempat- tempat yang ingin di tuju, iaitu Tian Zi Fang (french concession), dan Qibao Water Village (Qibao station). Jadi mengikut pembacaan aku,  kena berhenti di Xi Tian Di Station untuk ke sini. Aik? adakah Tian Zi Fang ni hanya walking distance dari Xi Tian Di yang aku pergi tempohari? Awal-awal pagi dah keluar dari hotel dan terus bergerak menuju ke station Xi Tian Di.

119

120

Pusing punya pusing, korang nak tahu? familiar places been sighted, kita orang sampai dekat Xi Tian Di (French Concession juga) ngek betul! Tapi nak buat macam mana, tersilap info lah pulak nampaknya. Untuk sedapkan hati, kita orang bergambar jugalah dekat Xi Tian Di ni, yelah hari tu datang malam- malam, sekarang kita jalan siang tak sama kan, kan, kan, “baik korang agree dengan aku ” (pandaikan nak sedapkan hati sendiri).

121

122

123

124

125

Lepas dah bergambar dekat Xi Tian Di, kita orang bergerak ke Qibao Ancient Water Village. Kita orang yang di maksudkan di sini adalah kami berempat; Iq, Anip dan Adik, si Asah nak jalan dengan family dia hari ini. Nak ke Qibao Ancient Water Village ni tak susah pun,  korang stop je dekat Qibao station, terus ada papan tanda tunjuk arah nak ke sana macam mana. Jarak Qibao ni dari East Nanjing Road agak jauh juga, jadi pastikan korang peruntukan masa untuk perjalanan sekali. Tak silap aku macam 40 minit juga satu arah~

Dekat Qibao ni agak famous juga dengan perlawanan cengkerik, tapi time kita orang sampai dekat sini , tak ada nampak pula. Mungkin bukan musim dia agaknya. Di sepanjang perjalanan, banyak kedai-kedai yang menjual cenderamata dan snek. Aku dah beberapa kali tergerak hati nak mencuba snek strawberry yang di saluti madu tu, tapi teringat kata-kata si Amy yang kebersihannya agak kureng sikit, terus aku tak jadi nak cuba.

126

127

128

129

130

131

132

133

134

135

Kalau korang ada tengok cerita Mission Impossible 3 lakonan Tom Cruise, adalah scene yang dia orang berlawan dekat water town yang macam ni. Tapi bukan dekat water town ni tahu? dekat yang lain sebenarnya. Plan asal aku sebenarnya nak ke sana, tapi memandangkan tempatnya agak jauh dan terpaksa menaiki bas, terpaksalah di batalkan, karang tak pasal-pasal aku sampai ke Beijing pula. Qibao is not so bad, rasanya, Qibao ni Water Village yang paling dekat dengan pusat bandar Shanghai, jadi kepada yang nak merasai suasana water town bolehlah datang ke sini.

136

Sempatlah aku tengok sunset dekat Qibao ni, lawa sungguh ciptaanNya. Kadang-kala benda yang rutinnya dalam hidup kita, kita jarang menikmatinya kan? Dalam perjalanan nak balik ke station, aku stop kejap dekat satu kedai cenderamata yang menjual jade, si pekerja, seorang perempuan dalam lingkungan 20-an tanya aku, ” Nǐ shì nǎlǐ rén? ” ha ah, aku memang pandai bahasa mandarin kan? aku tahu nǎlǐ tu makna dia ‘from’, dia nak tanya aku dari mana agaknya bisik hati besar aku. Then bila nampak aku macam terpinga-pinga, dia terus cakap ” you from where?” aku jawablah “Malaysia, you know Malaysia?” then muka dia macam blur, terus dia pusing menghadap kawan dia. Then dia terus cakap ” No, I don’t know” sambil mengelengkan kepala. Sedihnya~~~  boleh dia tak tahu pasal Malaysia T_T . Nasiblah, pergi Shanghai orang cakap mandarin dengan aku, gi Seoul orang cakap hangul dengan aku hahaha!

Aku tak beli apa – apa pun dekat situ sebab aku dah beli cenderahati dekat Yuyuan Garden tempohari. Kita orang pun terus mengorak langkah ke stesen. Di stesen, sebelum membeli tiket, aku suggest untuk pergi balik ke Yuyuan Garden, yelah, haritu nak tangkap gambar waktu malam tak sempat akibat lampu garden dah di tutup. Dia orang semua agree je, rugi pula kan kalau nak balik terus ke hotel, baru pukul 6 petang ketika itu.

Dekat Yuyuan Garden tak beli apa – apa pun. Datang semata- mata nak tangkap gambar malam je.

137

138

139

140

Dari Yuyuan terus pulang ke hotel.

Hari terakhir*

Bangun pagi ini, target utama adalah Oriental Pearl Tower. Sepanjang dekat Shanghai, cuaca agak berjerebu, jadi terpaksa berkali-kali membatalkan niat nak pergi ke menara ni. Bukan apa, ko nak naik menara nak tengok pemandangan bukan nak tengok jerebu betul? jadi tanpa melengahkan masa, kita orang pun terus menuju ke Oriental Pearl Tower yang terletak di Pudong (berhenti di Lujiazul Station) .

141

Ramai jugak orang beratur masa tu, tapi aku syak mereka ni datang dengan tour guide sebab dia orang macam  tengah berkumpul dekat luar kaunter tiket, mungkin tengah kumpul semua orang sebelum nak naik. Masa nak beli tiket ni tolong berhati-hati sikit , sebab kalau korang macam aku, hanya nak pergi bahagian lantai berkaca tu je, jadi bayaran untuk bahagian lain tak perlulah beli. Mula- mula aku cakap nak masuk, dia cakap kat aku tiket  220 Yuan which is RM110 (dah lah penjual tu garang nak mati, masa dia sebut tu macam marah je, mungkin PMS, *bersangka baik) then aku kata oh ok.

Then aku gerak ke tepi, buka iPad aku, cari gambar Hanis Zalikha yang tengah syok duduk atas lantai berkaca tu , then tunjuk dekat kaunter tiket yang lagi satu(yang ni baik sikit, senyum lagi). “I want to go here”, 120RMB je which is RM60 (* aunty aku punya group pergi sebelah petangnya , and dia orang beli yang 220 Yuan punya). Berbaloi buat research sebenarnya I tell you~

142

Tiket yang aku beli tu sekali dengan muzium sejarah tapi tak sempat nak masuk muzium, sebab kononnya kita orang mengejar masa nak balik ke airport pada sebelah petangnya. Masa masuk dalam tower tu nanti, korang akan naik lif dan di beri penerangan yang panjang lebar tentang sejarah menara. Apabila sampai dekat atas, tempat yang kita orang tuju adalah bahagian skywalk. Mula-mula aku pijak lantai berkaca tu, rasa macam nak pitam juga (aku tak tipu, dia rasa macam pening lalat sikit), tapi selepas tu dah elok. Mungkin otak aku mengambil masa untuk memproses yang lantai itu berkaca dan see through. Ramai je aku tengok yang takut-takut nak pijak, ada yang merangkak. Memula aku ingat dalam instagram si Hanis tu, dia orang macam mengada-ngada je buat – buat takut, tapi memang ada yang takut rupanya.

143

144

145

146

147

148

149

Bayangkan korang boleh nampak ke bawah dan terdapat ruang di dinding yang terbuka, maksudnya angin sejuk dekat luar tu dapat masuk kedalam ruangan tempat berjalan tersebut. Even lantai dia pun sejuk, (suhu ketika itu dalam 5 celcius). Jadi hanya yang mempunyai hati dan smeangat yang berani sahaja boleh berjalan diatas lantai tanpa rasa gentar. (eleh tadi ko pun nak pitam kan? )

Selepas berseronok- duaronok, masa untuk tinggalkan kawasan skywalk ini. Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak datang sini. Dah beberapa hari jerebu, hari last aku di Shanghai, langit clear, begitu juga di Seoul, hari last aku di sana, salji turun. Allah Maha Besar.

Nak turun lif ke tingkat bawah, kita macam kena tunggu lif penuh terlebih dahulu, baru lif tu akan turun sambil pekerja lif tersebut mengucapkan terima kasih sebab sudi datang jenguk menara dia.

Sampai dekat bawah tu, kita orang beratur juga, kali ini nak jadi spiderman kononnya.

151

152

Macam mana boleh jadi macam tu? biar kita orang jelah yang mengetahuinya (padahal korang boleh google je pasal benda ni hahaha!). Kita orang pun bergerak menuju ke hotel, barang semua dah letak dekat dalam sebuah bilik (bilik lain dah checkout awal) time tu ada yang nak bergerak terus ke airport, tapi bagi aku , aku rasa awal lagi. Masa tu baru dalam pukul 3 lebih, jadi aku pun decide nak ke Tian Zi Fang, kali ni memang research betul- betul kat mana tempat dia ni (Dapuqiao Station) kang tersesat lagi.

Alhamdulillah kali ni tak sesat, oh, sebelum kita orang gerak ,kita orang ambil si Azwan dekat station terlebih dahulu. Jadi trip kali ini semua lelaki (Asah pun nak ikut sekali walaupun dia macam tak sabar nak gerak balik dengan family dia dahulu). Sampai je dekat Dapuqiao, terus ada signboard ke Tian Zi Fang. Aku macam agak terpegun tengok kawasan Tian Zi Fang ni, macam nak telek je semua kedai, tapi di sebabkan plan awal adalah nak balik sebelah petang jadi kita orang agak rushing di sini.

152a

153

154

155

156

157

158

159

160

161

162

163

164

165

166

167

168

169

170

171

Dekat sini , aku sempatlah membeli sebuah diari yang di buat daeripada kulit, ala -ala buku zaman dulu tu. Harga baru rm15 kalau tak silap aku. Ada juga aku terjumpa dengan Cat’s Cafe, ada juga cafe yang bentuk kerusi meja dia macam tandas, dan macam-macam lagi.

lepas dah habis pusing Tian Zi Fang, kita orang bergerak menuju ke hotel semula. Waktu tu dalam pukul 5.30 petang lebih kurang. Aku terserempak dengan Aunty ejan dan Syura yang on the way ke station. Kiita orang yang lain lenggang je ke hotel dulu. Solat dulu, kencing , then baru kita orang check out. Si Amy pun ada sama, sian pula kena tinggal masa ke Tian Zi Fang tadi. Sebelum gerak ke station, aku decide berhenti makan La mian dulu, yelah isi perut dulu, buatnya lapar dekat airport tu naya je.

172
Amy panggil dia Leng Chai / handsome boy sampailah hari last kita orang dekat sini.

Kita orang bertolak ke station masa tu dah pukul 7.45 pm ke 8 malam macam tu. Perjalanan dalam subway smooth, and orang tak ada lah banyak mana sampaikan kami tujuh orang boleh duduk sebaris kerusi yang sama. Kemudian kita orang transfer naik Maglev, keretapi pantas. Ingat tak, aku tak sempat nak naik masa datang tempoh hari, kali ni dapat naik pula, Top Speed 305 km/h , aku rasa dalam 15 minit dah sampai ke airport.

173

174

175
Goodbye Shanghai, till we meet again in the future. ^^

Sampai di airport, aunty aku semua bagitahu yang tadi dia orang bersesak-sesak dalam subway. Aku senyum je. Sebab itulah aku plan nak gerak lewat sikit selepas rush hour (time orang berpusu -pusu balik kerja) lagipun flight pukul 1.30 pagi, aku sampai ketika itu pun belum 8.30 malam lagi. Sepupu aku yang pergi dulu dah mengadu lapar, sepupu yang ikut aku baru kekenyangan dengan dinner hehehe.

Lagi satu memang betul jangkaan aku, tak ada pun kedai makanan halal dekat sini, jadi terpaksalah makan biskut dan coklat yang di bawa ke Shanghai. Dan satu lagi (berapa banyak satu lagi la ko ni?), Pudong Airport berbeza sungguh dari Incheon Airport. pukul 10 malam keadaannya macam shopping complex yang dah tutup, sedih betul~ aku baru ingat nak habiskan Yuan yang aku masih ada dekat kedai di airport, apasalah tak grab je panda tu waktu sampai tadi adey~

Jadi tamatlah sudah, pengembaraan ke Shanghai, China.

Next, ke mana kita?

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

  1. Banyak benda best kat Shanghai ni. Memang best je kalau dapat selit dalam itinerary. Ceh, padahal niat selalu terpesong. Terbeli tix tempat yang dah pernah gi. Tapi serius, kucing 3 ekor tu super comel. Rasa nak lipat2 masuk beg. And, mall tu gila cool deco camtu. Daun ke lukisan. Smart gila!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »