Wedding Yang Azizah

Sabtu lepas sahabat baik saya, Cik Yang Azizah binti Dato’ Sri Diraja Haji Adnan telah selamat menjadi pengantin baru.dah lama tak ketemu bersama dengan si Yang ni, terakhir saya berjumpa beliau di Smart Niaga 7-8 tahun lepas.

Perkahwinan beliau telah diadakan di dewan Jubli Perak,Kuantan,Pahang.Jadi memang bersemangatlah nak berjumpa dengan kawan-kawan lama.Dah hampir 16 tahun tak jumpa, kebanyakan dari mereka ini.Tidak berapa lama dulu, si Hidayah,treasurer kami telah melangsungkan perkahwinanannya di Bukit Istana,Indera Mahkota, tapi saya tidak berkesempatan untuk menghadiri majlis tersebut.JAdi berpeluang bertemu dengan si Yaya dan husband nyer di majlis kali ini.

Dif-dif jemputan di jangka hadir pada pukul 7.30 -8 malam.Di sebabkan rumah saya sepelaung je dengan rumah Yang jadi decide untuk bergerak selepas maghrib.(*Sebenarnya lambat pasal nak pakai sampin LOL).Selepas mengambil kawanku si Awien yang kecil comey tu, dan menunggu Si Wan Noraida tiba, kami bergerak ke dewan.

Seperti yang di jangkakan , memang jem yang teramat sanagtlah kawasan dan jalan di situ,sesiapa yang menuju ke Teluk Chempedak malam itu mesti faham apa yang saya maksudkan.Nasib kami baik, dapat parking (parking dekat dengan tempat orang makan dekat luar hohoho) Si aida lebih style, siap side parking tepi bangsal makan hehehe.

Bergerak menuju kedalam, terjumpalah beberapa familiar face.Kebanyakan nya kawan ibu saya yang pernah bekerja sebagai protocol di wisma sri Pahang, so tak ada masalah sangat nak dapatkan bantuan.Jadi kami pergi ke tempat urus setia,cara macam nak check in hotel pula rasanya hohooho.memandang meja terlalu sesak, kami bertiga decide nak tanya seorang pegawai dekat tempat susunan meja.

“Ye, boleh saya tolong?”

“Kami jemputan Yang,”

“Oh,Yang mana eh?”

hahaha tergelak kejap, lepas tu kami menjawab “Yang Azizah,”

Bukan apa , adidnda Yang Azizah pun bernama Yang juga, jadi ada meja bagi jemputan dia,that’s why kena pastikan Yang yang mana,nanti tersalah duduk tempat pulak.

Tempat duduk kami agak cun lah dekat ngan pentas.Nasib baik Egy dapatkan tempat ini untuk kami, saya dah rasa macam majlis saya dengan Aida pula, ehem*** LOL..So di bawah ada few picture yang sempat di tangkap.Memandangkan saya tidak membawa kamera, jadi gambar agak terhad.

Awien and Ida
Egy and Am
awien, ida, radin fadli
tuan,piah,ida,aku,awien,azly,ika,kumar,lyana mum and husband, lyana
bersama dengan pengantin

Okay kepada Yang dan Faiz, selamat pengantin baru.Kepada kawan-kawan yang lain ada rezeki kita bertemu yerp.

Adios~

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »