Trip Vietnam – Ho Chi Minh City April 2013 (Day 2)

Celik -celik mata terus bangun dengan bersemangat,maklumlah di kota raya orang,rugi kalau keluar lambat kerana masa yang ada sangat singkat.Bersarapan di waktu pagi di hotel, (nasib baik hotel menyediakan masakan halal) kalau tak tibai roti dengan jem pun dah selesa.

Uncle Halim dan becanya
Uncle Halim dan becanya

13Coffee bean baru buka, 50000 Dong je

Selesai bersarapan terus menuju  ke destinasi seterusnya iaitu Binhtay market.Dekat sini banyak kain yang murah-murah.Ada tu serendah 45000 dong cukup nak buat sepasang baju melayu.Aunty sempat beli kain untuk buat suit untuk uncle aku.Kalau makcik-makcik yang nak cari kain, mesti rambang mata kalau sampai dekat sini.

Binhtay makret 15 kain everywhere also kain kain kain 18 Ini bukan kain yer 20

Aku bertemu juga dengan orang Malaysia dekat sini yang membeli kain untuk online blog shop dia, banyak juga dia beli.Serius pandai betul berniaga.Mana tidaknya harga dekat Malaysia boleh dia jual 4-5 kali ganda, dan still murah dari harga pasaran yang ada.

Selesai di Binhtay market, balik hotel,singgah makan di sebuah restoran, Kampung Melayu.Sedap pula kuey teow lakna dia, harga 100000 Dong,jus tembikai 450000 Dong.Selepas habis menjamu selera, singgah balik ke hotel, mandi solat, rehat kejap sebelum keluar pusing-pusing semula.

kampung Melayu 22

Di sekitar bandar banyak kedai-kedai menarik yang boleh di dapati di sepanjang jalan, ada yang jual poster,kedai kain, kedai baju dan pelbagai lagi tempat yang menjadi tarikan pelancong dekat sini.Sempat lah bergambar di Vitcom Center, City Hall, Opera House, dan Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City

23 24 Sepanjang jalan Chanel Chanel 27 LV Opera House 30 HRC Ho Chi MInh City 185000 DONG 33

Tips: Jangan naik beca tu, itu potong kepala tu 150000 Dong untuk jarak sepelaung je.Opera house tak buka setiap hari,tak silap, isnin, rabu, jumaat, tak sempat tengok show T_T.Air dekat hard rock sila sediakan atleast 213000 Dong (RM30++) kalau nak minum.Kalau nak berjalan kemana-mana pastikan bawa air mineral, dekat sini senang dahaga dari lapar (untuk akulah). Halal@Saigon makanan dia agak mahal, mungkin sebab dapat liputan dari pengujung, berada berdekatan dengan masjid.Dekat sini banyak kedai makanan halal.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »