Trip Vietnam – Ho Chi Minh City April 2013 (Day 3)

Bangun pagi macam biasa, tapi tak sempat breakfast,mungkin terlalu penat dengan perjalanan malam semalam.Niat nak buat custom poster dekat kedai semalam,tapi tak boleh rupanya.Silap juga sebab tak jumpa artist tu terus,jumpa cashier, mungkin dia tak tahu.

34 35

Hari ini terus menuju ke Bitexco Finance Tower Ho chi Minh City.Untuk pengetahuan, menara ini boleh di lihat di mana-mana pelusuk Ho Chi Minh City.Hari pertama sampai aku dah tertanya – tanya menara apakah yang begitu cantik sekali punya pun di situ.Jadi tanpa melengah-lengahkan masa terus bergerak menuju ke menara tersebut.

Sakit leher pandang Finance Tower

Dalam perjalanan ke sana, banyak juga jumpa kedai-kedai yang menarik, ada juga yang merchandise Manchester United dekat sini.Aku terlibat dalam kemalangan, bukan kemalangan apa, terlanggar gelas yang di letakkan di tepi jalan dekat barang -barang.Untuk pengetahuan, mereka ini suka hati je nak makan dekat mana, nak letak pinggan mangkuk dekat mana- mana, jadi WATCH YOUR STEP. Selepas cakap sorry, aku terus berlalu pergi, kang tak pasal dia charge suruh aku ganti pula gelas dia yang pecah tu HAHAHA!

Sampai di perkarangan menara itu, kami terus menuju masuk.Tiket masuk seorang 300000 dong (RM31 seorang) memang worth it lah sebab boleh tengok pemandangan sekitar Ho Chi Minh dari udara.

38 39 40 41 42 Sekodeng sejauh mata memandang45

Dah pusing pusing dekat atas tu, perut terasa lapar, apa lagi terus lah balik menuju ke hotel, since aku tak ingat jalan nak ke area masjid.Terserempak dengan aunties aku dan kami lunch di Kampung Melayu sekali lagi.

44

Alang dah sampai hotel, sempatlah mandi dan solat kejap sebelum keluar semula.Kali ini kami ke Notre Dame Cathedral dan Saigon Central Post Office.Sempatlah aku membeli cenderamata dekat sini.Ingat nak beli koleksi wang lama, tapi satu dekat rm150 (Duit tak cukup, T_T)

46 47 49 50 51 52 53

54 55 56 57 58 59

Dah penat berjalan-jalan tu kami singgah di Hard Rock Cafe (lagi~) untuk keringkan tekak yang kering.Tapi hari ini air yang aku order masam dan tidak sesedap air semalam, mango berry cooler.

60

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »