Trip Vietnam – Ho Chi Minh City April 2013 (Day 1)

Aku ini bukanlah jenis yang selalu keluar negara, tapi kali ini aku berpeluang untuk ke bandaraya Ho Chi Minh untuk pertama kali nya.Jadi perasaan seronok itu membuak-buak (walaupun destinasi percutian aku yang sebenar terpaksa di tangguhkan, tapi tidak mengapa,ada hikmah agaknya).

Dua tiga hari sebelum pergi dah sibuk dengan pelbagai persiapan.Tukar mata wang, usha kawasan penginapan dan kawasan sekelilingnya. Dekat pula dengan kedai makanan halal, jadi bab makanan mungkin tiada masalah, insyaAllah.

Bab penukaran matawang pula berkira-kira berapa banyak nak tukar.Untuk pengetahuan, matawang Nam, Dong, diberikan dalam jumlah 100,000 dong.Banyak tu! hahaha 10 keping dah 1 juta dong, so basically, dah millionaire gitu. sebenarnya 100000 Dong equals to RM 15.55 kita (pasaran RM14.50).So kalau nak di kira senang, buang 3 zero dekat belakang,jumlah yang tinggal darabkan dengan 0.155 gitu.Berapa perlu tukar? Kena ikut berapa lama duduk nak duduk dekat sana.

Buku Merah jangan lupa bawa

Mula-mula ingat nak naik flight dari Kuantan , tapi memandangkan aunty ku nak drive ke KL, jadi pergi sekali , jimat sikit.Trip kali ini kami semua sekali 9 orang, tidak termasuk dengan rakan-rakan aunty aku yang turut serta.Seronok berjalan dengan sepupu-sepupu ini sebenarnya.Ada yang bersemangat bawa makanan segera nak masak dekat sana, yelah tempat orang, mana tahu kalau tengah malam lapar, mula meraban tak pasal-pasal.

Bertolak dari airport pada pukul 3.10 petang flight delay sedikit, sepatutnya 2.55 petang.Tak pasal pula perut rasa tidak selesa, tka tahulah sebab nervous atau excited.Dalam flight sempatlah aku membeli air mineral, botol kecil je, harga RM3.Perjalanan sangat menyeronokkan sebab tak lama.Sempat berborak dengan Hanid tentang beberapa rancangan pemasaran untuk bisnes yang akan datang.Luckily beberapa idea bernas timbul, jadi balik nanti akan double busy dari biasa.

3

Perjalanan memakan masa 2 jam lebih kurang, tak lama.Setiba di Ho Chi Minh , kami mencari teksi untuk ,ke hotel.Datanglah sorang mamat Vietnam ini suggest amik teksi dia sebab teksi dia besar dan kami ramai.(Ini first time kena tipu, diaorang charge 30 Dollar = RM90, padahal kalau amik teksi yang lain cuma 120k-130k Dong gitu) Kenapa kami yakin sangat dengan teksi ini, sebab infomation centre di airport pun sebut harga tu * mungkin dah pakat nak menipu tak tahulah.Jadi kalau sesiapa yang datang ke sini, pastikan anda menaiki teksi yang bertulis VINASUN (ini teksi official, bukan teksi sapu).

Pemandangan di luar hotelgadis penjual prepaid

Selepas check in di hotel, aku sempat usha keadaan sekitar hotel untuk mencari plug dengan nombor prepaid vietnam, bukan apa, kalau ada awek vietnam nak nombor senang nak contact apa – apa hahaha! plug tu kena beli sebab plug dekat Vietnam ini ada dua lubang sahaja ya kawan-kawan, jadi nak tak nak kena beli juga, kalau tak, tak dapat lah nak charge telefon anda.Sistem telefon Vietnam ini bagus juga, sebab balance kredit untuk penggunaaan antarabangsa dan tempatan di pecahkan kepada dua, maksudnya kita akan ada dua balance bagi setiap nombor.

Habis pasal prepaid dengan plug, kami terus menuju ke area BEN THANT market.BEN THANT buka siang je, malam ada night market dekat area BEN THANT ni.Memandangkan perut dah berkeroncong kelaparan, kami membuat keputusan untuk singgah makan dahulu di sebuah kedai makan, SERAI.Beberapa pekerja dekat sini fasih berbahasa melayu.(Kebanyakan orang Vietnam yang aku jumpa, english pun mereka tak faham, termasuk pemandu teksi). Makanan untuk hari pertama ialah nasi goreng kampung dengan ice lemon tea, disertai dengan sotong celup tepung.Harga makanan halal dekat sini lebih kurang macam makan dekat secret recipe.Satu hidangan macam RM15++.

7 8 9 10

Dah siap mengisi perut, kami pun berjalan-jalan di sekitar night market.Sempatlah membeli sedikit cenderahati untuk kawan-kawan (Aku ini ye ye je datang kata tak nak beli barang,tapi beli juga bila teringat dekat keluarga dan kawan-kawan, hati tisu tul).Kedai-kedai kawasan ini banyak jual barang murah, jadi sesiapa yang pandai tawar menawar tu, boleh lah beli dengan harga yang sangat-sangat murah, 50000 Dong boleh dapat sehelai t shirt okey?Salah satu aku perasan, modus operandi dari penjaja di kawasan ini, dia orang guna budak kecil untuk tarik simpati,aku lemah sikit dengan budak comel ni, mudah kesian.So begitulah cerita hari pertama.

Follow us on twitter @radinfadli @nadzrul @natashanadzer @nadzriniqbal
Follow us on twitter @radinfadli @nadzrul @natashanadzer @nadzriniqbal

11

httpv://www.youtube.com/watch?v=FNWvnHvzJTU

Ringkasan

Taxi sapu – USD 30 (diaorang nak 675000 kalau bayar dalam Dong, lagi mahal)

Makan – 1200000 Dong

Adapter – 100000 Dong

Prepaid – 140000 Dong

Cenderahati – 495000 Dong

Air coke 1.5 litre 30000 Dong

Tips:1.Selain Dong, Vietnam terima US Dollar dengan Ringgit Malaysia ,masalahnya, bila nak pulang baki dia orang tak boleh,atau mengelat jadi pandai-pandailah berbelanja.

2.Kalau boleh sentiasa ada duit kecil.

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

4 Responses

  1. Salam.. awak menginap di hotel apa ye yg ada breakfast halal tu? mostly saya survey hotel area ben thanh market tu breakfast tak halal..

    1. Salam kembali, hotel yang saya maksudkan ialah Hotel Tan Hai Long 4 . Yayan boleh terus ke hotel dengan link yang saya bekalkan. Harga mengikut Agoda juga lebih murah. Terdapat kedai makanan halal di belakang hotel, keluar dari pintu belakang boleh terus sampai ke kedai makan tersebut. *yang saya makan char keyteow tu

  2. Saya tak ingat pula brand dia,tak silap mobifone.Harga mcm rm15-18 duit kita,siap dgn prepaid dekat dlm.Dia ada dua baki,untuk international dan local.Saya dyduk sana 4 hari,yg international tu hari yg last pun tak habis lagi,saya gunakan untuk internet time di airport.Tentang perbelanjaan susah nk cakap.Tapi Ho Chi Minh bandar yg sangat murah.Untuk mknn halal,budget sekali mkn mcm 15-18 ringgit.Taxi naik yg Vanisun,yg lain anda mungkin akan ditipu.Jgn naik beca,ride at your own risk.Hotel tgk awak duduk hotel macam mana.Saya duduk hotel yang range 150-180 semlm,hotel sebelah hotel saya tk silap mcm 100 smlm,aunty ada sewa apartmen yg berharga rm700 satu malam.Ada yg lg murah,ada lg mahal.Tempat attraction tak mhl,mcm bawah 5ringgit dan kebanyakan free.Financial tower mhl sikit rm45.Awak boleh usha tripadvisor untuk lebih info dari pengujung di sana.n

  3. Jenama prepaid apa yg awk beli?nBerapa dong/rm yg minimum kalo nak bawa g veitnam kola bukan kaki shoping?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »