Tiada keretaku tak apa, aku bawa kau jalan naik kuda

“Huarghhh” kata –kata yang keluar dari mulut aku selepas di kejutkan dari lena.Sejak masuk bulan Ramadan ini, jadual tidur dah tunggang langgang.Tidur main kejap-kejap saja dan tidak ada system yang berkesan.Buka-buka mata je, terus aku mengadap laptop kesayangan yang berjenama Apple di gigit suku, eh?bila pula tukar logo dekat laptop aku ni?Aku yang kemamaian , membetulkan fokus di mata aku yang rabun ini dengan bantuan cermin mata berkuasa tinggi, maka hilanglah logo Apple digigit suku dan di gantikan dengan sebaris perkataan LENOVO.

Apasal entri dah macam ala – ala cerpen pula, perasan betul.Jadi selepas menyelak mata dari lena, aku terus bergegas untuk mengemaskini kerja yang tertangguh sebelum sahur tadi.Dokumen ini perlu disiapkan hari ini juga, tekad akulah, kalau ikut malas aku mungkin takkan siap sampai ke bulan hadapan.Tapi kerana semangat bulan Ogos, aku gagahi juga untuk meneruskan kerja.Jari jemari lantas memainkan peranan menekan dan memicit butang-butang yang penuh abjad di atas Lenovo merah kesayangan.

Berkat kerajinan, dan semangat kesukanan yang tinggi (puji diri sendiri huh?) akhirnya semua kerja siap dan bersedia untuk di cetak.Selepas aku menyucikan diri dari daki dan peluh tidur pagi tadi, aku menyarungkan t shirt Nike berlogo emas sebagai pakaian rasmi untuk keluar berurusan hari ini.Lokasi pertama adalah indera mahkota, untuk mencetak dokumen tersebut.

Sampai di Indera Mahkota, aku lihat si CEO masih berselubung dengan selimut, seronok betul tidur di dalam air cond, mungkin.Dalam masa beberapa saat, beberapa helaian dokumen Berjaya di cetak dengan sempurna, tanpa sebarang kecacatan dan kecelaan.Kata CEO ada mesyuarat dengan klien petang ini, tapi nampaknya CEO terpaksa pergi sendirian,memandangkan aku hendak menyelesaikan dokumen ini dahulu.

Si Anwar pula sedang bersiap sedia nak keluar, katanya nak mengambil angin sambil menunggang kuda.Menunggang kuda?aku pernah sekali je melakukan aktiviti sedemikian rupa, itu pun dah beberapa tahun dahulu sewaktu di Melaka.Tiba-tiba tergerak hati untuk menyertai si Anwar dengan aktivitinya.Jadi kami berjanji dalam pukul 4.30 berada di Arena.Arena Equestrian , bukan Arena Genting Highlands atau Astro Arena yer?jangan salah pula.

Aku singgah sebentar bertemu dengan tuan puteri, nak bagi video yang sudah lama nak bagi tapi tak bagi –bagi.Sampai di rumah puteri, puteri mana?bukan puteri raja, Nanad ler.Jadi sampai je di muka pintu(muka pintu bukan muka buku ye) Terdengar batukan kecil yang menyambut aku dengan senyuman.Rupanya batuk dia tak baik-baik lagi, bila di tanya ubat makan atau tak, jawabnya dah tapi, haa ada tapi, tapi dia minum air sejuk pula.Kelakuan ini sebenarnya, deserve satu cubitan atau tarikan telinga kerana kedegilan seperti tidak boleh di tolerate.Nasib baiklah, tak bawa 100 yen, kalau tak mesti dia bantai makan juga.Anyway get well soon, no ice cream for you until then.

Selepas singgah di pejabat Pos , aku terpaksa pulang ke rumah untuk menukar attire memandangkan aku memakai selipar Asadi yang aku tertukar dengan orang dekat masjid waktu terawih tempoh hari (Asadi saya, harap anda happy bersama tuan yang baru :cry: ).Selepas menunaikan solat Asar, terus saya menuju ke Arena Equestrian yang terletak seberang bangunan Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/527080_303117779786908_768263538_n.jpg

Sampai di Arena, dari kejauhan ternampak Anwar sedang menunggang dengan hebatnya.Pertama kali berjumpa dengan kuda, saya dapat merasakan kuda ini menyukai saya (mungkin syok sendiri saja :-D ).Jadi ini lah pertama kali berjumpa dengan Kaya.Yup, nama dia dia kaya, jangan ada pula yang gatal pergi tanya, mana Miskin,sebab saya tak berkenalan lagi dengan semua kuda dekat sini.Kalau ada nanti saya bagi tahu.Selepas Anwar habis melakukan beberapa pusingan di sekeliling Arena, tibalah giliran saya.Pesan Anwar, “kita kena berani jer, sebab Kero pun rasa nak jatuh beberapa kali,”. Selepas memakai sarung tangan, (helmet tak pakai since helmet Anwar kecil, atau realitinya, kepala saya yang besar hurmmm,), saya terus naik dan menunggang Kaya.Entah kenapa terasa satu kemesraan antara kami berdua , jangan salah faham, ini bukan kemesraan percintaan antara dua insan tapi antara insan dan haiwan.

Sewaktu menunggang, cik manis yang saya berborak tapi tak tahu namanya, menyuruh saya untuk menendang Kaya, kalau saya nak gerakkan dia.Dia asyik suruh saya tendang kaya dengan lebih kuat daripada apa yang saya sedang lakukan.Bukannya saya taknak tendang kuat, tapi seorang insan yang menyintai haiwan dan hidupan liar, mana nak sampai hati nak tendang Kaya, sakit ar dia*bisik hati kecilku.Rupanya memang kena sepak kuat, kalau tak Kaya tak akan respon kalau kita sepak slow-slow.By the way, method ini tak boleh di pakai pada kucing atau rabbit yer, arwah haiwan tu nanti, kuda saja boleh tendang –tendang ini.

Selepas beberapa ketika its time to say good bye to her, yes KAYA is a girl, patut lah dia suka saya hahaha.Jadi saya dah mendapat satu hobi baru iaitu menunggang kuda, minggu ini bolehlah turun KL nak beli equipment *mihmihmih*.P.S mungkin saya akan jalan kekang untuk beberapa ketika  :-P

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »