Kenapa masa ini selalu terasa nak terkentut?

Entri ini sekadar nak share pengalaman.Tak tahulah kalau aku seorang je yang berpengalaman seperti ini tapi kalau rasa seorang je nanti orang cakap, syok sendiri, jadi aku rasa ada je orang dekat luar sana sama macam aku.

 

Korang pernah tak masa waktu nak bersolat tu, angin kus kus asyik nak terkeluar je?Yang aku peliknya, waktu genting dia nak keluar adalah ketika sedang berwuduk, selepas berwuduk, dan sedang solat.Time -time macam inilah dia sibuk nak keluar.Masa-masa lain dia tak mahu keluar pula, sampaikan angin naik ke kepala dan menyebabkan pening datang pula.

Memang kelakar kalau dengar daripada cerita orang tapi kalau dah kena dekat diri sendiri baru tahu rasa annoying dia macam mana.Kadang-kala tu lepas ambil wuduk (lepas dah terlepas pertama kali) elok je tengah solat, dia datang balik.Kalau berlaku dekat rumah,takpe lagi, kalau tengah nak berjemaah dekat masjid, atau di tempat2 yang kena beratur panjang nak berwuduk, kan agak frust di situ.

Mengikut video UAI, kalau kita rasa nak terkentut, atau nak terbuang air, terus je pergi buang,jangan tahan-tahan.Nanti tak khusyuk dalam solat, orang ingat tuhan ,kita ingat toilet.Pada pendapat peribadi akulah kan, kalau benda ini terjadi, cara paling elok, pergi toilet, macam nak berhajat besar, kasi keluar dulu semua angin kus-kus dalam badan.Selepas tu barulah boleh beribadat dengan selesa.

Topik entri ini mungkin tak best bagi sesetengah orang, tapi itulah hakikatnya yang berlaku di dalam kehidupan seharian kita.Kalau yang baca tu senyum-senyum mesti korang pernah mengalaminya :-D .

#Image dari google

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published.

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »