Orang kata tak baik sombong, tapi sebenarnya sombong ini perlu.Eh?kenapa pula sombong ini perlu?bukankah rugi orang – orang yang sombong, nak -nak orang yang bodoh sombong lagi teruk.Tidak, sebenarnya sombong itu perlu.Perlu dalam erti kata lain,sombong bertempat.
Apakah yang dikatakan sombong bertempat?Apakah nama-nama tempat yang perlu sombong?Jikalau menggunakan google map atau GPS, adakah ia akan dapat di kesan dan boleh ditunjukkan arah kedudukannya.Jawapannya, takkan boleh jumpa kot, dulu time sekolah mesti tak concentrate subject geography kan?
Sombong ini bagus kerana salah satu road to popularity adalah dengan sombong.Bila anda sombong,orang akan berkata “sombong ar minah ni,” atau “eleh ingat baguslah tu sombong,” kemudian perihal kesombongan itu akan menular di kalangan orang ramai , dan anda akan di cop sombong oleh mereka yang tidak kenal anda.Maka anda akan jadi popular bukan?
Adakah anda orang yang sombong?
Kalau anda mempunyai akaun facebook, saya pasti, anda juga antara manusia yang sombong ketika ini.
Apa?anda tidak mengaku anda sombong?
Adakah anda pasti?
Kalau anda begitu pasti, kenapa anda ignore kalau seseorang itu,samada kenalan ataupun orang baru memberi mesej
hi. how are you?
tapi kalau anda jenis tak sombong sangat mungkin anda akan menjawab pertanyaan -pertanyaan berikut akan keluar.
It is you on the video ?)) want to see?)
lepas tu mereka akan bagi satu link.
dan kalau anda balas tanpa klik link tersebut, mereka akan mengucapkan
I’ll be out for an hour, will be back soon
Jadi kalau anda pergi layan lah virus ni, masak ar!!! Sebab tu lah kena sombong, takkan dengan virus pun pergi layan kan?friendly betul lah pulak..kah kah kah.
FYI:jangan klik link tu yer ,peace no war
2 Responses
kadang2 best gak jd sombong.. hehe
Kadang-kala tak pe jangan selalu huhuhu