Hari ini,hari Sabtu seperti hari-hari yang biasa, aku bangun setelah mata terbuka (macam mana bangun kalau mata tak terbuka kan?) dan di kejutkan dengan kesunyian yang dating dari isi rumah kesayanganku.Keluarga aku sudah awal-awal bertolak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat ayahanda.
Apasal aku tak ikut?bukan aku suka wedding ke? Sebenarnya alasan aku tak ikut , sebab hari ini, hari istimewa seseorang .Hari jadi seorang puteri sebenarnya , tapi bukan puteri raja , puteri kepada ibu dan bapanya.
Bulan Julai ini, adalah hari jadi Nanad.Tarikh hari jadinya, sangat cantik,macam orangnya juga, dah ler tarikhnya dekat dengan .. nevermind, itu cerita lain.Jadi kesimpulannya saya berada di sini, dan tidak berada di Kota Nostra kerana nak menyambut hari kelahiran princess sorang nih.
Persiapan untuk hari jadi Nad sebenarnya dah berjalan dalam masa 3 minggu.Gaya pun dah macam ala-ala nak plan untuk wedding pun ada.First task benda nak decide adalah berapa orang yang nak datang.Task yang simple tapi agak mencabar since semua orang tak berapa pasti boleh datang atau tak.Kesnya sebab nak sewa kerusi dan meja, yelah, mana boleh cakap dekat tokey kerusi” InsyaAllah 30 orang datang, kerusi yang tak duduk, tokey jangan charge eh”. Comel pula boleh cakap macam tu.Tapi the main point is takut membazir sebenarnya.
First task nak cari candy jalur –jalur.Memusing juga aku bertanya candy jalur-jalur ini sekitar kuantan.Siap temuramah dengan pekerja Famous Amos lagi, since dulu aku pernah nampak candy sedemikian rupa , di jual di situ.
“Saya nak beli candy yang macam ini, tapi saya nak yang jalur-jalur pelangi”
“Hurm, tak adalah , kami ada yang ini saja”
“Dulu saya pernah nampak ada jual dekat sini, awak sure ke tak ada?”
“Apa yang encik lihat, itu je yang kami ada cik,apa kata encik cuba tengok kedai lain,”
Sebenarnya aku dah usha dekat tempat lain tapi tak jumpa.Jadi nak sedapkan hati sendiri, aku pusing lagi, kelebek sana, kelebek sini, last-last aku ternampak candy yang jalur2 pelangi tu, terselit dengan candy jalur warna-warna lain.Tokey ini pun satu, letak dalam satu bekas, mungkin nak save budget lettew.
“Ada banyak tak candy yang pelangi ni?”
“Ada, U mahu berapa?” tanya amoi si penjaga kedai .
“Hurm, stok ada banyak tak, saya nak banyak,”
“Ada, berapa U mahu?” soal amoi tu lagi
“hurm, 1000 gram?,”
“Oh, U mahu 1kg ke?Ada je,” katanya sambil bingkas ke gobok sambil mengeluarkan supply candy.
Aku macam “oh okey , nanti saya datang balik beli, saya mahu tahu U ada ready stock atau tak,”
Lepas berlalu pergi, aku terus menelefon tuan puteri nak bagi tahu mission accomplished.Yang kelakarnya dekat sini, apasal aku pergi sebut 1000 gram?reasonnya, sebab benda tu kan jual gram gram, jadi aku tengah budget dalam gram-gram, kekonon nak dengar banyak aku kata 1000 gram (banyak lah kononnya 1000 dari 1 hahaha).Last-last beli 200 gram je, dengan jeruk salak :-P .
Next task adalah untuk menyiapkan kad ucapan.Jadi dengan penuh semangat, aku membuka laptop untuk mengodel Photoshop yang berabuk dari dalam external hardisk.Tak install lagi rupanya.Jadi ambil masa install kejap.CS5 edition, edisi yang boleh delete orang dari dalam gambar tu, Cool huh?
Tuan Puteri kata “ikut awak nak tulis camna, asal sesuai” Kreativiti memang bukan bidang saya, dan kreativiti memang tak boleh di ajar, dia kena datang dari dalaman,pengalaman dan alam sekitar.Jadi untuk selamat, saya pun buat dua tiga, yelah mana tahu kalau dia tak suka satu, mungkin dia suka yang lain, jangan dia tak suka semua sudah.
Bila hantar balik, dia cakap ‘ Due2 cantik, sy print la dua2 ahahahahaha,’ Puhhh LEGA, *kesat peluh yang tak menitik.
Jadi tibalah hari yang di tunggu –tunggu, sepatutnya ikut Plan saya pergi awal sikit, sebab kononnya Video Cameraman, tapi sebabkan aku kerisauan akibat no plat kereta aku jatuh, aku jadi tak keruan sikit.Mana taknya, dengan polis dan JPJ kerap buat rondaan sebab SUKMA, aku dengan selamba Rock bawa kereta dengan plat tak cukup Abjad.
Sampai-sampai mostly geng kuantan dah ada, Abg pun ada awal datang sebab hantar kerusi. (ada orang malu nak pesan kerusi sendiri :-P ).Makanan dia jangan cakaplah, memang terbaik.
Akhir kata, Selamat Hari Jadi Nanad, you will always be 18 =).
Sebenarnya ini entri lama, kerana kekurangan masa untuk menghabiskan drafnya, saya tak post – post sampai ke hari ini.
5 Responses
Nice entry..really help for me yg baru dlm bab2 besday party..hopefully u can share.candy tu beli kt kuantan ke?kt mane ye?sgt menarik color die..leh describe nama n tempat kedai tu..and then,kerusi tu sewa ke?nice..how much?wow..mcm2 ada kt phg yg i xtau..
Ha ah wawa, candy tu beli dekat kuantan je.Wawa boleh dapatkan ia dekat East Coast Mall Kuantan.Nama kedai saya tak berapa ingat, tapi dia one of the kedai yang jual asam-asam dan candies.Kerusi tu sewa, I could give you the contact number if wawa interested ;-)
East Coast Mall..orait..thank for the info..xpe..keep the number first.if im interested,then i’ll pm u okeh..hihi..nk tny lagi bole?u tau x mana nk dpt balang tinggi yg ada penutup tuk isi candy or marshmallow tu..ada x jual kt area kuantan?hihi.
weeeeeeeeeeeeeee…thanks awak;)))
anytime for my lovely little sister :-D