Korang pernah makan coklat Pepero ni tak? Selalunya orang memborong coklat Pepero ini dari Pulau Langkawi. (Aku pun beli semasa wedding Yuyu tempohari). Kalau yang pernah makan mungkin tahu bentuk dia macam mana, dan kalau yang tak tahu, rupa dia macam ini.
Dalam dia pula macam ini, kalau yang kotak hijau tu
*Dua-dua gambar kat atas ni daripada google.
Rasa coklat Pepero ni ala ala macam aiskrim Magnum tu (haaa kalau tak tahu aiskrim Magnum macam mana, boleh lah pergi beli dan rasa). Kira kalau peminat coklat , Pepero ini adalah salah satu yang menjadi coklat favorite dan top choice lah. Pepero ini berasal daripada Korea Selatan dan di keluarkan oleh Lotte Confectionery ( Kalau sesiapa yang biasa dengan drama atau barangan dari Korea Selatan, Lotte ni syarikat gergasi yang terkenal dekat sana).
Selepas pulang dari Seoul beberapa minggu lepas, nak di jadikan ceritanya, aku ada ter come across di Twitter tentang status halal Pepero seperti gambar di bawah ini.
Pada permulaannya, aku anggap macam biasalah, ‘chain mail’, ‘rumors’ . Tapi timbul rasa tak sedap hati, yelah sebab coklat ini aku sendiri pun ada beli dan makan. Nasib baik sewaktu di Seoul tempoh hari, aku tak memborong bawa balik. Jadi sebab aku rasa tak sedap hati, aku pun menghantar email ke Lee Ju Woo ini. Aku tak hantar ke email seperti tertera di di dalam gambar, aku google dulu nama Lee Ju Woo ini yang membawa aku ke website Korea Halal Association. Jadi aku pun tanyalah tentang status Pepero ini kepada En. Lee Ju Woo dan ini reply dari email tersebut.
Mengikut En. Lee Ju Woo ini, Pepero tak pernah di luluskan sijil halalnya di Korea. Berikutnya , aku ada emailkan juga kepada JAKIM untuk mendapatkan kepastian, tapi pihak JAKIM masih belum mendapat maklum balas. Cari punya cari dekat blog saudara Azfar ini ada jawapan JAKIM di page facebook mereka dan menurut JAKIM, ia tidak dapat mengesahkan status halal Pepero.
Kalau korang pergi dekat blog Azfar tu ada juga yang dah buat kajian yang pelbagai. Ada yang kata yang kotak hijau boleh makan, ada yang kata kotak ini tak boleh makan. Mana pengkaji – pengkaji bahan ini dapat info, itu aku tak pasti pula. Tapi ada satu bahagian dalam artikel dalam blog tersebut yang menyatakan pihak Lotte kerap menukar ingredient dalam pemprosesannya. Jadi “kalaulah” dulu bahan- bahannya boleh makan, sekarang mungkin dah tak boleh. Nak tahu kenapa aku letak kalau dalam ” ” sebab menimbulkan keraguan dan ketidakpastian. Kita sebagai muslim ini kalau boleh elakkan dari makan benda- benda yang tak pasti halal dan haramnya. Lebih selamat kalau begitu.
Tapi tengok kepada komen – komen yang bernas dari peminat Pepero ini boleh tahan juga, ada yang tulis “Alah, kedai ABC123 tak dapat sijil halal pun, ada serve arak , tapi ramai je melayu masuk, ” Kepada si tukang komen ini pesan dariku, kalau ramai melayu tadi tu masuk tempat ‘panas’ tu nanti, awak nak ikut juga lah eh?
Satu benda lagi yang agak menyedihkan, baru – baru ini dapat reply di twitter dari seorang pengguna yang menyatakan dia membeli Pepero melalui sebuah instahop di instagram. Bila si pengguna ini tanya dengan tokey instashop tersebut, tokey tu boleh mengaku dia mempunyai sijil Halal menyebabkan si pengguna ini pun membeli Pepero tadi.
Kepada tokey instashop terbabit, menjawablah anda nanti.
Jadi kepada rakan- rakan Muslim yang di kasihi, eloklah di elakkan daripada makan Pepero buat masa sekarang. Kepada sesiapa yang dah terbeli, salah satu jalan terbaik, berikan kepada rakan – rakan non muslim kita kalau rasa sayang nak buang ke dalam tong sampah.
Yang mana tak pasti halal dan haramnya eloklah kita elakkan sama- sama.
11 Responses
so skrg ni
ap status peppero ni?…how about daim?..
sma jgk ke
Good info. Em..baru jer beli pepero tadi. Tapi belum buka. Huhuhuhu…
Thanks sharing.
My blog
ayaputeri2.blogspot.com
Tidak menjadi masalah =)
Rocky dengan Pepero ni rasa dia sama je sebenarnya. Cuma ada kacang je. Lepas baca email tu dekat Twitter awak, terus tak makan dah walaupun hati meronta-ronta gitu. Hahha! Thanks Radin sebab share benda ni.
Amboi, sampai meronta- ronta. Kadang benda- benda macam ni yang sedap kan.
byk lagi makanan berasaskan coklat yg halal . tak rugi pun klu x mkn pepero tuh … yg ptg darah kita bersih drp yg haram .
Kebanyakan orang mungkin tak tahu pasal benda ni, saya pun tahu sebab kebetulan ter come across di Twitter, semoga kita terpelihara.
hampir memborong pepero ni..tapi bila status ragu-ragu mcm ni tak jadilah beli..hehe makan rocky je lah..wewewe
Wah pilihan yang bijak, rocky boleh tahan juga sedapnya
sebenarnya boleh dikatakan kerap lah makan lotte pepero ni kat sini. MashaAllah serius baru tahu. i thought it was halal. Akan lebih berhati-hati lepas ni. seeloknya elakkan makanan yang status nya ragu-ragu kan?
yup, ramai yang makan sebenarnya. Tapi bila dah timbul keraguan, better stop dulu until ada further notice. Kalau ia di sahkan halal akan datang takpe, takut sekiranya di sahkan haram kemudian dan kita keep on makan. Tapi benda yang syubhah elok di elakkan, itu lebih baik