Perempuan memang macam ini eh?

Post kali ini aku cedok bulat-bulat dari Cik Husna.Bila dia tulis macam ini, atleast ada yang berpandangan macam aku rasa.Ye lah kalau aku tulis mungkin bias kan kepada kaum hawa.So sila baca…

Perempuan. Suka bertanya soalan-soalan pathetic seperti;

Awak sayang saya tak?
Awak rindu saya tak?
Awak sayang saya banyak mana?

Bila si dia tak balas, atau lambat balas, mesti nak sentap guna ayat, “Kalau awak betul-betul sayang tak perlu pun nak fikir-fikir boleh terus jawab je..”

Perlu ke perasaan sayang diberitahu setiap hari? Eh tak tak. PERLU KE ASYIK NAK TANYA ORANG ITU SAYANG KAU KE TIDAK? Elok-elok dia sayang terus jadi muak dan hilang rasa sayang. You know what? Sesuatu itu mungkin akan kurang signifikannya jika diberi secara mudah dan berlebihan. Less is more lah.

Perempuan. Selalu nak berfikir sesuatu yang tidak perlu/tidak penting secara mendalam. Bila si dia seperti dingin, atau suram, atau tidak bersemangat seperti selalunya, mesti nak fikir entah apa-apa.

Dia sudah tidak sayang kah?
Aku sudah tidak menggembirakan diakah?
Entah-entah dia dah jumpa orang yang lebih baik.

Kemudian mula mengaitkan kejadian si dia tolong hantar Melah ke asrama, kekerapan si dia berjumpa si Suzie di perpustakaan untuk menyiapkan kerja kumpulan, dan terbayang kata-kata si dia memuji Fiona pandai main boling. Semuanya hanya spekulasi, bukan apa-apa pun. Tapi mesti nak rasa sedih, lalu mula nak buka bunga-bunga cari gaduh minta perhatian, dan akibatnya gaduh besar. Padahal pucuk pangkalnya bukan apa-apa, hanya emosi sendiri. Tak fikirkah mungkin si dia ada masalah keluarga/kewangan/pelajaran atau apa sahaja? Kau sepatutnya menjadi orang yang paling menenangkan hatinya, bukan penambah stress. Haih.

Perempuan. Selalu nak terasa apabila si dia memuji perempuan cantik lain. Or perempuan lain yang cantik. Whatever. Ini aku tak boleh terima. Siapa tak suka perempuan cantik? Aku sendiri suka melihat dan memuji perempuan cantik, apatah lagilah kaum berlawanan. Aku dengan Suami selalu sependapat pasal perempuan cantik. Pernah satu malam kami boleh berbual lama tentang betapa cantiknya Vanida Imran sambil menonton filem Papadom. Menghargai sesuatu yang cantik tidak membuatkan kau bertambah hodoh pun. Biarlah si dia nak puji perempuan cantik pun, kau sendiri tahu dalam hati dia hanya dipenuhi wajah kau kan?

Perempuan. Selalu nak sibuk bertanya kisah silam si dia. Siapa bekas kekasih? Berapa lama bersama? Hadiah apa pernah bagi? Bila si dia enggan bercerita, pandai pula guna ayat, “Ala cerita jelah, Ai open je. Ai boleh je terima..”. Tapi bila si dia benar-benar bercerita, mula nak membanding-bandingkan, mula rasa terancam, mula rasa berbaur-baur perasaan. Sedangkan kau sendiri yang memaksa segalanya dibongkarkan.. Girls, please please please do not let your/his past ruin your present happiness. Tak berbaloi kot.

Untuk kisah selanjutnya sila ke sini yerp…Husna Hadzarami :-D .
Kadang- kala rasa mcam tak perlu nak cerita semua benda, dan jujur sangat, walaupun orang kata kejujuran tu sangat penting.Aku tahu, aku dah alami dah, jujur pun tak guna, kena treat macam tahi gak.tengoklah nanti kalau ada masa aku ceritakan kisahnya, tapi sekarang biar aku je pendam.The point is, don’t put your hopes to high, because when it falls , you gonna hit yourself pretty hard.Sakit kot jatuh tempat tinggi, lain lah jatuh atas trampoline boleh bouncy-bouncy…hehe

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »