Tanggal 19 November 2010, tamatlah peperiksaan akhir bagi S2 2010.Kertas peperiksaan terakhir, Semiconductor Technology 2 yang telah menyebabkan aku bersekang mata dan menitiskan air mata sepanjang semester ini.Syukur alhamdulillah aku dapat menjawab soalan-soalan yang di kemukakan berkat bersengkang mata dari semalam.Satu hari je babe hahahahaha.Kalau lah aku study tiap-tiap hari macam esok nak exam, confirm tiap -tiap semester dean list :-P .
Mengikut kata-kata si Wan, kita ini genius last minutes.Is that true?entahlah kalau betul ada terms yang macam tu.Tapi mungkinlah ini nasib atau luck aku pasal benda yang aku baca 90% masuk dalam examination.Dulu, aku jenis yang tunggu sampai waktu yang terakhir, tak pernah aku main keluar-keluar awal dewan peperiksaan ini.Tapi sekarang dah jadi habit pulak, tak elok sebenarnya, sial tunggu di tempat duduk anda sehingga waktu peperiksaan selesai iyer…
Tinggal satu semester lagi, memang kita hampir ke situ dah.Aku ingat masa aku mula-mula jejakkan kaki dekat universiti ini.Perasaan nak pergi menumbuk OC time orientasi masih menebal walaupun akhirnya ended up jadi member aku yang masuk air.Congratulation kepada Acap, Hafiz,Apih,Un,Alib,Gambir,Aidil,Wrezz, Amar,Riduan dan lain-lain yang bakal menamatkan zaman bujang eh zaman pembelajaran diaorang pada disember ini.Thanks pasal membekalkan notes dan past year examination question kepada aku, banyak membantu last-last minit pembelajaran.Oh kepada E kalau aok nak kahwin jangan lupa ajak hahahaha.
Aok.Tetiba aku teringat macam mana aku mula-mula boleh terbaik dengan bebudak ini.Semua start dekat pangkor, time Sport Carnival di Mimet tahun lepas.dia orang terdengar perbualan aku dengan orang yang aku kucingtahi , itu yang tetiba terlekat aok bila jumpa dengan aku dekat universiti sekarang.Famous kejap (famous ker) lepas berjaya menyumbang pingat emas bagi universiti, dahlah acara terakhir dan medal yang terpenting, bila teringat balik, seronok rasanya. :laugh:
Tahun ini tak dapat sumbangkan gold, sekadar silver jer, tapi cukup untuk membuatkan universiti menjadi juara bertahan, haih come onlah, takde universiti lain ke boeh lawan kita orang? (riak..tak baik hish!!!).. Bulan 12 ini ada jemputan dari Uitm untuk perlawanan so kena prepare awal-awal supaya betul-betul bersedia.Maybe nak beli bola dengan kasut lepas ni..hurm, duit lagi tu…kurang-kurang mau 2k juga habis, macam mana ni ( skill nak suruh universiti sponsor) hehehe…
ok, sebenarnya tajuk aku nak cerita hari ini bukan pasal boling atau medal atau sport atau periksa, tapi pasal the chosen one, sounds familiar?nope?koman lah awok then…kuikuikui…I’m talking about the boy who lived, Harry Potter of course.So sekarang dah masuk part 7 the first part.Maybe sebab ceritanya panjang tapi bagi aku macam strategi marketing, since cerita harry potter memang panjang kalau nak sumbat dalam movie semuanya memang tak boleh, better jadikan series,mana tahu lepas ini ada series macam Star Wars or dia buat season2 ke haaaa… respectlah J.K Rowling, dia punya imaginasi memang superb, she turns something ordinary into extraordinary.Terbaik!!!harap J.K baca ini kuikuikui
Bebudak ini dah besar dah, kalau di banding 10 tahun dulu masa first part, comel-comel jer, skang dah ada adegan ehem -ehem skit. jalan cerita agak terpesong dari buku, tapi nak buat macam mana kan, dia terpaksa cut the movie short.tak short mana lah tadi aku masuk tengok pukul 5.20ptg, kuar dekat pukul 8… dah macam hindustan dah, tapi worth every second of it.Dapat seat yang okey pula, terbaik :laugh:
So kepada sesiapa yang tak tengok lagi cerita ini sila lah datang ke panggung wayang untuk menikmati cerita tersebut.Skema kan…aku gerenti paling koman sekali pun takkan seteruk twilight saga (the movie not the novel) baik pergi tengok vampire suck…well, they are, kinda of hahaha…
2 Responses
betul tu :-D … pengalaman yang menyeronokkan..
terima kasih lain kali jalan lagi…hehe
habes exam mmg masa yg dinanti2kan..=)).
jln2 blog kamoo=))