Pamer relationship di facebook atau alam maya

ZRAPP* buka choki-choki pertama.

Anda ada si ‘Dia’?Dengan kata lain, awak ada ‘soulmate’,’better half’,boyfriend/girlfriend’,’boo’,’baby’,’jantung hati’,hati limpa’,gegurl/boboy’ dan seribu satu panggilan lain.Anda ada?kalau tak ada, komanlah anda macam saya.=p

Bila kita di arena percintaan ini semuanya indah.Mandi tak basah (sure mandi tak pakai air ini) tidur tak lena (sure takut Toby dari paranormal activity ni) makan tak kenyang (sure tak baca doa makan),dan sentiasa berangan-angan (sure ikut Mat Jenin ni).Jadi bibit percintaan tu kadang-kala terbawa-bawa dari sms hingga ke  alam maya(Facebook, twitter,foursquare,google+,myspace dan dll).Persoalannya, wajarkah anda melakukannya ?

Bila kita bercinta, ayat semua nak berbunga-bunga, sampaikan wall post pun nak berbunga-bunga.Mula-mula mungkin ini dianggap comel dan jumlah like status/wallpost  anda melebihi patah perkataan wallpost anda tapi kalau dah masuk wallpost yang ke 20 kali, ini akan membuatkan sesetengah rakan anda mungkin berasa jengkel.Memang benar ‘wall aku, aku punya suka’ tapi ramai orang tak berapa suka sebenarnya.

Bila berlaku pergaduhan, status-status mungkin akan berbau tahi tahi (tadikan bunga-bunga ,mungkin ini bunga tahi ayam), tak puas hati, dan status pedas berserta amukan,carutan,sindiran , dan kentutan akan terhasil di status anda.Dan ketika ini, akan timbullah, si pengapi dan si pendalang yang menyebabkan perkara kecil menjadi besar.Soalannya,mahukah anda memperlihatkan pergaduhan anda dengan si tercinta di tonton oleh 1000+ kawan anda,yang mungkin juga terdiri dari datuk,nenek,makcik angkat,orang gaji anda dan juga si Dia?

Andainya cinta itu sampai ke jinjang pelamin okeylah, kalau putus di tengah jalan on the way nak pergi supermarket yang berpunca dari pergaduhan antara siapa yang patut ambil troli bagaimana pulak?Anda menukarkkan status menjadi ayat-ayat sedih, dan ramai  tukang  sailang akan cuba masuk line (adjust anda ler) mungkin  akan memaki dan menghamburkan kata-kata kesat kepada orang yang anda cintai,(konon2 backup lah ) apa perasaan anda?bagaimana  pula, kalau anda mengistiharkan pada hari ini , anda tidak akan berpaling untuk kembali kepadanya, dan tup tup anda sambung kembali cinta yang putus di tengah jalan, apa anggapan masyarakat kepada anda?Bagai menjilat ludah sendiri.

Bila dapat yang jenis sweet-sweet, mungkin ada pelbagai cara untuk menjadi romantik.Ada yang menyanyi, ada yang membuat video, ada yang buat kata-kata puitis.Kemudian, benda-benda ini di paparkan untuk tontonan umum.Bagi saya, benda –benda macam ni tak patut di pertontonkan.Baru-baru ini saya melihat satu video satu pasangan yang saya rasa, tak wajarlah ditunjukkan demikian.Dengan gaya pemakaian si gadis yang solehah tapi berperangai seperti hurm… tak mahu cakaplah.She tried to act cool, but adey … serius tak sesuai.

Kepada yang gemar mengambil gambar si pasangan, untunglah sebab banyak kenangan.Tapi bagaimana jika ia bertukar menjadi tragedi?cinta tak kesampaian ke?.Tahu tak betapa susahnya nak delete semua gambar-gambar tu.Yelah, kepada yang ada pakwe baru atau makwe baru, mesti nak kena jaga hati kan?Ada yang taksub sampai URL pun letak nama pakwe, bucuk2 apa tah,kononnya cinta sangat tinggi dan kukuh.Habis akaun kena delete,untuk buat yang baru (jahat gak sebab saya yang nganjing habis-habisan LOL).Kalau yang memuja pasangan di blog, lagi lah parah.Nak – nak kalau satu-satu post itu sangat menarik dan kreatif, tak ke rugi nak kena delete?Such a waste on a master piece.(ingat Leonardo di Caprio ke, eh Leonardo da vinci ke?)

Kepada yang suka bertukar-tukar pasangan, ini lagi parah, kejap in relationship with si A, lepas tu si S, lepas tu si R, lepas tu si M.Jangan gelak, tapi ada individu yang sedemikian rupa.Agaknya kalau monyet tengok pun naik hairan.Tapi kepada individu macam ni, saya harap bolehlah kita duduk sejenak untuk berdiskusi tentang cara  macam ni, tips untuk melupakan “hati yang kau sakiti” dan tips ‘biarkan aku jatuh cinta lagi”.Kalau anda seorang idola,artis,selebriti lagi parah,tentu sahaja orang akan compare2kan pakwe terkini dgn bekas-bekas anda, tak kesian ke dia?*Ini juga salah satu sebab saya kurang sikit nak berkenalan dengan pasangan rakan-rakan, jumpa yang ni, 4 bulan kemudian karaoke dengan hok yang lain,8 bulan kemudian tengok wayang dengan yang tu.Jadi situasi ini menyebabkan saya kekeliruan , yang mana satu pakwe terkini.

Yang terakhir, kalau kepada pasangan yang kekonon jujur sesangat, siap kata laluan(password sudah -_-) muka buku, twitter,google+,akaun ATM,email,gmail, passcode hanset dan sebagainya diberikan kepada si “my other half’,tidak menyusahkan ke anda terpaksa tukar balik semua benda alah tersebut.Bukan nak tuduh, tapi kalau kena yang suka stalk atau nak buat khianat kan susah?jadi jangan jadi ‘jujur’ sangat pergi bagi segala.Cuba bayangkan kalau kawan antar email untuk assignment ,lepas tu si ‘boboy/gegurl ‘ anda khiant pergi delete?dah hilang carry mark dekat situ.

Jadi  the moral of the story of the written entry above is, macam banyak buruk je kalau declare2 di alam maya ni,jadi untuk keselamatan dan kesejahteraan sejagat, lebih baik tak payah.

Because the last time I check, love is between two people.

*Toss the choki – choki into the garbage can.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

  1. sy sgt setuju dgn yg btukar2 pasangan itu…dalam sebulan dptlah 3org gf…kauu adoo?..ishk..yg taktahan..setiap kali dgn girl dia msti ckp..’i love you sampai mati’..brp kali ntah dia mati..erkk..makeluk pelik.

    peace. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »