Nak mencari nama bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Mencari nama di sini bukanlah bermaksud menempa nama, atau mencari glamor tapi mencari nama bagi sesuatu.Tak kiralah untuk mencari nama bagi haiwan peliharaan atau pun patung kesayangan ataupun laptop(yup ada orang yang menamakan laptop mereka, macam saya dulu, saya menamakan laptop saya Compaq360).Pencarian nama juga di pengaruhi oleh keadaan sekeliling,sama ada persekitaran mahupun rakan-rakan.

Semasa mula-mula berblog, saya tidak mempunyai idea yang bernas untuk menamakan website pertama saya.Yelah, first time dapat website, jadi belum ada pengalaman untuk memberi nama yang sesuai.Dalam pada masa yang sama, perkataan ‘perlu’ banyak di gunakan dan di muatkan dalam gurauan saya dan rakan-rakan ketika itu, jadi saya membuat keputusan untuk menamakan blog saya sebagai Princ3ofPerlu.com.

Mencari nama yang unik adalah sangat sukar, dan kebanyakan respon yang saya terima, pembaca kadang-kala tidak dapat pautan ke website saya kerana perkataan princ3.Kenapa saya menukarkan E kepada 3 adalah semata-mata bertujuan mendapatkan keunikan , tapi kadang-kala ia lebih banyak menyusahkan para pembaca untuk datang ke blog saya.

Pada masa yang sama, saya juga ingin menggunakan princ3 sebagai kata ganti nama,atau nama pena dalam penulisan namun, macam cuba mengangkat diri sendiri pula dengan bertindak sedemiikian rupa, jadi saya membatalkan hasrat itu.Lagipun kata ganti nama seperti saya dan aku lebih mudah untuk di tulis * skill malas nak tulis la nih rupanya.

Jadi kalau dulu,its princ3ofperlu, kini its .Kan lebih senang, nama saya sendiri dah cukup unik, tak perlu nak jargon -jargon bagi memeningkan kepala orang.Google je dapat jumpa muka saya, senang kan?jadi kenapa nak susahkan benda yang senang.

Niat untuk menukarkan alamat halaman sesawang ini (skema tul kan?) berpunca juga daripada alamat email yang baru saya perolehi.Kepada yang ingin menghubungi saya, bolehlah hantarkan email anda kepada pae@. Okey bunyi macam main-main tapi email ini memang wujud yer kawan-kawan dan jangan bimbang , saya akan membalas setiap email yang saya dapat secepat yang boleh.

Jadi saya  minta jasa baik,tuan dan puan-puan, yang mana telah meletakkan pautan princ3ofperlu.com di halaman blog mereka untuk menukarkan link kepada .walau bagaimanapun, kepada mereka yang masih lagi menyimpan URL lama saya iaitu princ3ofperlu.com akan secara automatik di hantar ke website baru saya.Jadi no harms done pun kalau tak tukar, cuma lebih baik tukar, nama pun lagi best dan cantik kan?Ahaks~ :-D


Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »