Trip ke Seoul, South Korea – Oktober 2013 part 3 (Gwanghwamun Square, Bukchon Hanok, Namsan Tower)

27 oktober 2013, hari kedua aku berada di Seoul. Misi hari ini, ke Gyeongbukgung Palace, Gwanghwamun Square, Bukchon Hanok dan Namsan Tower. Sebelum bergerak menuju ke bandar Seoul, kami decide nak makan di hotel sahaja, bernasib baik kerana di hotel penginapan kami sedang berlangsungnya Indonesia Feast dan terdapat chef muslim dari bandung yang mengendalikan masakan. Nasib tak berapa nak baik sebab, satu orang untuk buffet di charge 80000 Won which is almost rm240. Jadi kami buat keputusan untuk makan ikan Salmon.

 45

46

47

48

49

 Rasa ikan Salmon dia? sangat superb okey. harga dalam 30,000 won kalau saya tak silap. Selepas makan, kami pun bergerak ke Gwanghwamun Square di mana terletaknya statue atau tugu King Sejong The Great.

50

51

52

53

54

55

56

57

58

59

Video sewaktu di area Gwanghwamun dekat sini.

Dukacitanya, Gyeongbukgung Palace tak boleh masuk disebabkan ada special event. Dia orang buka pada waktu malam pula. Selalunya waktu operasi adalah pada pukul 900 pagi hingga 6 petang. (pukul 5.30/ 5.00 petang kalau musim sejuk ) tapi ada pula special event time ni which starts at 7.00 pm. Jadi kita orang decide untuk bergerak menuju ke Bukchon Hanok Village yang terletak di sebelah kanan Gyeongbukgung Palace, walaupun namanya sebelah tapi jauh juga nak menampak, nasib baiklah cuaca sejuk dan aman, so takde hal.

Kalau korang nak pergi, just keluar dari Gyeongbokgung dan bergerak menuju ke arah timur istana ini, terus je berjalan, dan kalau rasa-rasa macam nak tersesat, boleh je tanya orang di sekeliling, malu bertanya sesat jalan kan? masa on the way nak pergi ke Bukchon Hanok ni, kita orang berhenti bertanya dekat Tourist center dan diaorang pun bagilah map untuk ke tempatnya, tak jauh pun, kira-kira kalau dari istana tu macam jalan 25 – 30 minit je.

Apa Bukchon Hanok ni sebenarnya? Buckhon Hanok ini kawasan pertempatan tradisional yang masih di pelihara. Kira design rumah tradisional lah.Kalau berjalan dekat sini jangan buat bising sebab nanti mengganggu pula orang yang tinggal dekat sini. Macam tak ada kerja je datang depan rumah orang nak tangkap gambar kan? kalau dekat Malaysia confirm kita dah telefon polis hahaha.

60

61

62

63

64

65

Dah penat berjalan dan kesejukan, kita orang pun plan nak gerak terus ke Namsan Tower, tapi memandangkan sejuk sesangat dah kan, kita orang pun stop untuk menikmati kopi dahulu. Aku suka design kedai ini, nampak lain daripada lain.

66

67

68

69

70

71

72

73

Kopi dia boleh tahan sedapnya, harga dalam lingkungan 3000 – 5000 Won. Aku pilih black coffee, barulah masyuk minum waktu sejuk sejuk kan? Kawan- kawan prefer Caramel Macchiato. Jadi kalau korang terserempak dengan kedai Doosa ni boleh lah try coffee dia sendiri. Aku cerita banyak pun tak guna kalau korang tak rasa sendiri kan? tak dapat nak di gambarkan dalam penulisan. Lepas minum tu , kita orang terus gerak ke Namsan tower.

Aku nak gi makan jap, jadi kita sambung nantilah pasal Namsan Tower ok? TATA

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

8 Responses

  1. Hmm,.Best lah KOREA..Nak sgt pegi :) Teringin sangat :) Smpai masuk mimpi :) Haha .. Btw , Safe Trip ya :)

  2. Bergantung kepada berapa hari bro nak pergi ke sana.Basically kalau transportation rm60 untuk 4-5 hari. Makan range 15-30 ringgit, so better bawa makanan sendiri. tempat tinggal ada yang murah, ada yang mahal, paling murah boleh dapat macam 50 -80 sehari. Kalau bro sudi follow nanti saya update blog trip akan dtg, saya boleh list down kan budget untuk bro…

  3. Serius mahal buffet kalau Rm250 tuh.. Sebulan boleh makan kalau kat universiti banyak tuh..hehennMaaf la tanya bro, overall berapa buget pi Korea nih? More than 2K ker?nnNak buat bajet gak nih. hajat nak pi next year..

    1. Bergantung kepada berapa hari bro nak pergi ke sana.Basically kalau transportation rm60 untuk 4-5 hari. Makan range 15-30 ringgit, so better bawa makanan sendiri. tempat tinggal ada yang murah, ada yang mahal, paling murah boleh dapat macam 50 -80 sehari. Kalau bro sudi follow nanti saya update blog trip akan dtg, saya boleh list down kan budget untuk bro…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak