Mari kita sambung pasal Namsan Tower yang tergendala dalam entri sebelum ni. Dari Bukchon Hanok Village, kami naik teksi terus pergi ke Namsan Tower. Teksi dekat sini kalau yang biasa , meter akan start dari 3000 won, kalau teksi deluxe dia akan start dari 5000 won. Tapi dari Bukchon Hanok Village ke Namsan Tower hanya 3000 Won. Kalau korang yang naik subway atau train boleh berhenti dekat Myeongdong Station, itu yang paling hampir.
Saya nak minta maaf, sebenarnya teksi tersebut tak bawa kami terus ke Namsan Tower sebab Namsan Tower ni kawasan ia di pelihara di mana, kenderaan seperti teksi tidak di benarkan naik ke atas demi menjaga persekitaran. Teksi hanya akan hantar kita sampai ke station kereta kabel. Jadi korang ada 3 pilihan, sama ada naik kereta kabel, naik bas (bas elektrik) atau berjalan kaki.
Jadi pilihan kami adalah? berjalan kaki lah. Alah apa lah sangat nak mendaki dalam kesejukan malam dan kedamaian hutan. Kebanyakan blog menulis berapa lama masa yang di perlukan untuk mendaki ke atas atau dia orang just tulis ” tercungap- cungap juga akhirnya sampai” Dekat sini biar aku bagi tahu dulu, jarak dari tempat start mendaki (ini kalau di kira dari stesen kereta kabel, di mana letaknya sudah dalam perjalanan mendaki) adalah 1.2 kilometer, yup 1200 meter. Jadi aku yang gagah ni , sempatlah berhenti di beberapa anak tangga untuk bernafas seketika hahaha!
Gambar yang last tu belum sampai lagi, tapi aku dah kelegaan sebab atleast dah nampak tower dekat belakang. Jaket pun dah aku cabut, berat sangat rasa macam training ala ala Son Goku kartun Mutiara Naga pula. Masa aku duk tercungap-cungap mendaki, si Taufiq cakap, cuba berzikir mana tahu hilang penat. Boleh juga di praktikkan sambil dapat pahala kan?
Satu lagi, aku tak tahu mungkin ini psikologi atau memang berkesan, korang masa mendaki, cuba mendaki zigzag, instead of satu tangga tu korang satu langkah, dia jadi dua langkah and langkah macam lagi panjang. Sebab aku rasa lagi letih , naik satu-satu. Bagi akulah, tak tahulah bagi korang macam mana kan. Tapi zig zag ke, naik satu satu ke, naik kereta kabel ke, yang penting sampai dengan selamat, kan?
Selepas beberapa lama, aku pun sampailah dekat stesen kereta kabel atas, sempatlah snap gambar sekejap.
Peminat RunningMan mesti kenal kawasan gazebo ini kan? episod awal – awal dulu masa Son Dam Bi dengan Se7en sebagai artis jemputan. Si Jong Kook Nyanyi lagu One Man dekat sini, episod 6 tak silap aku lah. Kalau korang dah sampai dekat sini , memang dah dekat sangat dah pun nak sampai ke Menara Namsan. Belakang tu jer. Jom jalan.
Harga tiket untuk naik ke Namsan Tower adalah 9000 Won untuk dewasa, kalau sesiapa nak pergi Teddy Bear Museum 8000 Won, dan kalau pakej untuk 2- 2 tempat 14000 Won. Kita orang decide untuk ke naik tempat tinjauan je. Nampak tak dalam tiket tu ada di bulatkan 82243, itu nombor giliran, kira kena tunggu group kita di panggil baru boleh naik ke atas. Sementara menunggu sempatlah aku bergambar dekat kawasan sekitar Namsan tower ni. Kalau yang sibuk mencari tempat mangga cinta tu, adalah dekat bawah. *Buruk nama aku bagi mangga cinta LOL
Selepas berpusing – pusing , kita orang pun beratur masuk ke dalam lif.Lif dia tak lama, aku rasa 20 saat, patutlah di anggap antara lif paling laju dalam dunia. Ada juga sedikit hiburan sewaktu kita orang naik lif tu, kalau korang nak tengok boleh tengok dekat sini.
Akhirnya sampai juga aku dekat atas, tapi sebenarnya dekat atas ni tak ada apa apa pun, and kawasan dia sangat kecil. Bolehlah korang pusing 360 darjah untuk tengok pemandangan atau beli cenderamata. Cenderamata pun agak pricy , yelah tempat tumpuan pelancong kan.
Namsan Tower ni aku rasa memang tempat orang bercinta- cintun, dekat mana -mana pun banyak benda yang di khaskan untuk orang yang sedang bercinta contoh macam love block message dekat bawah ni. Korang boleh tulis apa korang nak, then tampal la dekat mana korang suka.
Kalau cinta kekal sampai ke jinjang pelamin tak apalah kan? kalau cinta tapi tak kesampaian, satu kerja pula nak tempah tiket ke Seoul, nak datang cabut block ni dengan mangga cinta , bukan apa, nanti datang ke Seoul dengan isteri, marah pula isteri terbaca kisah kau dengan ex gf (or gfs) HAHAHAHA I’m joking.
Kalau sesiapa nak beli mangga cinta, ada je jual dekat sini tapi aku rasa harga dia macam cekik darah sikit 15000 Won tak silap, lebih kurang Rm45.
Lepas dah berpusing di Namsan Tower, plan seterusnya adalah untuk ke Itaewon untuk makan makan. Perjalan turun lebih indah daripada naik ok, aku rasa macam 10 minit je masa turun ke bawah tu.
Masa naik aku lupa nak snap gambar, nampak 1200 meter, turun naik 2400 meter uolls hebat hebat. Sampai di Itaewon kami terus bergerak ke restoran Moghul untuk menikmati nasi briyani ayam. Harga 15000 won.
Semasa makan, kita orang bincang sama ada nak balik ke hotel atau nak ke tempat lain. Since malam masih muda belia, kita orang decide nak gerak ke Cheonggyecheon Stream. kalau korang naik subway, yang paling dekat adalah berhenti di Gwanghwamun Station. Semasa nak bergerak tu sempatlah aku snap gambar dengan depa (mereka) ni. Aku rasa orang Korea memang kalau bergambar mesti tunjuk peace.
Sampai – sampai je dekat area Cheonggyecheon Stream tu, kesejukan yang amat menusuk kalbu, jadi apa yang kami buat adalah beli secawan kopi sambil bersiar-siar di sepanjang stream tersebut. Kopi panas di kala waktu sejuk, adalah satu perasaan yang sangat AWESOME ok. Kalau dekat Malaysia minum kopi dengan pisang goreng masa waktu hujan, haaa gitulah heaven dia punya rasa.
Mula- mula aku ingat apa hal pula dia bagi hand phone lepas order, rupanya bagi beeper nak panggil kalau air dah siap. * aku melawak je, takkan la tak tahu ye dok
Dah bungkus kopi tu, kita orang berjalan-jalan dekat stream tersebut. Korang layanlah gambar dulu yer
Dahulu dari apa aku baca, sungai ini sangat kotor tapi pihak berkuasa dah ambil langkah untuk memelihara sungai ni sampai lah lawa cam ni sekali. Seoul Lantern Festival 2013 macam dah dekat, start 1 hari bulan november sampai 17 tak silap aku, kalau ada rezeki sempatlah aku nak pergi tengok. Harap- harap sungai dekat Malaysia pun boleh di pelihara sebaik ini juga.
OK JOM BALIK! TATA
7 Responses
kakak tak puas pi Namsan Tower ni … hahahaha
Salam..
Nak tanya.. ada g everland tak? Or lotte world ker?
Or tahu tak from seoul station exit 4 nak ke everland cam ner?? Huhu…
Nice blog… baca blog banyak… tp once kat seoul i dont kno cam ne nak g itaewon…
Salam kembali, saya tak pernah pergi ke Everland, tapi mungkin directionnya boleh check dekat sini http://www.muslimbackpackerseoul.com/2012/12/everland.html . Untuk ke itaewon? sepatutnya tak menjadi masalah , sebab kalau naik subway memang akan terus nampak station itaewon (LINE 6 , itaewon station).
Oooo… nanti saya cuba try next week… Ooo satu lagi pernah makan tak dekat kedai yang gambar ikan.. dekat stesen universiti hongik rasanya…
Kalau pernah tau tak cam ne nak g sana… Lupa direction… huhuh. Lama tinggalkan seoul… sebab tgok awak banyak makan dekat itaewon… based on sebelum ni dorank kata itaewon mahal makan.. tu yg tak jumpa direction… haha
Tak pernah pula, saya cuma ada jalan dekat area hongik aje.Ha ah makanan agak mahal dekat sana, better bawa makanan dalam tin dan segera sebagai bekalan.
cantik blog ini….
terima kasih