Trip ke Seoul, South Korea – Oktober 2013 part 2 (Itaewon, Namdameun Market)

Bertemu kembali dalam entri ke 2 tentang trip ke Seoul. Selepas menjejakkan kaki ke Incheon International Airport terasa kesejukan yang amat sangat, maklumlah ini pengalaman pertama berada di tempat sejuk. Waktu tiba kira – kira pada pukul 6.20 pagi, suhu 7 celcius.

Selepas mengambil bagasi, aku terus keluar mencari family mart, family mart ni macam 7 eleven, tapi aku tak jumpa so pergi ke 7 eleven je untuk membeli T Money. T money ini macam kad Touch and Go kita di mana selain boleh di gunakan untuk membayar pengangkutan seperti subway, ia boleh juga di gunakan untuk membayar teksi dan membeli barang.

11

Harga T money ini 2500 won untuk sekeping kad, selepas itu kita boleh top up la berapa banyak yang kita hendak (Aku top up RM60 which is 20000 won untuk 5 hari di sini). Kalau ada balance kurang daripada 20000 Won, anda boleh dapatkan refund daripada kedai yang anda beli (500 won akan di tolak untuk tax). Kad ini boleh di simpan untuk cenderahati.

Selepas dah membeli T -money, kita orang pun bergeraklah menuju ke AREX,  ini kira macam ERL kita dekat Malaysia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kita orang turun di stesen Hongik University sebelum bertukar stesen ke Sindorim. Apa yang seronoknya, stesen Sindorim terletak betul-betul di bawah hotel penginapan kami jadi access ke subway bukanlah satu masalah.

Selepas meletakkan beg di hotel, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Itaewon untuk mencari makanan. Selain nak mencari makanan, kami nak melawat Seoul Mosque yang terletak di Itaewon ini sebenarnya. Untuk ke Itaewon tak susah, cuma perlu ke stesen Itaewon dan anda akan sampai ke destinasi. Kita akan keluar berhampiran dengan Hotel Hamilton.

12

Dekat sini banyak makanan halal, dan kebanyakan makanan turki. Walaupun ada sos cili, sos cili dia orang tak berapa nak pedas sangat, jadi bolehlah sedia membawa sos cili sendiri yer. Kita orang singgah makan di Pasha, siap mereka pandai cakap bahasa Malaysia lagi, “jemput masuk , jemput masuk”.

13
14
15
16
17

Apa yang best di Seoul ni nak tahu pasal apa? Wifi di mana – mana. Siap ada Wifi Seoul lagi tahu? tapi walau bagaimanapun kena berterima kasih sebab Shuk sudi kongsi line internet dia. Kamsahamnida.Selepas mengisi perut, kami terus mengorak langkah ke Seoul Central Mosque.

18
19
20
21
22
23
24
25

Alhamdulillah sampai juga dekat masjid Seoul ni. Dalam gambar nampak macam panas terik kan? sebenarnya tak langsung, matahari macam lampu je dekat sini. Bayangkan air wudhu sejuk macam air peti ais, tak percaya? kena datang sendirilah baru percaya. Nak ke masjid ini tak susah, ia terletak di belakang Spa Itaewon Land (Gambar tangga dekat atas tu), sampai je depan Spa Itaewon land, pusing kiri dan mendaki jalan berbukit dan anda akan sampai ke Masjid ini.

*Gambar pegang peta dekat atas tu bukan sesat cuma confuse pasal arah je. :-D

Selesai solat kami bergerak ke Namdameun Market untuk mencari brooch. Meh nak cerita sedikit, tempat yang paling senang nak access market ini untuk ke tempat brooch adalah turun di stesen Hyoheon Exit 5. Keluar je exit 5, pusing kanan, jalan sikit dan pusing kiri terus nampak bangunana warna hijau. Brooch terletak di tingkat 2 bangunan lengddang. Malangnya bila sampai dekat sini, kedai tersebut tutup pada pukul 2 petang (hari sabtu tutup pukul 2 petang, dan hari ahad tutup satu hari) dan nak tahu ironinya? kita orang sampai tepat jam 2 petang *nangeh aku. Jadi nak tak nak, datanglah balik sini pada hari yang lain.

26
27

Alang – alang dekat sini, ambillah kesempatan untuk membeli- belah sikit. Aku pun ada beli Honey Candy yang selalu di tunjukkan dalam blog – blog travel, kira makanan yang mesti beli kalau ke Seoul. Rasa dia bagi aku boleh tahan tapi agak mahal, lebih kurang rm15 sekotak. Aku juga sempat merembat beberapa baju I love Korea untuk kawan -kawan rapat.

28

Brother ni pandai pula berbahasa melayu masa kita orang sampai. Bila ada seorang Japanese ni lalu, dia boleh cakap jepun pulak dengan Japanese tu, memang hebat. Oh kepada sesiapa nak tengok demo dia buat boleh tengok dekat sini. Ini bukan link aku, malas nak upload hahaha.

29
31
32

Sepanjang aku travel, inilah pertama kali aku tak berjaya nak tawar untuk dapatkan harga murah bagi baju. Aku pernah baca dekat blog-blog lain yang cakap benda yang sama, tapi bila aku sampai sendiri, ternyata apa mereka cakap itu benar. Kira yang paling murah boleh dapat adalah 3 helai untuk 10000 Won. Tak tahulah kalau ada orang yang berjaya tawar lebih murah bolehlah kongsi pengalaman sedikit dengan diri ku ini. Lepas selesai membeli baju kami bergerak menuju ke Hotel.

Oh, kami menginap di Sheraton Hotel D Cube City yang terletak 25 minit dari Seoul.

33
34
35
36

Sebelah malamnya pula kita orang gerak ke Itaewon semula untuk mengalas perut. Tengok-tengok begitu happening dekat Itaewon memandangkan kami tiba pada malam Halloween, banyaklah custome yang ada merata-rata, aku yang kelaparan tak sempat nak snap banyak sangat gambar, jadi berakhirlah hari pertama kami di Seoul.

37
38
39
40
41
42
43
44

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »