Breaking Dawn Part 1

Edward,Jacob,Bella nama-nama yang sinonim dengan siri pontianak twilight.Minggu ini breaking dawn pula akan keluar menyusul.Breaking Dawn adalah buku terakhir dalam siri twilight, dan seperti kebiasaannya apabila sesuatu trilogi itu akan berakhir, pengarah akan cuba untuk mengaut keuntungan yang lebih dengan, guess what? menjadikan satu cerita kepada 2 parts, yup Breaking Dawn yang akan keluar adalah Breaking Dawn – First Part.Ini bermaksud anda terpaksa menunggu hingga tahun depan untuk menyaksikan kesudahannya.

SPOILER ALERT OKEY,JANGAN BACA KALAU TAK TENGOK LAGI,NANTI ADA YANG MARAH LAK.

Secara keseluruhan cerita seperti biasa banyak tema cinta-cintan.Bermula dari persediaan majlis perkahwinan antara Edward dan Bella,yang diuruskan oleh Alice yang comel (ok nampak sangat aku suka Alice).Segalanya bermula dengan okey dan bahagia, cuma untuk si Jacob jelah, sedihlah mamat badan tough tu sebab Bella tak pilih dia, takpe, tak ada rezeki.

Honeymoon di Brazil selepas perkahwinan, (banyak adegan yang agak berbahaya di sini, kalau anda semua faham apa yang di maksudkan dengan bahaya :pig: ) Aku rasa banyak yang akan di potong apabila masuk Malaysia nanti.Beberapa babak seterusnya memaparkan bagaimana Bella menghadapi masalah dengan kandungannya yang mula membesar dan paling membimbangkan sedang membunuh Bella secara diam-diam.(Baby vampire mestilah minum darah kan).

Puak-puak werewolf ni dah tak boleh tahan sebab kalau Bella mati, kiranya perjanjian antara The cullen dengan werewolf akan terbatal sebab melibatkan nyawa manusia.Nak-nak si Sam (ketua wolf) memang tak berapa gemar dengan vampire.Cullen sekeluarga berusaha untuk menyelamatkan Bella, termasuk memberi Bella minum darah manusia (paling kelakar , Bella kata best :-( ) darah manusia best ke?Entahlah.

Semakin lama semakin sihat si Bella, tapi memandangkan Bella kuat minum darah, bekalan di rumah Cullen habis menyebabkan Dr.Cullen dan isteri dan Emmett terpaksa mendapatkan stok darah yang baru.Jadi keadaan ini menyebabkan rumah Cullens adalah sasaran yang paling tepat kerana bilangan cullen hanya tinggal beberapa orang (Edward,Alice, Jasper,Rose) di tambahkan dengan si Jacob dan Seth.

Keadaan bertambah getir ketika si Bella dah sampai masa untuk melahirkan bayinya, (Scene ini agak ngeri) dan akhirnya Bella selamat melahirkan bayinya, future girlfriend Jacob, woww tak dapat ibu dapat anak pun jadi ek?

jadi apa kesudahannya,adakah Bella terselamat?adakah kumpulan werewolf yang di ketuai oleh Sam akan menyerang rumah Cullen?adakah Bella akan menjadi vampire?saksikan ia di panggung berhampiran anda :-D

Red Eyes Bella

 

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

5 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »