Early lovebird eh early birthday

Petang tadi dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang gadis.Berdebar pula saya nak bercakap, maklumlah saya pemalu orang nya, dihujung sebelah sana adalah suara yang saya kenali iaitu tidak lain dan tidak bukan, si Anis MIraa.Kenapa saya panggil nama dia panjang sebab ramai sangat kenalan nama anis dan mira pulak, ehem , ok…hahaha.

Jadi si Anis Miraa telah meminta bantuan saya untuk berkomplot untuk menyediakan surprise untuk bf tercinta.Sebenarnya birthday belum lagi tapi memandangkan dia ada di kuantan, jadi kita teruskan.Saya ke Ecm pada pukul 9.15 untuk mengambil cake ‘happy birthday ice cream cake baskin robbin” .On the way ke Ecm tu sempatlah mendengar celoteh si Pai menemuramah Fatin di radio.Amboi kerap benar si Pai memuji fatin cantik, tapi fatin memang cantik pun.Kalau perempuan tengok pun memang cair, apa kan pulak si arjuna kan? :-D .

Sampai di Ecm, jumpa dengan cik Wan,dengan guitar tersangkut di bahu, dah macam yuna pula saya tengok cik Wan ni.Rupanya hadiah guitar tu,so saya pun pergilah ke baskin untuk mengambil cake.First time pula nak makan kek ni, kalau nak tunggu beli sendiri memang taklah hohoho.Okey sambung-sambung, lepas dah ambil kek tu, terus bergerak menuju indera mahkota.Radio sedang asyik memutarkan lagu-lagu seperti anggun dari zizan, dan cantik dari altimet, patut lah Pai kata dia dah ready lagu yang sesuai dengan fatin.Kelas gitu :-) .

Sambil menunggu si birthday boys balik kerja, aku ke Indera Mahkota untuk berjumpa dengan Nazz,khabarnya ada dapat panggilan dari DOSM aka Department Of Statistics Malaysia  berkenaan feekir (formerly known as jinxbox). jadi ada sedikit kertas kerja kena buat, and aku tak melepaskan peluang untuk berbincang tentang persiapan untuk 29hb 7 ini, live streaming project.Minta maaf kepada yang beria-ria mengemailkan kepada aku tentang live streaming yang ditunda jumaat lepas.Ada sedikit kesilapan teknikal, tapi InsyaAllah , jumaat ni akan dijalankan.Benda live ni banyak juga masalah dia, lainlah kalau record,no hal.

So dalam 11.30 malam tu aku terus bergerak menuju ke teluk chempedak.Jadi sebab tak berapa nak plan,ikuti jelah video kat bawah ni yer.

httpv://www.youtube.com/watch?v=0hZAe1akaCw

happy bestday to you two

Birthday boys, aka Amir Ridwan and Amir Ihsan.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

6 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »