Family time~

2,3 hari ni banyak menghabiskan masa dengan family.Maklumlah pakcik dan keluarganya baru pulang dari Dubai.Memandangkan Daniel dan Amir bercuti,mereka akan berada di Malaysia sehingga bulan Oktober nanti bersama ibu mereka aunt Shafinaz.Pakcik aku akan pulang terlebih awal,maklumlah tanggungjawab kepada kerja.Dengar cerita Aunty dah memulakan perniagaan makanan di sana.Mesti income masyuk~

So semalam bersama – sama dengan keluarga papa Fatwa,Om dan Tante, Unc Fuad,mine, Aunt Teha dan my sweet Opa makan beramai – ramai di Tanjung Lumpur.Macam – macam ada i tell you.Ikan bakar,sotong bakar,udang bakar,sup sayur,ketam masak cili,kerang PErghh memang BEST.Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki Tuhan berikan dapat kammi makan benda – benda lazat macam ney.Walaupun di antara kami yang mempunyai alergi dengan makanan laut dan bakal menghadapi kegatalan dan sebagainya keesokan harinya hehe.

Selepas selesai bersantap, cousin- cousin perempuanku mengajak untuk beradu kelunakan suara.So tempat yang dituju adalah kompleks Teruntum.Di sini, kami menYUMBANGkan lagu – lagu dari oldies hinggalah yang paling latest.Goyang inul pun ada tau.Entah macam mana nasib kami , perkakasan di tempat karaoke ini ‘jammed’ beberapa kali.akhirnya hampir pukul 1 pagi dan kami bersedia untuk pulang.Lucky for us, kami di charge untuk 1 jam saja hehehe untung seyh.Selepas bersalam – salaman kami pun menuju ke destinasi masing – masing iaitu ke rumah lah aduyai~

Sampai di rumah, aku melayan Gundam 00 yang hampir habis.Lepas ni boleh la melayan Gundam Seed pulak.Selepas beberapa episod yang mencuit hati, aku bergegas mengolinekan diri ke mana lagi, it’s XBOX live la bebeh~COD 4 menjadi pilihan.Bukan aku tidak mengemari COD 5, cuma aku tidak berapa suka dengan selection of weapon yang agak old fashion.Ye lah nama pun world at war dan di ambil masa peperangan jepun dan jerman.So weapon pun time tu jugak lah.Cousin aku si NAZZ menggesa aku berentap FIFA dengannya.Sorry tak minat ar hehe.Selepas kalah beberapa kali,mungkin ini alasan tetapi pada pendapat akku connection di Malaysia ade lag skit menyebabkan tindakan player di Malaysia tidak selincah mereka di luar negara yang mempunyai connection internet yang lepas pantas.Well,atleast skang aku antara top 4 teratas board di dalam sesuatu map hehe.

Hari ini aku bangun dan menyambung perjuangan semalam yang belum selesai.Selepas beberapa lama bermain, aku decide untuk menyambung Resident Evil 5 yang dah beberapa hari aku tinggalkan.Sedar tak sedar maghrib menjelang dan parents ku tiba di rumah.Malam ini ada perlawanan  bowling persahabatan dengan Uncle Fuad.So aku bergegas,bersiap sedia dan mewangikan diri.Pilihan hari ini Bvlgari yang menusuk kalbu ngeh~Sampai sahaja di lane kami mula berentap dengan tak berapa hebat.Memang hari ini malang bagiku dan aku mencatat jatuhan pin yang terburuk untuk beberapa bulan ini.Walaupun masih mengungguli permainan tetapi jatuhan pin membuatkan aku sedikit sedih.Mungkinkah akibat aku memakan mee hoon kari planet kari tadi?atau pun aku makan sata dan otak – otak terlampau banyak?atau pun durian yang aku lantak banyak sangat menyebabkan prestasi ku teruk seperti durian yang expired?durian expired?wow!!! quote from the famous Sir Roy yang hebat.

After the game, we went to get something to eat and our destinnation…PADI.Banyak jugak makan kat sini,malangnya kerang bakar takda tapi tak mengapa di ganti dengan pari bakar dan ikan aji – aji.Sedap gak aji – aji ney banyak isi.Agy if you’re reading this your ikan banyak isi la hahaha…So we talk and we talk until it almost 1.30 in the morning.After a while we went back home.

I had a talk with my cousin Daniel and he said that it cost rm20 per bowling game in Dubai.How grateful i am with our country.In Malaysia, it only cost around rm4 per game and rm3 for student.Plastic ball in Dubai cost around rm1000 and it only cost us around rm250 in Malaysia.So bersyukur la anda di lahirkan di Malaysia iyerk?

P.S it cost around RM50 for one watermelon in Dubai hahaha lebih baik makan watermelon banyak – banyak sebelum balik tau~

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »