Kita selalu risau pasal duit kan?nak-nak para student yang sedang sibuk mengejar cita-cita di menara gading banyak duit nak pakai.Kertas kerja,projek,assignment, yuran dan pelbagai lagi.Kerajaan dah cukup baik untuk memberi pinjaman pelajaran dan kepada yang hebat sikit tu ditawarkan biasiswa.Kepada yang meminjam dari pihak MARA, kalau pointer 3.5 ke atas tak perlulah bayar pun.Hurm, tak beruntung ke?diaorang bagi pinjam riban-riban dan kalau kita capai target tak payah bayar, dapat scroll dapat duit lagi.Senangkan?Tugas cuma satu belajar.
Alhamdullilah setakat ini, segalanya cukup bagi aku.Baik dari segi makan, pakai dan segalanya.Senang kata tak adalah menyusahkan ibu bapa dengan isu kewangan.Kadang-kala aku tengok dan cuba mencari di mana silapnya, kenapa kebanyakkan diaorang ini sentiasa tiada duit.Pada permulaan dapat agreement MARA dulu, tup tup MARA bagi dekat RM5k.Soalnya mana pergi duit-duit ini.dan untuk pengetahuan duit yang sebanyak ini adalah untuk elaun sara diri.Dan tiap -tiap bulan di masukkan lagi 6-7 ratus ringgit.Tapi still kewangan masih lagi tidak mencukupi.
Dari pemerhatian aku, kebanyakkan student tidak pandai mengawal kewangan mereka.Kadang-kala pergi beli menda yang tak patut.Tengah bulan terus sakit, terpaksa ikat perut dan terpaksa meminjam daripada rakan-rakan yang lain.Kalau nak di ikutkan sebenarnya cukup duit ini kalau pandai di kawal. contoh dekat sini aku amik example tempat lain aku tak tahu lah.bagi yang duduk asrama, yuran pendaftaran sebanyak rm800 untuk satu semester.Itu dah termasuk asrama.Di asrama, berapa banyak air korunk nak guna berapa banyak internet korunk nak guna berapa banyak elektrik korunk nak guna, itu ikut korunk lah.Jadi kita kira dari segi makan ok kiralah rm15 sehari jadi itu dah jadi rm450 sebulan betul?jadi still ada balance 250 tiap-tiap bulan.Jadi mana pergi 250 ni?kepada yang kaya korunk pergi bakar betul?kepada yang ada gf, korunk abis dekat kredit, dating.haa,macam mana tak cukup.Kepada yang tak buat menda ni, korunk pergi shopping.So nak tanya lagi mana duit hilang?
Sebenarnya kalau ikut keperluan, cukup sebenarnya.Tapi kalau kita tak jadi mangsa kemahuan parak lah jugak kan kau pun sama gak. Pasal apa?pasal kemahuan kita tidak ada batasnya, jadi bagai mana kita nak turutkan kemahuan ini..memang tak boleh sebenarnya.Sebab tulah kalau dah cukup keperluan kira syukur psal banyak lagi orang susah daripada kita yang tak cukup makan , pakai.Kalau kita cukup keperluan jadi tugas kita adalah belajar betul tak?Kau duk nak men joli, habis lah.Teringat kata-kata pegawai MARA tu dulu, pinjaman ini adalah amanah, gunakan untuk belajar.Kalau duit buku kita guna untuk beli baju, dah lari dah matlamat dia kan?So janganlah buat benda yang tak patut macam ni.
Ada jugak yang take risk guna duit ini untuk berniaga.Kepada yang berjaya alhamdullilah, kepada yang tidak, macma mana?tak ke menyusahkan diri sendiri.Zaman sekarang banyak sangat taktik-taktik untuk menjerat mahasiswa dan mahasiswi dalam dunia perniagaan.Bukan satu benda yang buruk sebenarnya tapi niat pengguna taktik2 ini yang menyebabkan kesulitan pada student di kemudian hari.Nak-nak bisnes cari orang, banyak sangat dah benda macam ni, sampaikan dengan cara log in ke dalam facebook pun dapat duit.
Bila nak buat benda bukan-bukan je, ingat mak ayah kita yang susah payah hantar kita pergi belajar.Pinjam sana, pinjam sini, gadai sana, gadai sini.KIta kat sini, bakar duit jadi asap.Lainlah mak ayah kita jenis cop duit, so kalau jadi pape takde memudaratkan diaorang.Tapi kita kena fikir pulak, tentang masa depan kita.So kena decide sendiri lah benda ni.Tak boleh pulak nak paksa-paksa kan… :-D
*Tetiba nak tulis pasal benda ni since aku tengok betapa borosnya student sekarang, takde orang akan hina kita pun kalau kita tak pakai barang branded dan latest, boleh ker ada orang kata
“uit, ko tak pakai LV, takleh join kite orang,” So apasal yang tergedik sgt nak join orang yang macam tu.Perlu ker hurm….
5 Responses
Uih awok bagus betul fikiran macam ni, tapi kalau tanpa rokok boleh hidup ker?
Duit ahbis bile beli games, jadi jangan beli games, kita download jer 8-)
nadirah:kena pandai berjimat dan utamakan apa yang diperlukan rather kan apa yang di mahukan…
cik markonah:betul juga, sebab kadang kala kalu kita banyak sangat duit, kita dah lupa nak appreciate betapa susah nak dapat duit, jadi kita spend jer macam air..lepas tu bila air bulan baru tgk balance dalam akaun uik apasal banyak sangat “0” huhu :-D
student oh student..
sbnrnye..bile duet makin bnyk…makin ta cukup..
tak kirela yg student ke da keje… =_=
guna duit mcm nk telan sekepingsekeping
mana nak cukup
=p