Jagalah Hati

Awak percaya apa?

Kita di kurniakan dengan pancaindera yang lengkap dan cukup.Setiap satunya berfungsi seperti yang telah di tetapkan.Melalui pancaindera ini jugalah kita berinteraksi dengan dunia.Dalam dunia ini juga terdapat pelbagai jenis manusia, terdapat pelbagai jenis ragam dan terdapat banyak perangai.Tapi topik entri kali ini adalah percaya,jadi..

Awak percaya apa? soalan yang di ajukan kepada pembaca.Ada orang percaya apa yang dia lihat,ada yang percaya apa yang dia dengar,ada yang percaya apa yang dia fikirkan,dan tidak kurang juga yang percaya apa yang dia rasa.

Percaya dengan mata.Apa  yang dilihat, dan di pandang itulah yang dianggap benar.Tapi betulkah mata anda boleh di percayai?bagaimana dengan makhluk ghaib?adakah mereka tiada sebab anda tak nampak mereka?jadi mata boleh di percayai hanya pada sesetengah perkara sahaja.

Percaya dengan telinga, iaitu apa yang di dengari.Tapi sejauh mana kepercayaan terhadap apa yang anda dengar boleh digunakan?bagaimana kalau apa yang anda dengar adalah pembohongan semata-mata.Khabar angin yang di bawa oleh orang yang khianat dan berniat tidak elok… jadi telinga pun hanya boleh dipercayai sampai satu tahap sahaja.

Percaya dengan apa yang di fikirkan,menggunakan akal.Membuat analisis dan kesimpulan.Mungkin ada yang beranggapan ini adalah yang terbaik.Tapi bagaimana kalau benda-benda ghaib?boleh jadi gila kalau menggunakan akal untuk memikirkannya.Jadi akal pun terhad.

Percaya dengan apa yang di rasai,menggunakan hati.Kadang-kala ini yang terbaik, kadang-kala ini yang paling tak baik.Hati adalah bahagian yang paling jujur dengan kita, jadi keputusan berdasarkan hati adalah yang terbaik, tapi, ada tapi, pernah dengar pepatah, kalau ikut hati mati.Selalunya hati ini agak extremist sikit.Bergantung kepada karakter seseorang itu, kadang-kala orang boleh boleh jadi degil kerana hati nya dah keras.

Jadi kalau semua tak boleh di percayai, nak guna apa?gunakanlah kesemuanya.Gunakan mata untuk melihat situasi, gunakan telinga untuk mendengar informasi,gunakan akal untuk mentafsir baik buruk dan gunakan hati untuk membuat keputusan berdasarkan info-info dari pancaindera yang lain.

Walau bagaimanapun, hati adalah medium yang paling penting, sebab apa?sebab selepas semuanya ditimbang kira, keputusan tetap melibatkan hati.Jadi kalau nak percaya, percayalah pada hati.Sebab nak cari yang Esa pun kita kena pakai hati, anggota lain tak boleh.Tapi pastikan hati kita bersih ye :-D

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »