Macam mana nak gambarkan mereka ini?
- Cantik
- Menarik
- Tertarik
- Deboom
- Cute
- Menawan
- Lawa
- Penyabar
- Tahan sakit (beranak tu kan sakit)
- Fragile
- Gedik
- Ngade
- complicated
- Emotional
- Haaaa isi la sendiri yer…
Banyak lagi yang boleh di list down kan tapi sebab jam dah pukul 2 pagi, jadi memanglah takkan rajin nak menulis dan melistkannya kan, kalau tak boleh je nak listkan sampai 3000 ciri-ciri, no hal punya.
Nak tahu satu rahsia?dulu masa saya kecil dan comel dan innocent, saya ini tergolong dalam golongan yang penyegan dengan perempuan, mana tak nyer dah la saya comey mestilah ramai pulak perempuan minat kan?HAahaha takdelah, aku melawak je, real reason dia, aku pun tak tahu.Setiap kali berdepan dengan mereka ini, mesti berdebor tak pasal dan berpeluh sejuk macam nak demam( okay agak merepek lah dan melampau lah kan?).
Aku pernah tanya dekat ayah aku, macam mana nak atasi masalah sengugut ni, eh gugup ni, ayah aku cakap, alah buat biasa je,macam kawan dengan lelaki juga.So sebagai anak yang soleh dan taat, aku pun terima nasihat itu dengan hati yang terbuka.Beberapa attempt aku berkawan , akhirnya hilang perasaan gugup tu.YEAY!!! memang rasa berhasil je apa yang di nasihatkan tu.
Tengok je lah sekarang , ramai giler kawan perempuan aku, notis ayat, kawan bukan teman wanita kah kah kah.Itu dah jadi lain pulak, kalau bahagian teman wanita ramai kena tanya abang farid kita, dia memang expert dalam hal-hal macam ini.Okay, sekarang bukan nak cakap pasal macam mana nak ada teman wanita yang ramai, tapi nak cerita pasal wanita,makhluk tuhan paling seksi.
Setelah beberapa lama berkawan dengan mereka, and I have few close friends from different gende, aku ingat aku boleh lah mencari penyelesaian tentang makhluk nama perempuan ini, tapi jawapan dia TEEET!!!! tak ada sebenarnya.Apa yang ingin aku cuba kaji adalah tahap komplikasi mereka, berbanding dengan kita, lelaki yang lebih direct,mereka jauh lebih complicated, orang kata there’s more than meet the eyes.Pernah tak anda semua baca, kalau perempuan kata yes maksud nya no, kalau dia benarkan kita(lelaki) melakukan sesuatu yang dia tak gemari, maknanya ada lah akibatnya nanti walaupun pada zahirnya dia orang benarkan.
Mungkin sebab misteri inilah kita terpaut hati dengan perempuan,sebab mereka susah nak jangka dan complicated.And maybe because of that makes them beautiful.There was a saying you can’t completely 100% get to know a person, there’s always a part of them that we don’t understand.
Terdapat pelbagai jenis buku di pasaran yang menceritakan tentang wanita, tentang cara untuk mengenali ,memahami, tentang cara untuk membongkar rahsia sebenar wanita.The truth is, tak ada pun, memang kita boleh baca, tapi tak semua wanita sama, alah, rambut sama hitam, hati lain-lain, rambut la ni pun dah tak sama dah cik kak oiiii….
Ada orang cakap kejelitaan adalah hak milik semua wanita,eh bukan tagline ini, yang betulnya adalah secret makes a woman, woman.Kita bukan cakap pasal dirty little secret tapi kita berbicara tentang sikap dan perangai sebenarnya.Manusia memang tertarik dengan benda yang kita tidak tahu, kalau kita dah tahu buat apa kita nak ambil tahu lagi.Sebab itulah lelaki lebih mudah, lebih direct, mungkin sebab itu perempuan lebih senang nak baca lelaki, sebab kita jenis what you see,that’s what you get.
Tuhan dah ciptakan perempuan ni, beautiful and foolish, beautiful so that we(guys) fall in love with them, foolish, that she might love him(us) back.So kalau sesiapa yang berjaya mencuri hati makhluk misteri ini, tolong jaga elok-elok sebab once broken , not considered sold, considered total lost (dah macam kereta aku pulak dah ), except tak dapat claim duit insurans hahaha.So dude, take care of your girl ya….
If loving you is wrong, I don’t want to be right……….
3 Responses
linda:thanks ;-)
yuyu: :-D
like like like
:)
secret makes a woman, woman.
jumpe this quote dlm komik conan ngeh3
mmg betul, kalu sume bende tayang kt public/fb/blog, ape yg secret nye.
like this entry . thumbs up!