Bila tiba 2012

Salam,

2011 bakal meninggalkan kita dalam beberapa ketika lagi.Harapan semoga 2012 membawa keberkatan kepada kita semua.@011,banyak mengajar aku tentang erti hidup.Tidak semua yang aku lalui duka semata, ada juga berita gembira.

Tahun ini aku berjaya mengenggam segulung ijazah yang aku kira bukan sahaja hadiah buat diriku tetapi juga hadiah untuk keluarga khususnya ibu bapa yang banyak mendorong dan membantu aku hingga ke tahap ini.Tidak lupa juga jasa tenaga pengajar dan rakan-rakan seperjuangan.

Dari segi pelajaran, keinginan untuk menyambung pelajaran nun jauh di bumi Sheffield, tapi mungkin bukan sekarang.Aku tahu,mungkin ada yang beranggapan aku tidak merebut peluang yang telah di tawarkan, tapi aku mempunyai perancangan aku sendiri.

Dunia perniagaan yang aku ceburi sejak dari tahun lepas banyak mengajar aku tentang peritnya untuk mendapatkan sesuap nasi, mendapatkan rezeki, di samping mengajar aku erti sebenar kepuasan bekerja yang hanya aku dengari sewaktu di alam pembelajaran.Bila kita bekerja dengan majikan, kita takut di arahi dengan majikan,apabila bekerja sendiri kita takut perniagaan tidak mendapat keuntungan.Walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana rezeki yang di limpahkan tidak putus-putus tiba.

Tidak pernah aku jangka projek ‘suka-suka’ tahun lepas menjana pendapatan yang sebegitu rupa.Pada asalnya hanya bergerak untuk 2 bulan sewaktu aku dalam cuti semester, kini sudah berusia 1 tahun 6 bulan.Dari hasil keuntungan inilah, yang dapat membantu aku menyara hidup di bandar Kuala Lumpur sewaktu di alam ijazah muda.Terdapat beberapa perancangan untuk mengembangkan perniagaan ini, tetapi bagi pendapat aku, masih terlalu awal untuk melangkah ke peringkat seterusnya.Takat yang sedia ada masih belum kukuh, dan masih perlu di perkukuhkan lagi.InsyaAllah, ji kalau ada rezeki , ada lah.Dari berniaga, aku turut mendapat ramai kenalan baru.

Hubungan cinta?aku rasa belum tiba waktunya untuk aku meluahkan isi hati di dalam bentuk blog.Pengalaman lalu banyak mengajar aku tentang cinta.Ada yang berkata cinta itu keja, tapi tidak, cinta tidak kejam,cuma manusia yang tidak pandai menghargai cinta- kata-kata yang aku petik dari Izzah, Ombak Rindu.

Apabila aku singkap kembali coretan lama di dalam blog ini, seakan -akan perasaan aku dapat di putarkan ke masa lalu.Bagaimana peritnya hati aku hancur ketika itu.Ya,hancur, hati aku hancur ketika itu.Secara jujurnya aku dapat merasakanhati aku berpecah- belah.Perasaan yang tidak ingin aku alaminya lagi.Mungkin kerana itu, aku sangat berhati-hati kini sebelum meletakkan kepercayaan kepada orang walaupun dalam erti hanya untuk berkawan.

Aku banyak mengenali jenis manusia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.Aku melihat dari kedua-dua sudut diantara keindahan dan kehodohan sikap makhluk ciptaan Ilahi yang terunggul.Aku juga melihat bagaimana manusia, sanggup mengenepikan kebenaran dan menerima kepalsuan, semata-mata demi kepuasan diri masing-masing.Sesetengahnya pula, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kehidupan yang mewah, tidak mengira sama ada jalan itu halal atau haram.

2011 juga menyaksikan pemergian idola aku, iaitu Steve Jobs yang bagi aku adalah bapa kepada teknologi masa kini.Seorang yang berpandang jauh, kreatif dan inovatif, yang mampu mengubah pandangan masyarakat terhadap teknologi.Setiap ciptaannya berjaya mengagumkan dunia.Juga seorang CEO yang hebat apabila mampu meletakkan nilai aset syarikat lebih bernilai dari U.S.

Kawan?dari dulu hingga kini, memang aku mempunyai ramai kawan dan kenalan, tapi 2011 telah memperkenalkan aku kepada satu kategori, kategori yang bernilai, iaitu sahabat.Terima kasih kepada mereka yang sudi menerima aku di dalam hidup mereka.Terima kasih kerana menjadikan aku sebahagian dari hidup kamu.Dahulu, aku agak naif, ada sahaja yang aku menganggap sahabat tapi bermuka dua.Ada juga yang terlalu bodoh hanya di sebabkan oleh wanita.

Dengan pelbagai kemungkaran dan penyelewangan berlaku di persekitaran aku, aku masih lagi bersyukur kerana aku masih lagi terpelihara dari melakukan perbuatan sedemikian rupa, dan aku harap Allah s.w.t melindungi aku dari anasir-anasir yang tidak elok ini.

Terima kasih kerana memberi aku hati yang berantaikan pemikiran.Salam.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »