Antara ayam sup dan singgang

Bulan puasa dah menjelma dan hari ni dah masuk hari ke 8 kita berpuasa.Dalam bulan puasa ni, tak tahu kenapa saya rajin sangat nak mencuuba satu benda baru, bukanlah baru bagi era atau dunia ataupun penemuan rangka dinasour dan segala tapi bidang baru iaitu memasak.entah kenapa tetiba jer rajin nak masuk, dulu masa time umur belasan tahun rajin jugaklah saya mengoreng tapi selain mengoreng cuma maggi mi menjadi pilihan resipi.Memandangkan bukanlah elok sangat makan maggi ni so kita cuba cari alternatif lain.So berbekalkan instruction dari ibunda, saya membeli barang2 keperluan.Uih, memang agak excited lah nak try ney kan, dulu asyik tolong-tolong tengok ngan tolong2 makan jer so sekarang buat serba – serbi sendiri.Ibunda kata kalau tak sedap atau ‘kureng’ skit rasanya, alah biasalah first time.

Percubaan pertama masak ayam sup, berpinar2 mata tahan bila kena penangan bawang yg nak di mayang tu.”mak, kenapa nangis?”, “mak tak nangis, bawang su” (advertisment kejap :razzmad: ), pernahkan tgk advertisment ini?tak pernah?KOMAN ar.. ok next dah siap semua benda, ting tang ting tang bukan alexander diteruskan sampailah semua benda dah siap.5 minit pertama, celur je rasa, saya dah risau dah, aik apasal rasa dah sama tapi tak macam iunda masak.Hurm, rupanya kena rebus lama skit ayam tu, bagi mesra orang kata.tunggu dalam 15 minit.WalaH!! terlabik ar rasa die, :-D .tetiba housemate jerit, “wow!!naik gila bau die” jerit si Zul dari bilik…datang si wan tgk saya kat dapur,”uih ang masak apa?sedap bau die”..”ayam sup” jawab ku pendek.(kenapa nak jadi macam novel pulak ney?)

So bila time sahur, saya kejutkan lah mereka2 yang sedang berlayar atas kapal layar, cruise ship, battleship,relationship segala untuk bersahur.uih berselera benar dieorang makan, yelah 2,3 hari first kita orang makan sardin ngan telur goreng je… Kalau tetiba hati ni rajin skit gi masak telur dadar, itu jelah lauk yang boleh buat takat ney, bujang la katakan.Tunggu fridge sampai baru leh masak best2 skit.Malam ni planning nak masak udang masak pedas, letak petai skit pergh!!! terlabik gitu…

Bila masak2 ni kan,tetiba rasa macam hish, tak baik tul kalau tak makan kat rumah kalau ibunda dah masak.Yelah kite kadang2 melilau kat luar makan kat luar,balik2 tgk lauk sedap macam mana pun mesti dah kenyang apabila perut disumbat dengan pelbagai makanan segera macam MCD,BK,KFC,SUSHI KING,CHICKEN RICE SHOP dan pelbagai lagi la.So jgn balik lah makan yerp, kekadang tu buang jer lauk lebih tu…membazir.

Semalam kononnya, si zul tak makan ikan tapi bila dah masuk waktu sahur, ikan yang tak suka tu di makan hahaha.Kekadang pelik juga, ada orang tak suka makan pelbagai jenis makanan.kalau alergik tu , pahamlah jugak macam leonard yang ada lactose intolerance, so boleh di pikir or kalau makan seafood badan gatal2.Takkan nak makan ayam setiap kali, tak boring ke?seafood bukan senang nak dapat, ketam, udang, kerang tu semua masuk dalam makanan mewah tu, tak percaya tanya mak ayah anda.Hidangan istimewa tu nyum nyum saya suka ketam hehehe…

Kekadang tengok zaman sekarang memilih betul, sayur tak suka,seafood tak suka, itu tak suka, ini tak suka… for the sake of tak suka, banyak cekadak pulak kekadang..(kenapa pulak nak marah2 ni?tak bek)…makanlah apa yang ada, syukur la rezeki ada kan?kan?kan?

lepas ni nak try buat apa eh?oh oh nak kena siapkan design for techno , nak kena patternkan pulak aduyai…..mandarin 2 oral test minggu depan… seronok belajar mandarin weeee~~~

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

8 Responses

  1. yup2…pure punye patin…
    haihh..nk kene pegi sane nnt..

    huhu…wah..msk daging kari?..
    gud luck!..msk daging lame sikit..kasi lembut..

    p/s : daging singgang pon best!~

  2. ikan patin?..masak tempoyak?..
    bukan dekat temerloh ka yg trbaek?
    uishh mmg sedap..slurpp3
    ikan pari?..ouh da makan smlm..
    tp bukan bakar…buat asam pedas ja..

  3. wah..ruginya tak makan ikan…
    protein itu… :)
    sy penah makan mskn kmpg kt kuantan dulu..
    ikan 3 rasa…alamak lupe name tmpt tu..
    tatao wujud lg ke tak…tp mmg.. :yes: la!..hehe
    sotong sedap..slain urine acid tnggi..susah nk hadam..
    tak elok sgt..ye ye..udang!feveret sy jugak!

  4. wah..wah..abg pae masak..
    bagus2..buat ikan stim pulak..
    masak 3rasa ka..sedap..
    asyik ayam je,agak busan kot..hehe..
    nwy..selamat bpuasa ya!~ ;)

    p/s:seafood lg best an..tp cm sotong..urine acid tinggi..huhu

    1. baru nak try2 masak..nanti lah saya buat…ikan stim hurm nyum nyum…
      tapi kengkawan ada tak suka makan ikan,ada tak suka makan sayur, pelik bebenor, saya selagi rezeki, saya tak banyak pe el, sotong sedap, tapi suke ketam ngan udang,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »