Aku nk tulis, aku nk tulis

Sakit.Sakit.sakit lagi hari ini.I don’t know what went wrong.Mungkin di sebabkan aku memperkenalkan perut aku dengan kawan Maggi dengan perut yang kosong dan penuh dengan gas.Akibatnya, angin dan gas masuk ke kepala dan menyebabkan ia terperangkap dalam sel-sel otak dan urat2 aku di bahagian ubun2.

Pening,Aku Pening.sakit.Aku sakit.Dek tak tahan, aku tumpang singgah rumah Bad dan Maz dan pinjam toilet.Dekat 40 minit aku duduk bertarung dengan kepala yang bagaikan mengandungi bayi yang baru lahir tapi takda tempat nak keluar.Sebelah kepala kiri kepala pulak, macam migraine.Hai macam mana aku nak drive balik pangsapuri aku macam ney?silap2 tak sampai rumah di buatnya.

Si Bad suruh aku berehat dekat rumah die dulu, aku dengan seluar yang dah basah kuyup dek sangkut dekat paip yang ada kebocoran, emamng agak lejun jugaklah keadaan seluar Padini aku tu.Nasib lah takat lembab jer, kalau tak habis jahanam SE dengan iPhone aku.Dekat setengah jam aku bergelut mengeluarkan semua isi nasi lemak ayam goreng Mali’s kedalam lubang longkang tandas.Rasa macam tekak aku dah takde dek muntah yang keluar terlampau banyak.

Dalam aku sakit, aku teringat dekat dia.Aku tak tahu kenapa kalau aku sakit, aku teringat dekat die.Dalam mulut terbuka dengan tekak yang loya campur kepala yang nak meletup tambah dgn perut meragam,aku cuba check apa aku dah buat silap, did I do something to someone?Did I hurt someone?sadly, I think ya, I did something and I hurt someone.Dia pun sakit jugak,aku lupa.Kejap je aku dapat balasan.Tetiba rasa bersyukur aku bukan perempuan, kalau tak, tak tahulah sakit macam mana nak beranak ( appreciate your mom dude)…

Selepas kepala aku dalam keadaan stabil skit, aku terus capai kunci rumah Maz, sempat aku kejut jugak kawan yang sedang di buai lena tido di depan televisyen LCD 40″.Maaflah, aku tak tahu nama kau apa so aku panggil ko kawan jer lah.Memang kalau sesiapa tengok aku time ney emsti sure ingat aku baru balik clubbing, dengan jalan terhuyung – hayang, dengan pakaian aku yang stylo memang confirm ingat masuk club.Maaflah , aku baru balik Mali’s kot.And first time aku nampak Maz Isap Shisha makna taknya Maz ni setahu aku , setahu akulah, tak pernah nampak dia isap rokok tetiba nak Shisha so memang tak sangka.

AKu?Shisha?no thanks.Aku tak isap shisha tapi aku tak condem pun sesiapa yang isap jgn lah salah sangka pulak.Rokok?memang aku tak sentuh langsung pasal walau apapun alasan orang isap rokok, bagi aku perbuatan ney sama macam bakar duit, So aku takdelah nak men bakar2 duit..daripada bakar duit baik aku pakai beli baju atau benda lain.Kepuasan masing2 kan?so terpulanglah… Aku malas nak bercerita pasal rokok pasal kalau cerita korang yang isap rokok emsti tak suka kan… so tak pelah gi lah isap, asalkan tak ajak aku isap sekali.

So dua tiga menjak ney aku ada jumpa satu lagu yang aku selalu dengar.Nama die Separuh Jiwaku Pergi nyanyian Anang.Aku tak tahu samada aku suka ataupun benci lagu ney sebab aku tak boleh stop dengar tapi bila aku dengar aku sedih.So tak tahulah sebab apa aku dengar lagu ney.kalau korunk free dengarlah lagu ney.

Techno punya video dah siap and aku tgh pikir macam mana nak convert and buat die stay sharp, pasal apa?pasal bila aku convert die jadi macam s*%$, sakit betul,kalau dalam program gambar die lawa, tapi bila convert abis semua ilang text die.Bukan nak puji diri sendiri tapi aku agak rasa berbangga dapat buat modelling 3d ney, Zul pun puji aku “oklah untuk amatur” of course, aku ngaku lah aku noob menda2 macam ney, lain lah kalau bawak kawan aku arepeq reka benda alah ney, tak pun suruh cousin aku Nadz untuk reka, memang smart abis dan tiptop.kalau bab handle duit bak mari aku, confirmm kalau korunk bagi aku rm1, setahun lagi mesti ada rm1.Dulu, kawan aku kata kalau ada rm1 and kita fikir how to spend rm1 tu sebaiknya leh jadi akauntan tapi kalau ko fikir how to make that rm1 to rm2, boleh jadi investor.Something macam tu lah…investor hurm bunyi best, cuma kena ada modal jer nak buat…

Cupcakes,aku rindu cupcakes,.Dulu aku tak tido malam buat cupcakes, sekarang dah takde dah.Serius aku rindu, pukul 3 pagi gi cari vanilla essence, pukul 5 pagi kena patah balik umah Tma nak redo topping yang rosak.Macam2 lagi, aku meet a lots of new friends, kenalan,through bussiness.Memang seronok buat perniagaan and I managed to buy a few things that I thought was impossible…tak sabar tunggu raya, mesti banyak tempahan.Tapi kesianlah Tma kalau dia buat sorunk hurm…nasib basik si Qistina and Trisyia da keluar hospital.

Semalam pergi usha PC fair,tgk2 hard disk..dah agak murah sekarang untuk 1T dalam rm200 boleh dapat dah,pusing2 tgk ramai sangat orang jual aunty virus eh anti virus, tapi yang peliknya apalah fungsi model2 tu semua?dia orang entah2 tak tahu pun nak compare antara virus H1n1 dengan spyware.nampak sangat ekspolaitasi ( betul ke aku eja?entah lah aku malas nak eja bebetul), perempuan.Siapa ada abg tu aku dengar haaa jum duk ramai2 tgk model tertenggek atas kerusi .Last year aku pergi siap ada model posing untuk kita try tangkap picture dieorang.

Tahun ney banyak giler orang promote camera dlsr, harga pun makin jatuh, dulu aku beli 2190 sekarang 1790 da dapat, Bad lagi la bengang beli 2090, tapi dah jatuh 1590 aduyai, emmang lah bakal turun lagi kan?sekarang dah kehulur kehilir orang usung anak gajah tu.klik sana sini.tapi yang penting gamabr dalam toilet mesti confirm ada , dah takde tmepat lain nak tangkap ker sampai jamban pun jadi…

Pusing lagi, semapt lah aku di stopkan oleh seorang minah ney sibuk nak jual kamera die,”abag, ney rm 399 jer, beli lah leh tangkap gambar” maaflah saya tak suka tangkap gambar, di tangkap selalu hahaha… Dslr pun lama tak klik ney nak beli lagi?aduyai..tapi minat gak LEica cuma harga die kalau tgk setakat leh telan air liur je lah kan.. Pusing2 aku tgk ada satu booth ney ramai org, eh jual iPad dengan iPhone 4.Yang aku peliknyakat amchine aku gi tadi tulis ‘there;s no confirmation when this two product will arrive” samada sign tu dah lama atau machine memang lambat update.Tgk harga iphone 4, hurm 3k lebih, tgk Ipad 2K lebih sampailah 3K lebih,, tapi aku tgk orang main beli macam neda tu seposen 2 jer… Siap ada jerit2 lagi “WooooW, pretty cool huh?”tersenyum aku tgk gelagat dierang, yelah time aku dapat dulu pun usung ke hulu- kehilir, yelah pertamakali dapat and aku rasa kawan2 aku pun takde lagi..tak sabar nak balik rumah tgk 4 (panggil 4 jer sinang) yang sampai minggu lepas dari U.S. harga sana lagi murah dari sini, pasal aku tgk dieorang mark up dalam 1k lebih, kat U.S kalau convert dalam 2K tapi dealer bawak masuk sini 3k lebih..

Pusing lagi, tgk barang tetiba nampak mp3 player yg gaya macam nak tiru ipod sejibik kau… teringat tahun lepas bila awek sorunk ney offer” abang tak nak mp3 ker?””aku jawab, tak nak ar” “dalam hati kata “tak nak ar saya da ada Ipod nak buat apa lagi mp3″ dan dan ker awek tu kata ” tak nak sudah” ..apa jadahnya nak marah kalau org tak nak beli ?buat lawak giler…mesti memang takda org beli tu nak marah sangat…aritu time kat lowyat, ada awek (awek lagi) die offer sim card free , celcom tak silap.no free, siapa da rm10 lagi, so die kata free,aku akta tak nak,die kata amik lah, aku kata free ker?,haa ah free, ok, aku amik trus berlalu dan dan je die tarik aku, bang kene masukisi borang,cit tak payah ar kalau gitu..aku pulang balik jer…alah kalau free aku pakai rm10 tu lepas tu buang ar hehehe

Bila berbincang pasal logo, cuba tgk logo apple,manalah steve job dapat idea yang apple digigt separuh tak abis tu leh jadi logo yang famous, cuba tgk sushi king logo die, ikan simple ada crown simple abis tapi cuba kalau ada org nak beli logo tu skang bukan berbillion lemon ker harga dia, yang penting keep it simple kalau logo pening sangat rg nak lukis and ingat orang tak amik kot…tetiba terfikir nak buat logo untuk world of sweetness, haaa apa kata kaalu gamabr aku lepas tu letak crown atas pale, haaa pale otak~terus takde org nak beli ahahahaha…kalau letak trisyia or qistina laku jugak…

Tadi belek2 suratkhabar tetiba nama muka yang familiar , eh rupa2 tg carleena haha boleh pulak nampak die kat dalam paper, tetiba nak masuk paper,toilet paper pun jadi lah hahaha..dulu masuk paper seronok gak rasa,tetiba ramai orang call macam kita selebriti pulak,nasib baik takde yang nak mintak autograph.Cuma ada beberapa kali orang mintak nak bergambar dengan aku, segan dowh…Dulu uncle Zuki ada ajak jadi model, tapi aku malu ye ar time tu muka penuh dengan jerawat pelbagai saiz dan bentuk..mana ar nak ada confident kan nak buat benda gitu.Cuma dulu ada lah masuk pakaian beragam time sekolah(leh kire ker?) dulu pikir balik time aku sekolah rendah aku agak aktif jugak (pengawas pusat sumber,ketua kelas,masuk koir,main flute,Oh aku tak sempat main biola teringin nak main time tu, menari pun aku ada, lancang kuning babe)..

Cakap pasal nari, time Donna tarik aku time tunang kak ku farah, memang segan aku step istana alin dengan step aku belajar, alah algu poco2 mesti semua orang tahu lagu ney kan?budget nak nari power lah kan tetiba step dierang lain, sama tapi taks erupa lebih kurang gitu lah gayanya..tapi dapatlah jugak aku tepukan gemurh time tu pasal berani kan..okey aku ada stage fright ok?sebab tu aku prefer buat kerja belakang tabir, tangkap gambar pun memerlukan skill dan ketebalan muka sebab kalau tak mana ko berani nak tangkap gambar kan?

Ok lah dah panjang aku type ney dah dekat 1556 patah perkataan and still counting.Sambil menulis ney aku dengar lagu separuh jiwaku pergi, and kepada monarazlinda dan nur farahin selamat hari jadi

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur

Harijadi aku yang lalu, aku decide nak mencari tempat makan yang ada menawarkan wagyu yang enak. Tempat pilihan, Atlas Bistro Robinson Kuala Lumpur . Pada

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Prime, Le Meridien Kuala Lumpur

PRIME, Le Meridien Kuala Lumpur. Nama yang sering aku dengar setelah aku menjamu selera di N97 tempoh hari. Kerana sifat ingin tahu, aku mula mencari

N97 Bangsar

Hello semua. Kali ini nak kongsi dengan pembaca tentang sebuah restoran yang aku kunjungi tidak lama dulu, N97 Bangsar.  Dah lama pergi tapi baru nak