So cukuplah sebulan (tak cukup lagi sebenarnya hehehe) usia World Of Sweetness.Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan terhadap projek kecil saya ney. Syukur kepada yang Maha Esa kerana memberi rezeki kepada saya.Berniaga memang banyak memberi pengalaman kepada saya,macam mana nak deal dgn customer, meet customer demand,berbincang,kira stok, telek akaun, promote,tolak ansur, betul2 increase my soft skill,ye lah dulu belajar management so dah tahu nak apply kat mana.
Part yang paling saya minati adalah mendengar komen daripada para pelanggan, memang seronok.Dulu masa mula2 start banyak jugak komen yang berkaitan dengan design.Dari rasa semuanya pujian yang saya dengar,walaupun terdapat demand yang semakin banyak untuk flavor chocolate, tapi saya belum betul2 confident dengan rasanya berbanding dengan flavor yang sedia ada.
Bergiat dalam bakery, saya dah mula tahu mana nak cari supply barang-barangan ini dan secara tak langsung, baru lah sedar kedai – kedai yang tak pernah masuk ney kan hehehe.Satu kerisauan saya adalah berkaitan dengan project photography bulan Jun ini.Ditambahkan pulak, saya telah terpilih untuk mewakili universiti dalam acara bowling, jadi bertambahlah tanggungjawab yang perlu saya pikul.And I must say, bulan june ney sangat2 busy.Memandangkan saya mendapat cadangan dari Kak Ena tentang cupcakes ney,maybe terpaksa pulak membuat trip ke KL untuk mendapatkan bahan2 yang lebih menarik untuk memantapkan lagi cuppy yg sedia ada.
Dengan bantuan Khal, tempat yang ingin di cari berjaya di temui hehehe so memang tak sabar lah nak pergi kan.Selain dari cuppy dan photography, saya kini meluangkan masa di Megalanes untuk mempersiapkan diri bagi mempertahankan kejuaraan pada tahun lepas hehehe GOLD tahun lepas, tahun ney mesti nak GOLD jugak hehehehehe.Terdapat satu project besar yang saya tidak mahu umumkan lagi,biarlah ianya menjadi terlebih dahulu baru diceritakan.
Disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dia kerana kata2 perangsang dan mungkin nanti blog akan dibuat bagi memudahkan urusan, kepada pokko kerana banyak membeli hehehe, kepada duta, di harap project itu berjaya dan memberi keberkatan kepada kita semua,kepada tma kerana banyak membantu dari segi proses pembuatan,kepada nazz kerana nasihat marketingnya,kepada tasha kerana sentiasa mendapatkan tempahan, kepada khal terima kasih kerana banyak memberi cadangan,kepada farhana kerana memuji is so f**king delicious hehehehe,kepada aizat, hantaran itu aku akan buat sebaik yang boleh,kepada kak oni yang menggemari cuppy plain,kepada tia kerana memberi idea dan sokongan, kepada unc nadzer kerana moral support,kepada abg ac berbanyak2 terima kasih :laugh:, kepada papayun kerana memberi comment yang bernas, kepada ti nana kerana memperkenalkan cuppy saya ke jabatan kerajaan, kepada ibu dan ayah yang sentiasa memberi sokongan,kepada tok terima kasih kerana membekalkan kotak2 tu, kepada seseorang yang menyimpan gambar cuppy saya :pig: ,kepada customer2 yang saya memang tak boleh nak sebut semua skali dekat sini sebab dah malas nak type dan mata dah mengantok tapi aku takmo tido nak tunggu subuh sambil tgk arrival, kepada kolej PSDC dan UMP terima kasih banyak2 terima kasih..kerana tanpa anda tiada lah world of sweetness.
Akhir kata, Spread the sweetness, Peace No War!
7 Responses
anytime ;)
yeah :|
hi nazz.
fadli: kita kan geng
hahaha i think you have mistaken me for some one else…
smart! Semakin maju nampaknya business cupcake.
o hi Wani :-)
tahniah fadli! semoga allah selalu murahkan rezeki fadli. peace no war. =)
u seems to know me…