saya ingin memohon maaf kepada semua yang cuba menghubungi saya dalam 2 hari ini.Saya sedang membuat sedikit pengubahsuaian kepada iPhone kesayangan saya dan saya mengalami sedikit masalah yang emnyebabkan saya terpaksa membuat restoration beberapa kali kepada kepadanya.Oleh demikian, saya ingin memohon maaf sekali lagi kepada semua yang membuat panggilan dan menghantar sms dan lebih2 lagi kepada para pelanggan yang ingin membuat tempahan.Saya ingin memohon maaf bebanyak sangat.Kepada yang ingin membuat tempahan dari kuala lumpur, thousand of apology, saya memang tak dapat tunaikan hasrat anda,memandangkan keadaan kereta yang sesak dengan barang2 yang akan di bawa pulang bersama ke ibu kota.Jika ada kesempatan, saya mungkin akan menerima tempahan dari kuala lumpur pada minggu depan kerana saya akan pulang untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan saya di kuantan.
Kepada yang meminta personally supaya saya yang membuat kek, saya ingin memohon sekali minta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan tersebut disebabkan saya akan mula memasuki alam universiti pada hari isnin ini jadi permintaan tersebut adalah sangat mustahil.Terima kasih kerana menggunakan email sebagai medium dan saya akan cuba sedaya – upaya untuk membalas semua pertanyaan anda.Walau bagaimana pun, ini bukanlah bermaksud World Of Sweetness sudah berhenti beroperasi, saya still aktif menerima tempahan dan sebarang pertanyaan boleh di ajukan kepada saya.Walau bagaimanapun, perkhidmatan penghantaran mungkin akan lumpuh seketika kerana ketiadaan saya.Walau bagaimanapun, anda masih boleh membuat tempahan dan mendapatkan cupcakes anda melalui Tma yer.Address boleh didapati dari album facebook saya.
Saya pasti akan merindui saat2 membeli stock,membuat tempahan hingga ke pagi,membuat design yang comey dan pelbagai lagi.Saya mendapat ramai kenalan sepanjang bisnes ini di jalankan dan terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya selama 2 bulan lebih ney…Sambutan sangat memberangsangkan sehinggakan kakitangan memang tidak mencukupi memandangkan saya hanya menjalankan perniagaan ini berdua sahaja dengan ibu saudara saya.Banyak pengalaman dapat saya timba dari perniagaan ini, salah satu nya menjadi lebih peka kepada bahan mentah, telur dari 2.8 hingga sekarang dah cecah 3.7 .agak mengejutkan bukan?dan kalau selepas ini memang dah lapar sangatkan, boleh la berjinak membuat kek hehehe…cupcakes saya juga menerima tempahan hari raya.So feel free to contact me yar…
Saya benar2 bersyukur projek yang berjalan pada mulanya hanya suka2 boleh membuahkan hasil sebegini.Memang dapat rasa kepuasannya.serious!! sgt seronok dan teruja.Walau bagaimana pun please,please, jagalah kesihatan anda walau se excited mana pun anda berniaga.Memang , perjalanan tidur saya terganggu dan saya tidak berselera makan, saya tidak pasti hanya kerana perniagaan ini semata2 atau faktor lain..tapi tiada yang lebih berharga daripada kesihatan…So long live kesihatan~~