Dulu-dulu aku di gelar vampire bukan sebab muka aku mirip edward cullen tapi pasal aku tak tidur.”Haaaah, pergi clubbing ar ni,”,”Eh,mana ada,”sambil mengeleng-geleng kan kepala aku yang tidak gatal <—— macam salah penggunaan ayat je ni.Sebenarnya nak di terangkan kepada para pembaca semua,sebenarnya saya telah menjalankan satu perniagaan kecil-kecilan.Buat cupcakes, tak percaya?believe it and because saya pun tak percaya hahaha.
So selama hidup ni tak pernah ke dapur kecuali nak makan dan minum atau pun buka peti ais nak amik cekedis dan aiskrim, memang tak pernah lah ke dapur untuk memasak.Adik aku pun rajin, at least ke dapur untuk membantu ibu menumbuk kerisik kalau raya nak dekat.Saya?setakat menjamah rasa rendang jer, eh ok apa!!! :-P .
So idea ni timbul bila saya dah berjaya menjalankan praktikal dengan jayanya di BI Technologies sebagai seorang assistant engineer yang berwibawa dan tekun dan rajin dan bermutu dan memacam lagi korunk try lah add sendiri yerp.So, ada cuti dua bulan dan saya yang sedang bercuti ni malaslah nak bangun tengahari dan tidur subuh kan?jadi carilah idea nak buat apa, kalau nak pergi cari kerja, macam agak susahlah company nak ambil hanya untuk 2 bulan itupun kalau apply dapat terus kalau terpaksa menunggu sampai bulan Jun bukan tinggal sebulan je ke?Kalau nak bekerja di pasaraya atau di mall2 mungkin okey kalau nak timba pengalaman tapi tengok working hour yang lama dan gaji yang sedikit plus untuk part time , sales tinggi pun tak dapat komisen,macam tak berbaloi pun ada juga.So saya cuba alternatif lain, try tgk dekat internet mana tahu jumpa idea kan… tiba-tiba tengok benda kecil dan comel ni so datanglah idea untuk buat cupcakes ni.
Plan bersama aunty Tma aku yang memang ada skill dalam kek – kek ni, aku timbalah ilmu nak buat.So aku try buat yang first dapatlah dalam 40 biji.Design jangan cakaplah memang tak berapa nak lawa.Alah menda first time kot, tapi satu benda yang aku rasa bangga tapi tak sampailah riak, riak dosa,aku suka rasa kek aku.Aku kalau best kata best tapi kalau tak best kata tak best.Pelbagai masalah muncul jugak memula ni.Aising tak keras,kuih bentat dan memacam lagilah.
Ok, ni adalah design2 cupcakes yang lama.Antara yang 40 biji terawal tu, tengok balik memang kelakar sungguh.Tapi yang mengejutkan aku adalah, 40 biji yang terawal ini sold out the first day and ada yang merungut dan memerli aku pasal buat 40 biji, orang lain nak jugak rasa.Aku ingat lagi time aku bawa kek-kek ni dekat bowling alley,nak introduce ke kawan-kawan megalanes aku dekat situ, datang seorang uncle ni tengok dah tinggal 5 biji je, so aku budget dia amiklah 2,3 kan tetiba”saya angkat semualah”, hahaha rezeki,rezeki :laugh:.Bila aku dah tutup kotak kek tu, datanglah Keju dengan Potter datang sempat merajuk tak tunggu die orang pun nak bagi rasa.So, aku pun apa lagi bersemangatlah nak buat kan.
Sejak dari hari itu mulalah business cupcakes aku.Seronok buat benda alah ni pasal kita buat dari tak ada apa-apa then hasilkan produk and jual.Seronok, serius seronok.Itu yanga ku bersemangat sangat buat sampai ke subuh tu.Kalau korunk yang pernah bake atau pun tunggu mak ayah bake kat dapur, mesti boleh imagine time oven korunk bunyi “TING!!!”, mak aih, bau dia, ghau-ghau bau dia.Terliur, serius tak tipu.Kira 2 bulan MAY,JUN memang agak masyuk jugaklah pendapatan dia, apa yang aku hilang adalah masa tidur.Boleh pulak aku lupa nak tidur, kalau dulu orang kata dekat aku,dia lupa nak tidur, aku kata dia dah tak betul.Start dengan butter sekarang berjinak-jinak dengan coklat pulak.Aku tak buat coklat sebab nak tumpukan butter jer, tapi bila permintaan terhadap coklat agak tinggi, so aku try buat juga.Memula rasa pahit,maybe pasal banyak sangat letak, then rasa dia terlabik boss!!Benda yang aku paling puas hati bukan dengar aku puji diri aku sendiri tapi bila dengar customer yang puas hati dengan kek.
Walau bagaimanapun aku terima banyak comment yang mengatakan aising terlalu manis.So aku trylah nak solve kan benda ni dengan bertanyakan otai-otai , tapi dieorang tak de solution,because the aising is mainly made from sugar.So kat sini cara dia macam mana nak bagi gula jangan manis.Haa kalaua da orang ada formula ni, boleh lah bagi for sure semut tak datang rumah korunk.salah satu solutionnyer yang aku dapat adalah memperkenalkan buttercream so less sugar tapi bagi aku butter ney macam muak sikit.Tapi ada customer suka so customer is always right kan?Aku ada beberapa kali membuat cupcakes untuk orang kahwin dan untuk orang bertunang.Hari itu time kahwin Mamin, Paps order 200 biji.Aku samapi kuantan pukul 7 petang jumaat and wedding Mamin hari sabtu.nasib baiklah aunty aku dah siap buat separuh, so takdelah penat sangat.SUBUH chor balik, kul 8 pagi balik dari umah aunty aku hahaha.Nasib baik sempat hehehe.
sekitar wedding Mamin, sebenarnya ada video nak upload tapi tak tahu apsal internet lembab semacam je,so nanti2 lah.Sekarang dari design2 cupcakes dah semakin orait dari mataku. :laugh:
Dan yang paling latest
macam tak sabar kan nak raya?bukan apa setelah mennunjukkan design terbaru ni.Tempahan demi tempahan telah datang sehinggakan aku terpaksa pulang ke Kuantan pada hujung minggu nni semata-mata untuk menghantar cup yang telah habis, bukan eksen nak beli yang KL tapi di Kuantan stock hanya akan sampai selepas raya.So hendak tak hendak kena lah balik jugak.dapatlah aku membuat tempahan cupcakes untuk hari merdeka nanti.So sebenarnya nak cakap memanglah sangat di rindukan buat cupcakes ni tapi nak buat macam mana, den belajo lagi, kalau den tak belajo boleh tumpu perhatian buat menda ni.Takpe, den bertekad nak habis belajar dapat ijazah.Mana tahu dapat jadi usahawan yang berijazah haaa, baru semart skit,kan, kan, kan?Pengalaman penting tapi ilmu jangan lupa, kalau den belajar teori cara nak buat jer, confirmlah den tak reti nak buat menda alah ni…Okey Tata~
One Response
abg pae..sy pon rindu nk buat cupcake ouh…huhuhu~