Seoul 2014 Musim Sejuk (2) Yong Pyong Ski Resort, Yang Good Korean BBQ

Hari ketiga berada di bumi Seoul.

Hari ini adalah hari yang sangat di nantikan. Pukul 6.50 pagi (5.50 pagi waktu Malaysia tu) aku dah terkebil-kebil bangun dekat atas katil. Lepas mengeliat-ngeliat kiri kanan, kiri kanan. Terus aku mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Suhu kira- kira 2-3 celcius waktu ini, dan menurut ramalan cuaca kemungkinan Seoul akan hujan di tengaharinya. Pancuran air panas adalah sahabat sejati waktu sejuk begini, bayangkan kalau terpaksa mandi air sejuk, beku beb!

Lepas aku dah siap pakai inner ( long john ler) aku pun kejutkan si Ameer , 10 saat je dia dah bangun dan menuju ke bilik air, memang excited betul untuk hari ini. Oh by the way, aku beli long john yang nipis je tak silap harga macam RM90 macam tu. Sebagai suggestion, baik korang beli yang ada tebal sikit, price aku check dulu dalam rm150 kalau tak nanti yang tak tahan sejuk confirm menyesal.

Kita orang dah siap – siap lebih kurang pukul 8.30 pagi macam tu. Terus je bergerak menuju ke stesen Gangbyeon. Sampai je kat stesen ni , amik Exit 4 , lintas jalan dan masuk ke bangunan putih dekat sebelah tu. Bangunan putih ni (Dong Seoul Bus Terminal) tempat nak beli tiket bus express untuk ke Hoenggye Bus Terminal. Rasa macam nak balik kampung pula ( kampung aku dua – dua di Kuantan, jadi tak pernah rasa pun feeling balik kampung tu macam mana).

50

51
Kaunter tiket, terminal dia kiri tu je.

 

52
Pilih Hoenggye

Sewaktu aku sampai di Stesen tu, dah pukul 8.45 pagi. Masa aku pergi dekat kaunter tu ada choice untuk pergi ke Hoenggye Station pada pukul 8.50 pagi atau 9.25 pagi. Memandangkan aku fikir hanya ada 5 minit je nak cari terminal dekat mana, aku tak berani pula nak gamble, jadi aku belilah yang 9.25 pagi. Lepas dah beli tu dah lega sikit, jadi barulah mencari terminalnya di mana. Rupanya terminal bas ada dekat sebelah kaunter tu jer, mana lah nak tahu kan. Bila aku dah discover gitu, aku terus ke kaunter balik nak try tukar, tapi orang kaunter tu kata dah pukul 8.51 pagi so tak boleh nak tukar dah. Well, tak apalah boleh relaks sambil main internet kejap.

Mengikut website rasmi Tourism Korea, bas akan ada setiap 40 minit jadi korang tak perlu risau pun. Bas paling awal 6.35 pagi dan yang terakhir 8.05 malam. Tepat pukul 9.25 pagi bas pun bergerak dari stesen. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit dan tiada stop di R n R ye. Dulu masa buat research, tak ada yang boleh bagitahu sama ada bas ada stop atau tak, jadi sekarang biar aku bagi tahu, tiada stop untuk R n R. Dalam perjalanan aku, bas hanya stop 2 kali untuk mengambil dan menurunkan penumpang, jadi kalau nak pergi tandas, masa ini je lah ada, itu pun dalam 30 minit yang terakhir  perjalanan, jadi pastikan anda semua dah ready membuang apa yang patut di buang sebelum naik bas. *pagi-pagi kan, if you know what I mean…..

76

53

Semakin dekat dengan Hoenggye, semakin banyak kelihatan salji di sana sini, kawasan gunung ganang dekat sini memang masih di litupi salji yang memutih. Sungai pun ada sesetengahnya masih beku. Cantik betul pemaandangan dekat area sini.

54

55

56

57

58

Selepas 2 jam 30 minit, sampai juga dekat Hoenggye Bus Terminal. Keluar je dari stesen, kesejukan menerpa ke dalam dada (tak payah drama sangat lah!) tapi serius sejuk. Mengikut Bibie ada shuttle bus untuk ke Yong Pyong , aku tinjau -tinjau juga tempat shuttle bus tu tapi tak kelihatan , jadi aku decide ambil teksi je ke Yong Pyong Ski Resort ni (8300 Won).

59
Teksi Teksi! Yang warna macam ni semua start dari 3000 Won, kalau korang naik yang hitam, dia start dari 5000 Won

Masa sampai dekat resort ini, aku duduk membayangkan yang tempat ski ni, tempat ski. Maksud aku kalau hantar kat Sunway Lagoon tu, nampaklah terus counter nak beli tiket, tapi ni dia hantar kat depan hotel. Sangsi juga takut salah tempat, jadi aku tanya dekat driver tu, dia kata inilah tempat dia (dalam bahasa English lah, takkan pula Korea tu nak bagitahu “inilah tempat dia, bro” :silly:  ). Jadi kita roang pun masuk dalam lobi tempat tu, nampak ada signboard bahagian ski, apa lagi, terus je ikut and WALAHHH!! sampai sudah!

60

61

62

63

64

77
Jangan lupa beli heat pack ni kalau korang jenis tak tahan sejuk. Aku beli dekat Pavilion KL tempohari. RM2.50 satu. Penyelamat di kala beku ni

65

Ke selok kan bertemu salji memang tak dapat di bendung, pelbagai aksilah sempat di tangkap sampai aunty aku bising, ” haih, habis masa tangkap gambar je lah ni, jom lah gi kaunter” . Sampai je dekat kaunter , aku pun tanya harga semua berapa. Dia ada masa – masa dia, aku pergi yang tengahari punya session jadi aku letak harga tengahari (12.30) sampai pukul 4.30 petang.

Full set ski : Ski , Ski Pole, Ski Boots = 22000 Won
Snowboard : Full Set = 27000 Won
Jacket and Pants = 15000 Won 
Jacket or Pants = 10000 Won
Lift /Gondola = 57000 Won
 
Untuk harga yang lain- lain boleh rujuk sini.

Aku ambil yang Full Set Ski sahaja, nanti kalau rasa nak beli lift atau gondola tu boleh beli kemudian kalau rasa dah terer berski. Nanti naik tinggi-tinggi, kau jatuh jadi lempeng je ke bawah, tak pun bergolek -golek macam hindustan.

Lepas dah beli barang dekat kaunter, kita masuk ke dalam bangunan tempat nak ambil kelengkapan ski. Boleh juga sewa locker untuk letak barang dekat sini. Takkan nak bawa iPad dengan Eos M sambil berski, buat jatuh, pecah, kau menangis lah sorang- sorang dekat situ tak ada orang nak layan~

66
Dah ada gaya, gaya tu yang penting tu hahaha

Kalau sesiapa pernah main ice skating, but ski ni rasa dia lebih kurang. Berat, kaki korang tak boleh nak bebas bergerak. Kalau sesiapa yang tak pernah main ice skating, yang mana pernah pakai safety boot pergi kerja tu , haaaa feeling dia macam tu la, kalau korang pakai safety boot murah HAHAHAHA!! Takdelah melawak je, tak ada kena mengena dengan safety boot. Yang paling dekat feeling dia macam ice skating.

Masa nak ambil but tu, dia orang akan bagi korang borang untuk isi saiz kasut, nama, nombor telefon, alamat. Lepas dah isi tu, dia pun akan bagi equipment dekat korang. Baru tahu yang benda ski ni berat rupanya, jadi pastikan korang makan pagi dulu, sebab dekat YongPyong Ski Resort ni tak ada makanan yang halal.

*Yang mana tak tahu saiz kasut dia, ada tempat untuk ukur kaki dekat sini, sangat accurate , aku tak pakai , aku tahu kaki aku saiz 9 1/2.

*Aku bawa bekalan biskut dan maggi hot cup dalam beg sebagai bekalan.

Lepas dah bersedia. Let’s ski.

67

Hampir jatuh~ Fuhh!

Jumpa juga bumi akhirnya~

68

69

Kepada sesiapa yang pernah bermain roller skate atau ice skating mungkin akan senang adapt nak main ski ini. Feeling nya agak sama dan ayng paling penting, JANGAN TAKUT JATUH, sebab peratusan nak jatuh tu sangat TINGGI tapi jangan takut , tak sakit pun jatuh atas salji. Jatuh sewaktu bermain Ice Skating dan jatuh atas jalan masa main roller skate lagi perit woww!

Aku beberapa kali juga jatuh, tapi aku jatuh bukan sebab off balance, tapi sebab lepas terlalu laju sliding down, aku tak reti nak brake. Jadi sebelum aku langgar apa – apa dekat depan tu, aku jatuh kan punggung aku ke belakang dahulu. Sian punggung, I’m really sorry, butt!

Aunty aku pun boleh tahan juga untuk first timer nak main ski, begitu juga dengan si Ameer. dalam duk pening-pening macam mana nak brake aku tanya lah Ameer macam mana, dia kata cara dia korang pusing kan kaki dari straight jadi melintang, tapi aku buat tak jadi, aku cuma kona jer ( belok jer). Dah balik, bila tengok youtube, rupanya kena put pressure yang banyak dekat kaki yang nak brake tu. *Macam Ice Skating juga.

Tapi jatuh ke, terpeleot ke, tersembam ke, yang penting memang enjoylah datang dekat sini. Bayangkan 2 jam setengah hanya untuk ski, semangat waja betul. Kita orang plan maybe next time nak spend the night dekat Ski Resort ni, nak try ski di waktu malam. *Ski sini buka 24 jam

Selepas 2 jam dekat sini, aunty aku ajak pulang, ikutkan hati tak nak pulang lagi tapi nak buat macam mana. Lepas pulangkan barang semua, kita orang pun bergerak balik ke Hoenggye Bus Terminal.

70
Hoenggye Bus Terminal
71
Masa- masa pilihlah yang mana yang berkenan

Nasib kita orang tak payah tunggu lama, aku beli tiket je, bas terus sampai. Kita orang sampai ke Seoul dekat pukul 7 tak silap aku. Terlekat dalam kesesakan lalu lintas , time orang balik kerja kan.

Destinasi seterusnya , Yeoksam Station.

Malam ini kita orang makan dekat Yang Good Korean Lamb BBQ Restaurant. Dekat depan pintu restoran, ada dua mamat korea yang beri salam dekat aunty aku. Kesian pula aunty aku, dia tak makan kambing, dan kedai ini memang ada kambing je. Tapi malam ini dia telah membuktikan yang dia mampu untuk menjamahkan kambing grilled tersebut hehehe dengan bantuan sedikit lada jeruk dan kimchi. Untuk Ameer dan aku memang ini syurga makanan lah semua lamb kot, imported from Australia. Kali ini Ameer order juga sup kambing, sedap wa cakap sama lu! (Harga untuk satu set , 11000 – 22000 Won)

72

73

74

Lepas dah kekenyangan, kita orang pun bergerak dari Yang Good. Memandangkan Apgujeong Rodeo hanya 2 stesen dari Yeoksam, aku pun decide nak bawa aunty dengan Ameer berjalan dekat area Gangnam ni. Sebenarnya tak ada banyak benda pun nak di lihat dekat area sini melainkan kalau anda mampu nak membeli Chanel , Burberry, LV dan jenama seangkatan dengannya.

Pusing punya pusing, kita orang  ternampak Coffine Gununaru. Member fb aku si Anna, suggest aku untuk mencuba satu hidangan dekat sini iaitu Origin Honey Caramel Toast. Jadi kita orang pun try la juga makan dekat sini. Dan rasanya sangat sedap okey.

75

Aku tak berapa nak ingat harga dia berapa Won, kalau tak silap dalam 5000 -6500 won macam tu. Dekat Seoul ni, mana – mana kedai coffee harga dia lebih kurang dari 4500- 6500 Won (RM14 – Rm20), even untuk Starbucks yang aku minum dekat sini pun untuk size tall aje, dah dekat RM19, dekat malaysia baru Rm11-12 jadi pastikan bawa duit lebih sikit kalau korang berniat nak makan di luar atau nak pergi food hunting dekat Seoul ni.

Jadi mari kita revise sikit cara macam mana nak pergi ke Yong Pyong Ski Resort ni

1. Mula-mula pergi ke Gangbyeon Station, Seoul Subway Station Line 2, Exit #4
2. Keluar dari Exit #4, lintas jalan masuk ke bangunan putih (Dong Seoul Bus Terminal Station)
3. Beli tiket ke Hoenggye Bus Terminal (14,500 won one – way)
4. 2 jam 30 minit perjalanan (Tiada stop kecuali di 2 stesen dalam 30 minit terakhir)
5.Sampai dekat Hoenggye Bus Terminal ambil Shuttle Bus (Time peak season je ada rasanya) atau teksi (8.300 Won) ke YongPyong Ski Resort
* kalau tak pasti Hoenggye yang mana, korang tunjuk je tiket dekat Ahjussi driver tu, nanti dia bagitahu ye atau tak.
 
Itulah jelah yang perlu anda tahu rasanya, oh tips masa dekat ski tu.
1. Make sure bawa duit yang secukupnya, budget untuk ski kalau campur semua mungkin menghampiri rm300 seorang, bergantung kepada waktu korang pergi.
2. Beli glove dengan goggle awal -awal, dekat sini agak mahal boleh cecah rm100 untuk satu goggle. Namdaemun Market tempat bagus kalau nak cari barang murah.
3. Makanan halal tak ada dekat sini, jadi sila bawa bekalan makanan seperti nasi, roti, biskut.
4. Ayam goreng ada dekat sini kalau korang kebetulan tak bawa bekal, tapi yang tak sembelih punyalah.
5. Pastikan season anda pergi adalah season untuk berski, kalau anda pergi masa musim panas, boleh juga nak rasa berski atas rumput.
5. Jangan malu dan takut untuk jatuh, jatuh perkara biasa.
6. Boleh usha video video untuk how to ski dekat youtube, atleast korang tak jatuh depan makwe lawa dekat sini, sebab memang tak perlu malu untuk jatuh , tapi kalau makwe tengok ko yang macho tu jatuh macam cempedak di luar pagar, segan juga beb!
7.  No 6 tu aku melawak je, jangan risau takde makwe nak gelak kalau kau jatuh, sebab dia orang pun sibuk jatuh sekali LOL!!
8. Pergi awal sikit, sebab walaupun ski ni operating hours dia 24 hours (peak season) tapi bus tak 24 hours, jangan buat pasal kalau korang ter stuck dekat YongPyong satu malam, gua tak nak tanggungjawab.
9. Check tiket bas, dan waktu pergi dan balik supaya tak jadi situasi dalam no 8.
10. Last sekali, beli tiket kapal terbang ke Seoul. Kalau korang dah tahu season, dah tahu harga, dah tahu cara nak gi, dah tahu bas pukul berapa, tapi tak ada tiket kapal terbang , tak jalan juga beb. Beli awal, dan kalau nak murah boleh minta tips dari saya.
11. Kalau masih pening cara nak pergi ke sana, senang cerita bawa je saya sekali pergi sana, so tak perlu bimbang, saya uruskan semua, you just go ski like a boss okey?
12. Rasa dah tak papr dah kot, pape korang whatsapp je (melawak~ email je ke [email protected]) akan membantu mana yang boleh.
 
13. Part makwe lawa tu, memang tak tipu, sini banyak makwe lawa. PEACE YOO~

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

12 Responses

  1. Salam,sy bercadang nk tinggal di elf pension resort berdekatan alpensia ski resort.bagaimana hendak kesana ye?Terima kasih.

    1. Untuk ke bahagian sini selalu orang akan menggunakan bas. Berdasarkan apa yang saya jumpa anda boleh ambil bas dari Dong Seoul Bus Terminal ke Jangpyeong Terminal dan ambil teksi dari terminal untuk ke Elf Pension.

  2. Assalamualaikum saudara Radin,

    Saya Hida, dah lama baca blog ni untuk rujukan semasa pergi ke Seoul awal bulan March lepas. Saya berminat nak tanya tentang ski ni memandangkan bercadang untuk pergi lagi tujuan ski tour plak. Saya nak tahu kalau kita sewa full set ski tu, perlu ke kita ada lesen untuk main ski? maaf sebab saya memang tak tahu. Kalau untuk beginner macam saya ni boleh ke. Itu sahaja terima kasih

    1. Waalaikummusalam Hida, terima kasih sebab sudi membaca blog saya. Untuk bermain ski tak perlu lesen. Boleh sahaja untuk menyewa full set ski tu, cuma harga akan berbeza- beza mengikut dengan apa yang kita sewa. Kalau nak mengupah instructor pun ada juga bayaran. Haritu pergi ke Seoul sempat tak bermain ski?

      1. Ok saya faham terima kasih ye. Hati tu saya 1st time dtg Seoul so bermain ski memang tak ada dalam plan saya. Lagipun hari tu saya pergi busan jeju dan seoul. Hanya dapat main salji di gunung hallasan di jeju shj. Terima kasih ye sebab bagi tunjuk ajar banyak dlm blog. Memang berguna

  3. seronok baca . drp battery lappy full sampai la dia bagi warning . berjela sungguh dia bercerita sambil berlawak …. hahahaaa . tak jemu baca … klu saya main ski confirm dok jatuh jer mcm nangka busuk kot …

    1. Hehehe, menulis di tengah malam memang datang idea yang bukan-bukan. Itu yang meleret-leret macam keretapi tu. Jangan risau sangat kalau jatuh, ada graviti confirm jatuh punya~ yang penting we are enjoying ourselves.

  4. Ha selamat pun sampai Yongpyeong Resort. Tempat tunggu shuttle bus tu berdepan je ngan bus terminal Hoenggye sebenarnya. Xpe next time saya ambil gambar. Insha Allah akan ke sana lagi winter nanti.

    1. Oh, maksudnya dia dekat dengan tempat teksi tu kah? sebab tempat ambil teksi tu betul betul dekat pintu keluar Hoenggye , keluar terus nampak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »