Nama entri nak ganas aje kan?sebenarnya bukan nak bercerita tentang dendam kesumat atau dendam mendendam,tak baik berdendam ini.Cerita yang sebenarnya bermula dari satu petang ketika saya berada di depan laptop.Tiba-tiba berbunyi satu isyarat memanggil dari facebook,’ding’.Tengok-tengok Anif menghantar mesej membawa jemputan ke pertandingan min ton jahat @badminton di Indera Mahkota.Sebab malam masih lagi kekosongan,jadi saya meletakkan dalam planner (macam ye ye je kan?) 11.00mlm,IM 2,dewan Badminton.
Sepatutnya malam ini pergi berckt@Char Kuey Teow dengan Cikgu Rifa dan Adik Sarra di Juara.Tapi memandangkan terdapat pembatalan di saat terakhir oleh Adik Sarra kerana disebabkan terdapat kesulitan di pihak beliau ,maka majlis berckt di batalkan dengan rasminya.
Encik Paan menjemput saya ke pawagam untuk menonton Guliver’s Travel.Memandangkan kredit saya agak semput, jadi saya terpaksa menyuruh Twins untuk memesej beliau,membatalkan rancangan tersebut dan emngajak beliau menjadi salah satu perwakilan mewakili team kubang buaya untuk ber badminton.
Tepat pada masa yang di janjikan (pukul 11 malam , tapi sampai dalam 11.10, biasalah ,janji melayu :laugh: ).Selepas sampai, tersergam indah dewan badminton ini dengan lampu neon,eh lampu gelanggang yang berwarna putih.Lampu berwarna putih senang di cari, tapi hati yang putih dan bersih sukar di temui kan?ok beginilah keadaan di dalam gelanggang.
Dan ini adalah pesaing dewata utama yang ingin kami tumpaskan
Sebelum perlawanan, kena pastikan setiap kelengkapan dah ready dan good to go..
Di bawah antara aksi-aksi yang sempat di rakamkan oleh jurugambar bertauliah, yang mempunyai degree dalm penangkapan gambar.
Gaya dah macam Rafael Nadal.Kita tengok aksi berikutnya.
Rupa-rupanya….
Beberapa adegan lain yang sempat di rakam….
Selepas berhempas -pulas, berenang -renang di dalm kepeluhan yang sangat masam,kami pun membuat keputusan untuk mensettlekan pertarungan dengan perlawan single.The first to reached 10, wins.Jadi inilah antara score yang aku ingat.Semua melawan hanif abam Sukma.
first round fadli vs hanif : 3-10 paan vs hanif:6-10 adik vs hanif:1-10 abg vs hanif:3-10 second round paan vs hanif:3-10 fadli vs hanif:3-10 adik vs hanif: 3-10 abg vs hanif :0-10 Kesimpulannya ….Hanif menang ar, cuba lagi tahun depan.
Lepas penat mesti rasa lapar kan?jadi kami singgah di mali’seh juara char kuey teow, untuk sessi melahap.
Selepas itu kami pun pulang, sempat merakamkan keindahan bulan alam ini.
Saya hang out di rumah Twins sampai ke pagi, pagi memang pagilah sampai matahari naik>Bukan apa nak tolong abang set up kan tumblr dia.Sekarang dah cantik skit, so kalau sesiapa yang nak berkenalan , boleh lah pergi melawat tumblr abg yer.Link ada di sebelah kanan ni———————————->
So kalau dah pagi mesti kena breakfast kan?so kami buat keputusan nak berMc Dono.Try kejut adik tapi..
So saya pergi bersama Abg jelah untuk berbreakfast….Sedap juga breakfast di MC Dono ni,sambil di temani monyet-monyet yang memanjat ke sana – sini.Sungguh tenang dan damai melihat monyet-monyet ini.Sambil makan, sambil heart to heart talk dengan Abg (wah!! dah macam Oprah Winfrey dah pulak), kongsi guys problem hahaha, takde kutuk -kutuk ar…So benda ini lah kiteorang makan….
Gambar terakhir untuk hari ini adalah….
tata~ :clap:
2 Responses
terima kasih kerana sudi baca dan terhibur hehehe
thanks buat sy gelak…keh3
p.s : thibur jap bc entry neh…hee