in ,

Travel tips untuk newbies

Assalamualaikum dan salam sejahtera, macam mana dengan sambutan raya tahun ni? Harap tak ada yang terputus jari, tangan, leher, tengkuk dan kaki akibat bermain mercun. Kepada yang masih tak berhenti makan di rumah terbuka, pastikan berat badan anda dalam kawalan, jangan di bulan puasa tempohari anda berjaya mengurangkan 1 kilo, lepas raya naik 10 kilo pula.

IMG_1528

Dalam kesibukan beraya,  tengah berborak –borak da nada yang buka topik travel dengan aku. Baguslah makin ramai yang suka dengan aktiviti travel ni, kebanyakan soalan yang aku dapat “Berapa budget?”, “berapa kos?”, “tak mahal ke?” , “pergi sendiri atau dengan agen?”

menulis

Jadi entri kali ini nak bagi sedikit tips untuk mereka yang baru nak berjinak – jinak nak pergi travel ni. Ini adalah antara travel tips untuk newbies ( yang season traveller pun boleh juga pakaikan hehehehe)

1.      Pilih negara – negara yang dekat terlebih dahulu

Ada orang mungkin rasa tidak yakin kalau nak pergi tempat jauh untuk destinasi pertamanya. Yelah, pertama kali buat passport, pertama kali naik kapal terbang, pertama kali ke bumi yang asing di mana sekeliling kita belum tentu orang tu bercakap Bahasa Malaysia atau Inggeris. Jadi boleh bermula dengan negara-negara Asia Tenggara macam jiran kita, Indonesia, Thailand dan Singapura.

2.      Kalau boleh bawa teman yang ada pengalaman melancong

Yang ini sebenarnya tak perlu pun tapi kadang kala, two head is better than one. Ada orang tak kisah kalau ada pengalaman tersesat, tertipu, terngorat, dah namanya pengalaman jadi lepas kena sekali dah tahu, jadi kalau lain kali terkena benda yang sama, atleast dalam mind “Eh, Eh, ni nak kena tipu, nak kena tipu ni” haaaa gitu~ Lagipun, bawa teman yang ada minat yang sama ni boleh menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan.

3.      Rancang awal untuk membeli tiket kapal terbang

tiket

Kadang orang tak tahu yang syarikat penerbangan ini selalu membuat promosi dari masa ke semasa. Jadi sewaktu promosi ini, anda boleh dah grab tiket ke negara yang anda ingin pergi. Baru 2 hari yang lalu, aku terlepas tiket ke Korea, Return RM409. Sedih di situ tak dapat pulang ke kampung halaman. Ada sebilangan rakan-rakan traveller yang aku tahu, dia orang punya strategi, grab tiket dulu , then baru plan cuti (memang jenis hardcore kan?) Anyway, tips no3 ni untuk budget traveller, kalau anda jenis duit berkepuk, abaikan tips ini.

4.      Sediakan Itinerary

Bagi aku, aku suka buat itinerary, jadi pergerakan kita sewaktu di negara orang lebih tersusun dan masa dapat di bahagikan dengan sebaik-baiknya. Macam mana nak sampai hotel, pukul berapa nak keluar, ke mana yang hendak di tuju, berapa kos, semuanya boleh di lihat di dalam itinerary. Ada sesetengah orang mereka lebih suka roaming freely tanpa ikatan, sukahati nak bangun pukul berapa, dan nak kemana, tapi ini ikut kehendak individu, lain orang lain cara kan.

5.      Budget

budget

Ini bergantung dengan tujuan anda datang ke sesuatu negara tersebut. Adakah anda datang untuk melihat negara orang, atau anda datang untuk membeli – belah. Let’s face it, kalau datang untuk membeli belah, memang tak ada hadlah kan. Selagi boleh swipe card, akan terus swipe sampai berbunyi TETT TETT *Credit Limit Reached

IMG_0970

Kalau anda datang untuk tujuan melihat negara orang lebih mudah untuk membuat budget. Benda yang perlu ada dalam budget anda sewaktu di negara orang:

  •   Kos Tempat Penginapan dan Tempoh Penginapan
  •   Kos makanan untuk  sehari (cth: 2 kali makan * RM30 = RM60 , dinner: Maggi)  *Selalunya kalau nak jimat bawa je makanan dari Malaysia
  • Kos pengangkutan (keretapi, bas, MRT, feri, local flight)
  • Kos untuk tempat lawatan (Muzium, Arts Gallery, Istana)
  • Kos untuk souvenir (Ini selalunya untuk mengelakkan anda dari berbelanja berlebihan). Salah satu trick, tanya dalam hati,” aku perlu tak benda ni?’ “ni nak bagi siapa?”, jangan beli – beli kemudian tinggal berhabuk je dekat rumah.

6.      Buat kajian tentang tempat makanan halal

IMG_3604

Pernah dengar google tak? Mesti pernah kan? Jadi dalam lambakan blogger- blogger travel mesti dah pernah sampai ke tempat yang anda hendak pergi. Jadi ringankan tangan untuk membuat sedikit research. Bukan susah, type saja “ Tempat makan halal di Seoul” kemudian tekan Enter. Mesti keluar punya, kalau tak keluar, klik link bertajuk Travel ke Seoul, Korea sebelah kanan ni haaaa settle.

Kalau ada yang selalu sakit tu, jangan lupa bawa ubat. Ubat dekat luar selalunya lagi mahal dari kita.

7.      Belajar sedikit bahasa tempatan kalau boleh

Orang luar ni, dia sama juga macam kita. Apa reaksi kita kalau mat saleh (orang berkulit putih bukan pahlawan Sabah tu) bercakap dalam bahasa Malaysia walaupun setakat,

“Hello, nama saya Joe.”

“Joe, who?”

“Jooo doh awak”

Haaa, mesti korang dah excited kan? Jadi belajarlah sedikit bahasa tempatan, walaupun hanya mengucapkan terima kasih. Mana tahu, untung – untung boleh dapat diskaun sewaktu membeli barang.

8.      Kepada yang Muslim, kalau boleh carilah arah kiblat dan waktu solat. Ingat Allah bukan ada dekat Malaysia je tahu? Peringatan untuk diri sendiri dan mereka yang lagha bila travel.

Rasanya itu je 8 point yang aku boleh bagi untuk mereka yang nak memulakan aktiviti travel ni. Mudah kan? Janganlah cakap “ek eleh itu je? senang sangat” nanti bagi yang susah, korang kata susah pula. Oh, lagi satu, kepada yang bawa gadget tu pastikan jenis plug dekat negara yang korang nak pergi, paling senang beli je universal plug, tak perlu nak pening-pening kepala.

Oklah.

Selamat mengembara.

back

P.S. Sediakan botol kosong. Sesetengah tempat tak ada paip air dalam toilet.

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

26 Comments

Leave a Reply
  1. “Hello, nama saya Joe.”

    “Joe, who?”

    “Jooo doh awak”

    hehe gelak baca.. tips terbaek la.. leh jadikan pedoman tiap kali travel.. tp paling power “Allah bukan ada kat Malaysia je”

  2. itu dia tips otai hohoho~ tp mcm bias byk letak contoh psl ‘kampung’ hehe.
    btw, ubat adalah sgt penting kalau nk travel since we nvr know kalo tibe2 sakit ke x sehat mse travel tu. sy everytime before travel msti akn mintak ubat kt klinik panel cmpny. lolz cheapskate -__-“

    • Otai raja lawak? hahaha. Terpaksa lah suraya, kampung memang tempat yang sangat selesa. Imagine sipping a hot choco, in a small cute cafe, watching people walking by, during autumn season. Tertiba lalu Han Hyo joo, senyum. Melt*. Yup, penyakit nak datang bukan bagi warning dulu, buat tersakit perut ke, terpening kepala ke, naya. Itu bukan cheapskate, itu di namakan taking chances hahaha. Nanti boleh jadi supplier. P.S: Hujung tahun balik kampung tak?

    • Salam, pasal itinerary ni bukan tak boleh buat, cuma lain orang lain minat dia. Kena tahu Filzah minat apa, kalau saya list down tempat macam muzium mungkin filzah tak minat, unless you are willing to give me your type of places of interest, it can be arrange.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Phuket! Summer Vacation (2)

Foodporn : Sushi King Bonanza 2014 kini kembali!