Day 2 20/6/2014
Hari kedua di Phuket, Thailand. Aktiviti pagi ini kita orang hanya bermandi – manda di kolam renang hotel. Terdapat 3 buah kolam yang boleh dipilih, jadi aku pilih yang agak tersorok sedikit. Kawasan yang agak terlindung dari sinaran matahari dan private sikit. Bukan apa aku ni jenis pemalu sikit nak mandi kolam kalau ramai sangat orang. I iz pemalu. Kolam yang ini siap ada signboard yang budak- budak tak boleh guna. Sebab apa tak boleh guna? Aku tak tanya pula, tapi mungkin sebab takut bising agaknya memandangkan kawasan agak dekat dengan bilik. Tapi kolam besar yang nampak dari bilik aku dekat juga, so ikut suka hati hotel tu lah. Ko terjun je, kalau dia marah, cakap je “I paid for the hotel so what is the problem?,”. Kemain kan.
Ingat tak dalam entri yang lepas pasal jari kaki aku yang terluka? Jadi aktiviti berkolam hari ini adalah sangat…. Emmmmm… sedap… sedap sangat~. Kolam di sini, mereka guna garam agaknya, sebab air dia masin sungguh. Jadi masin + luka, adalah pakej keindahan yang sangat selesa. Aunty cakap “ garam ni, cepatlah baik kaki tu, “ . oookey~
Naik je ke permukaan (macam kau pergi diving pula kan?) terus bersiap- siap. Tengahari ini nak menuju ke bandar untuk mencari sesuap nasi. Menggunakan shuttle yang di sediakan oleh pihak Avista, kami turun dekat pit stop sebelum Mall, dekat kawasan tepi pantai. Beria- ria , pemandu shuttle tu larang, katanya belum sampai lagi, tapi kita orang cakap yang kita orang saja nak turun pusing dekat sini. Jadi memang berpusing –pusing lah mencari makanan halal dekat area ni.
Banyak tanda halal dekat sini, pelbagai restoran menampalkan tanda halal ni sambil menarik-narik kami untuk masuk ke dalam kedai mereka tapi korang kena berhati-hati sebab bila di tanya “you got Pork Chop?? “ dengan sepantas kilat dia orang jawab “yes, yes of course!Come in please~ ”. Jadi jangan percaya terus simbol tanda halal tu, benda boleh print je kan. Jadinya kami memang tak beranilah nak main percaya je simbol halal tu. * Teringat ada bro seorang cerita, pengalaman dia di Vietnam, pelayan tu cakap “boleh makan, lembu” last – last dia makan anjing rupanya…..
Menapak punya menapak, dari panas terik hinggalah ke hujan renyai – renyai, nak di jadikan cerita, aku ternampak seorang perempuan bertudung berdekatan booth travel. Jadi cuba je nasib tanya dengan gadis ni. Borak-borak rupanya dia boleh cakap melayu/Kelantan. Jadi kita roang tanya, ada ke kedai makanan halal dekat pantai ni? *kita orang dekat sini sebab uncle yang pernah datang kata ada kedai makanan halal dekat area pantai ni. Mengikut gadis tersebut, dekat area pantai ni tak ada makanan halal, kalau nak, kena pergi area sejid (masjid).
Sambil borak – borak tu, sempat aku belek pamphlet dekat booth beliau. Ada beberapa pilihan pakej untuk aktiviti pulau, sama ada nak ke Phi Phi Island atau ke James Bond Island. Mengikutkan si Ameer, kita orang pun decide untuk ke Phi Phi Island.
Pakej yang kita orang dapat merangkumi:
1) Loh Samah Bay
2) Pileh Lagoon
3) Viking Cave
4) Monkey Beach
5) Maya Bay
*Makan tengahari, Snorkel & Mask (kena deposit, waktu balik nanti dia pulang balik duit), Life Jacket, English guide sekali dengan insurans.
Kalau ikutkan harga, lebih kurang 3200baht seorang. Tapi kita orang dapat tawar sampai 1200baht je. Untuk transit pergi balik dari hotel Avista, mula- mula dia nak charge 500 baht, tapi kita orang adjust dapat free hehehe. Tak tahulah kalau korang boleh dapat yang lagi murah dari harga yang aku bagi tu. Lepas dah agree dengan cik Kak travel tu, destinasi seterusnya, Masjid Phuket.
Kita orang bergerak dengan menggunakan tuk – tuk. Dari pantai tadi macam 200 baht. Tuk-tuk tu berhenti betul – betul depan masjid, dan ada deretan kedai makan bertentangan dengan ia. Kita orang masuk kedai yang banyak orang baru selesai solat Jumaat tengah makan.
Makanan dekat kedai ini boleh tahanlah. Nak komen banyak – banyak, takut Bias sebab aku selalu elakkan diri daripada komen pasal makanan kalau tengah makan tu perut bukan setakat keroncong, gamelan, konsert, dangdut inul pun ada sekali dalam perut tu.
Sebelum balik aunties aku singgah beli coke lagi dekat Mall tu.
Lepas berpusing-pusing, kita orang yang lelaki semua balik ke hotel, tinggallah aunty aku je yang nak shopping. Apa lagi aktiviti petang memang menuju ke swimming pool la kita. Kali ini aku explore semua swimming pool yang ada. Sambil berswimming pool, sambil tengok sunset. Memang cantik pemandangan dekat sini terutamanya waktu matahari terbenam.
Malamnya kita orang ke town lagi. Singgah makan kebab sebentar sebelum nak berjalan-jalan menikmati kehidupan di waktu malam dekat Phuket ni. Hujan lebat seketika membantutkan proses explorasi. Tapi hujan dekat sini tak lama.
Bangla Road. Mula-mula dalam kepala aku ingat dekat sini banyak warga negara Bangladesh, tak nampak pula tapinya. Bangla road ni jalan dia panjang satu hala, jadi korang boleh jalan dari hujung ke hujung. Aku pun tak tahu apa benda yang ada dekat situ, tapi nampak macam meriah jadi go with the flow je.
So inilah rupanya Bangla Road. Kiri kanan penuh dengan bar dan tempat minum.Macam-macam kedai tempat orang lepak ada dekat sini. Dekat area ini selain bar dan tempat minum, adalah banyak kedai yang menawarkan servis-servis yang membuatkan kawasan Thailand ini terkenal. Macam macam benda yang dia orang offer yang aku tak faham/blur *lepas google baru tahu benda alah yang di orang sebut tu. Kiri kanan asyik menghulurkan kad perniagaan dekat aku, tak kurang juga yang tak habis habis offer “ping pong, ping pong “, “buy a beer, free shooter,” memang aku tak faham terus ar bai dengan terma terma dia orang ni. Ada pelbagai penawaran dekat sini, gadis tempatan, gadis Russia, gadis yang tak di ketahui jantina, macam beli barang pula. Ada satu kali tu, siap ada girls parading along the road, kira korang boleh pilih je mana yang korang nak. * Masa blur tu, aku post benda depa cakap tu, ramai orang komen duk gelak-gelak, dapatlah aku detect kekuningan otak masing –masing.
Balik daripada Bangla Road, kami bungkus KFC untuk untuk di bawa balik, maklumlah nanti makan dekat hotel di hantarnya Grilled oink oink masak~ lagipun boleh tengok world cup sambil makan ayam goreng. Aku dapat tengok je nightlife dekat area HRC dengan the Hooters, nak stop lepak situ macam malas, nanti teksi nak balik hotel mula charge mahal dan bukan-bukan. Esok dah nak kena bangun pagi – pagi , transit mari pukul 7.15 pagi.
Kita continue on je lah apa jadi pagi besok, so….
Tidur.
Mimpi.
*Fast forward ke subuh esoknya.
*Island Pakej = 1200 baht kebab and coke = 170 baht beach to masjid – 200 baht (dalam phuket memang standard 200 bhat satu tuk tuk shuttle bus Acvista-Town-Avista = Free Bangla road = free admission
3 Responses
Nice hotel..blh tau nama hotel tu tak? Tq
Boleh bagi saya nombor contact untuk bot pakej awak tu? pening juga nak pilih pakej yang mana satu , setengah dari group kita orang nak pergi James Bond Island, Setengah nak pergi ke Phi Phi Island, mohon share yer
Nanti saya cari that card, akan saya emailkan details.