Phuket! Summer Vacation (Final)

Hello! Lama sungguh tak update blog ni berhabuk dah. Kesibukan yang melanda diri menyebabkan proses penulisan terbantut hehehe. Ini pun baru ajer pualng dari melawat Doraemon dan Nobita. Jadi jom sambung entri terakhir untuk trip phuket.

Day 3 21/6/2014

Dari awal pagi lagi kita orang dah bersemangat bersiap –siap untuk aktiviti hari ini. Tapi aku boleh rasa excitement tu tak boleh nak di bandingkan sewaktu nak pergi bermain ski tempoh hari. Itu lagilah membuak-buak sampai Dap Dip Dup, Dap Dip Dup, jangan Dip and Dip sudah~ Tahu tak Dip and Dip tu apa? tak tahu? boleh google.

1
Good Morning Avista
2
Morning Kumbang

Van persiaran (ala~ van yang selalu bawa tourist tu) tiba di hadapan hotel around 7.15 pagi. Selepas mengaambil kami, van ni berhenti untuk mengambil penumpang lain di 2 buah hotel lagi. Yang pertama ambil ada sepasang couple dari Indonesia (adik beradik rupanya) then the next stop ada 3 orang kulit putih. Selepas itu, barulah van ni bawa kita orang pergi ke sebuah kedai makan, dan di kedai makan inilah tempat peserta trip ini berkumpul.

So di sinilah di terangkan apa yang kita orang perlu tahu seperti tentang keselamatan dan jadual perjalanan. Setiap daripada kami diberikan nombor yang di lekatkan kepada baju kita orang. Nombor – nombor  ini mewakili nombor van yang kita orang naik untuk datang dan balik nanti. Kita juga di berikan pilihan samada nak sewa flippers atau tidak. Tak silap aku 100 baht, tak ingat. Menurut tourist guide tu, (aku lupa da nama dia) dekat kawasan lautan yang kami akan pergi selain daripada ada terumbu karang, ada hati laut /landak laut, jadi kalau tak pakai flippers kemungkinan besar takut terkena kaki. Akibat kaki yang sudah cedera parah, aku memang sewa terus, nanti tak pasal – pasal dapat pakej sakit kaki berjemaah pula. Sebelum bergerak ke bot laju, aku yang tahu awal – awal dah pasti akan mabuk laut, terlebih dahulu dah makan ubat tahan mabuk yang di bekalkan. Aku kagum betul dengan Ameer yang tak makan tapi tak mabuk. Aku kalau membaca dalam kereta pun dah pening kepala, atas kapal terbang je tak (nak bagitahu kau tak mabuk udara ke bang?).

3

4

5
Dah sedia?
6
Bot

Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kumpulan kami  berjalan menuju ke jeti, tak jauh, dalam 5 minit je dari kedai tadi ke speed boat.  Dekat atas bot, kami di sajikan dengan makanan ringan ( tart nenas dengan cola) , sambil bot pun meluncur laju ke destinasi pertama.

10

Maya Bay, tempat dia orang shooting cerita The Beach lakonan Leonardo Di Caprio. Memang cantik kawasan ni, Cuma yang kurang best, sebab ramai gila manusia. nasib ramai gila manusia, kalau ramai manusia gila masalah pula kan?

7

8

9

9a

Kemudiannya, kita orang di bawa ke tempat snorkeling, Loh Samah Bay. Air dekat sini crystal clear. Memang nampak terus terumbu karang dan ikan dengan sejelas- jelasnya. Adalah aku menanam dalam hati, nak tangkap ikan pakai tangan (mimpilah kau~).

12
Cantiknya air!
12a
Since aunty aku tak turun, aku minta tolong rakamkan ajer dari atass bot, nak beli GoPro tk mampu la kan…sedih T_T

Lepas dah penat snorkeling tu, kita orang di bawa singgah ke Monkey Beach dengan Viking Cave (dekat sini tak boleh masuk sebab dia orang ada buat projek untuk sarang burung). Ada sesiapa ke yang suka makan sarang burung? Dekat rumah aku ada, tak makan –makan sampai ke sudah -_-‘.

11

Monkey Beach tu basically memang pantai yang ada monyet je, tour guide akan bagi makanan dekat monyet – monyet tu. Sama je macam dekat Teluk Cempedak, tapi monyet kat Teluk Cempedak makan Mc Donald  ^_^. Satu benda yang aku kagum , crew boat ni boleh tangkap ikan pakai tali dengan mata kail je. Dia orang campak je roti-roti ke dalam air, lepas tu baling mata kail, tak sampai 1 minit terus dapat ikan. Daebak~

Destinasi seterusnya ke Phi Phi Don Island. Dekat sini kita orang makan tengahari, ada tom yum sup weh.

13

Sempat juga aku mengusha fridge magnet tapi mahal sangat. Tambahan pula dia orang ni tak berapa friendly, tanya pun macam nak marah je. Dari nak beli , tak jadi nak beli. Your lost~

14

15

16

Lepas bergambar sebentar, kita orang bergerak ke destinasi terakhir iaitu di Khai Nai Beach, aku tak ingat apa nama beach ni, tapi disini lah destinasi terakhir kita orang Di sini lah pengalaman di cekik darah kaw kaw, sewa payung rasanya around rm15, air kelapa 10 ringgit, aku tak berapa nak ingat sebab sendiri tak beli. Aku hanya sibuk bersnorkeling keliling beach. Bergambar sekejap untuk kenangan sebelum gerak balik, rasanya duduk dekat sini dalam 2 jam kot.

16a

16b

Lepas tu terus bergerak pulang ke Phuket. Sampai je di Phuket, turun je dari bot, crew dia orang dah siap menunggu dengan gambar kita orang sewaktu mula-mula bertolak tadi. Dah siap print gambar dan letak dalam frame untuk di jadikan souvenirs, RM10, pandai betul buat duit. Aku pun belilah, yelah kenangan kan sebelum terus naik ke van untuk balik ke hotel.

Malamnya kita orang keluar pusing pusing di area Bandar mencari restoran seafood, Kesuma Seafood. Tokeynya boleh berbahasa Malaysia dan ada bunyi loghat Kelantan, makanan? Tak sesedap mana, tapi harga boleh tahan mahal juga. Habis makan kita orang berlegar legar di sekeliling Bandar Phuket sebelum bertolak balik ke Malaysia keesokan harinya.

17

18

19

 

20
Kaki injured kena pakai kasut, pakai selipar memng cari pasal ar

 

21
Azwan with a local Thai Girl

THE END

So sampai situ sahajalah pengembaraan kita kali ke negeri jiran, nanti aku try update as soon as posssible pasal trip ke negara Doraemon tu yer, until next time TATA!

23
Bye Phuket
25
Hello Malaysia! Selalu nampak KLCC dari bawah, kali ini ada rezeki boleh nampak dari atas ^^

OH!! SEBELUM TERLUPA, aku masukkan terus lah apa yang sempat aku bawa balik dari Phuket

26

27

28
ni yang depa jual kat kita lepas balik dari island semua tadi

29

30

31

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

10 Responses

  1. travel ni mmg x sah klu x kena poww . mmg kena bersedia kan … krabi mmg ramai org . nasib baik x de org yg ehemm mcm saya tgk kat satu blog tu . byk gak rembatannya … itu helang mcm betul saja … heh heh …

  2. Sebab utama x gi tempat gini is because mati kutu xtau nak buat apa kat pulau2 tu sebab main acitivity pun snorkeling kan. Setakat lepak atas bot, saya rela tapi memang rugi ah. Tu yang berdolak dalik plan trip gi sini. Tapi tengok ur pics memang lawa2.

    1. samalah bibie, saya memang kurang sikit pulau pulau ni, nak nak di besarkan di tepi pantai, tak banyak benda sangat yang boleh di buat hehehe, Seoul tetap di hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »