in ,

Sakura Trip Seoul – Eid | Lotte Mall Jamsil

19/4/2015
Hari ini perancangan asalnya hendak pergi Korean Folk Village, tapi memandangkan hari hujan jadi niat itu di batalkan. Tambahan pula kaki aku mengalami masalah dari segi kesihatan, I really need to get fit next time. Okay. Noted. Bila cakap next time, memang orang akan fahamlah kan?

Tema hari ini adalah jalan santai – santai, memandangkan beberapa hari lepas kami dah cover banyak tempat kan. Kami bertolak keluar dari tempat persembunyian lebih kurang pukul 12 tengahari, which is kind of late kalau kita sedang travel, banyak masa pagi rugi tu wow~ Jangan ikuti contoh ini dan pastikan anda menjaga kesihatan tubuh badan sepanjang masa.
Sasaran pertama kami adalah masjid di Itaewon untuk mendirikan solat zohor terlebih dahulu, biar perjalanan hari ini lebih di berkati. Nanti tak perlu nak mencari- cari tempat nak bersolat kan.

1

2

Selesai yang wajib, kami pun terus menuju ke Eid untuk makan tengahari, Nasib baik aku dah contact Saad terlebih awal untuk booking tempat, macam biasa Eid di penuhi dengan pengujung yang beragama Islam dan rata- ratanya dari Malaysia. Famous sungguh restoran milik Saad dan Mr. Yusuf. Kalau berkesempatan, memang di sarankan untuk merasa sendiri makanan di Eid ini.

3
Bibimbap Sedap, tapi menurut kata Zaidi, Eid dah tukar menu, Bibimbap dah tak ada. Mana Zaidi tahu? sebab dia baru pergi lagi sekali bulan lepas ARGHh
4
Grilled Fish ni sedap betul, seriously I don’t lie one
5
Me , Saad, his ehem, Zaidi , in front of Eid. Eh asal aku speaking ni??

Selepas meninggalkan Eid dan berjalan menuju ke subway station, tetiba ternampak ada kelibat seorang blogger di sebelah kedai kebab sedang sibuk mengisi borang. Mula – mula serba salah nak tegur takut tersilap, tapi tak tegur mana nak tahu. Tahu tak siapa kah blogger yang saya maksudkan? Siapa lagi kalau bukan DJ, penulis blog wanderlust. Rupanya dia dan kawannya sedang mengisi survey untuk student Hannam University. Tetiba dengan aku dan Zaidi sekali ter drag mengisi sekali.Apa salahnya kan? Habis isi dapat Candy Caramel lagi. Punyalah ikhlas aku mengisi survey, sampai orang lain, termasuk Zaidi, dah settle, aku masih lagi terkial – kial mengisi. Bukan main DJ kata aku macam tengah jawab soalan exam kan? Takpe DJ, takpe.

6
Kami pegisi borang yang tegar. Tapi bukan tegar penyanyi lagu tu yer
7
Wefie sekali. Aku tak tahu kenapa mata aku kecik macam Kim Jong Kook dalam gambar ini.

Selepas bergambar kami pun membawa haluan masing – masing, DJ baru nak pergi makan di Eid , kalau terawal sedikit tadi boleh lepak makan sekali. Anyway, kami pun bergerak menuju ke destinasi kami yang seterusnya. Tapi sebelum tu, abam nak bagitahu, abam berhenti di Etude House kau~~~ Macam biasa, kalau balik ke kampung halaman ini mesti ada yang memesan alatan kosmetik. Orang pesan bukan pakai sendiri ye, kau jangan buat gila, lelaki pakai make up hahaha. Kepada peminat barangan kecantikan, serius aku bagi tahu dekat sini memang ‘heaven’ anda semua. Bayangkan beli dah murah, dapat free gift macam – macam so kira berbaloi kalau datang sini sambil nak membeli barangan kosmetik.

Destinasi kami yang seterusnya, Lotte Mall di Jamsil. Sempatlah berpusing-pusing dalam Mall tengok para pelancong bershopping sakan di kawasan Duty Free. Banyak betul barang yang di borong, aku dengan Zaidi sempat cuci mata sahaja. Ada benda yang aku compare dengan Malaysia dekat ini lebih murah, tapi bukanlah murah yang tahap aku boleh borong, murah tahap aku kena pinjam loan dengan Zaidi untuk 3 bulan yang berikutnya yer. Dari kawasan Duty Free , kami menuju ke Hard Rock Café untuk membeli barang yang ‘di kirim’ oleh rakan- rakan. Sekali lagi, aku singgah untuk beli ‘barang’ orang, bukan barang sendiri. Nasib baik kawan-kawan dan keluarga jenis sporting dan memahami. Pesan dan terus masuk duit ke dalam akaun peribadi.

8
Cuaca sejuk mencengkam kalbu masa ni, gambar pun senget senget dah.
9
Seronok bershopping di sini, kalau ada poket tebal. Poket tebal dengan resit dan tisu tak di kira ye
10
Sekali imbas macam Old Trafford HAHAHA. Tengah tahan sejuk dan kedinginan demi sekeping gambar.

11 12

Ada dua benda yang orang kena tahu bila kita pesan barang dengan orang. Yang pertama, jangan menyusahkan dia, kedua, jangan MENYUSAHKAN dia. Nampak sama tapi tidak serupa. Yang pertama itu, bila kata jangan menyusahkan dia, tengok dan fahami situasi si tukang kirim. Kalau si tukang kirim adalah seorang yang travel light dan di sini di panggil “back packers” (sambil tangan buat peace yang kerekot, atas bawah tu, alah yang macam cikgu sekolah kalau nak suruh korang buat simbol ” ” tuuu, tak faham? tak faham sudah), anda janganlah kirim peralatan set golf atau set dapur untuk di bawa balik. Melampau. Satu lagi kena memahami keadaan kewangan dan cara seseorang itu travel. Berapa budget yang dia ada , status kewangan (kemain macam nak buat loan kereta, ada CRISS dengan blacklist ye?) , muatan bagasi, dan juga extra kg untuk check in di airport. Kalau anda sseorang yang tak fikirkan semua ini, pasti anda akan berkata, eleh baju sehelai je kot, jaket sehelai je kot, mangkuk sebiji je kot, betul, kalau ada 10 orang order baju? Haaa lebih kurang macam itulah gayanya.

Kedua.Aik? panjang berjela macam tu tak termasuk kedua lagi? okey yang kedua, jangan MENYUSAHKAN dia. Kenapa di BOLD kan perkataan MENYUSAHKAN. Ini yang bab kirim, atau minta beli tapi secara lisan yakni dalam kata lain, mengirimkan kata-kata , perkataan sama ada dari segi bentuk lisan, email, text message, whatsapp, wechat, iMessage, Facetime, Video Call, Video Conference, kiriman surat tidak rasmi atau rasmi, dan juga telegram.

” Belikan baju itu dua helai nanti balik bayar,” Satu baju RM180 contohnya, dua dah RM360. Ini mungkin akan MENYUSAHKAN mereka yang berbudget kecil. Lagi seronok kalau dapat tukang order yang suruh “Pinjam dulu duit travelmate , apa yang susah, alah takkan tak percaya” Perlu di beri perhatian kemampuan travelmate kerana dia mungkin telah menyenaraikan budget mereka yang tersendiri. Soal apa susah, actually dah menjadi suatu kesusahan bagi tukang peminjam dan tukang bagi pinjam, tak bagi nanti serba salah, bagi nanti parah. Bab percaya ,tak percaya itu pun bukan masalah dalam hal ini melainkan anda meamng jenis pinjam lepas tu senyap sunyi. Jumpa pun bila raya, itupun sekadar salam “Selamat Hari Raya” zahir dan batin pun tak sebut. Ini adalah contoh, bukan berdasarkan kejadian benar, tapi nak bagi tahu gambaran seorang yang travel budget dan travel mewah lain situasinya. Contoh kalau pesan kawan tu beli barang yang berat, kena fikir juga, dia travel keluar pagi, balik malam, kalau barang anda tu berat, kena pikul satu hari tahu?

Jadi untuk melenyapkan situasi ini, boleh di mulakan dengan Bismillah, dan bertanya ” boleh saya nak kirim ## , nanti saya bank in duit terus kalau boleh, cukup tak nak check in masuk kapal terbang, nanti saya bagi extra sedikit” kan tersenyum member tu sebab kawan-kawan memahami. Jangan salah faham, bukan nak buat untung, cuma boleh ringankan beban orang kata. Tapi kalau macam saya yang membawa bag AF ke hulu – ke hilir no problem memang boleh sumbat selagi boleh sumbat Muahahahaha! Okey, kita sambung.

Settle di HRC, aku dan Zaidi pun termangu seketika, dekat mana nak makan malam ini. Sebenarnya ada dua tempat dekat untuk menikmati juadah makan malam. Satu di kedai sotong pedas (tapi mengikut research yang aku buat, dekat situ ada jual oink oink, jadi di batalkan), yang satu lagi di ikan bakar Dongdaemun, tapi memandangkan ada bad luck hari  itu di Dongdaemun, Zaidi macam tak berapa setuju sangat, akhirnya kami membuat keputusn menuju ke Myeongdong untuk menikmati makan malam. Yoogane, menjadi salah satu restoran yang di minati oleh si Zaidi. Terkejut juga sebab Zaidi alah sikit dengan seafood. Jangan nanti bengkak- bengkak, pening pula nak mencari klinik nanti.

13
Kami order untuk 3 orang, banyak gila tapi habis~
14
Aku berdoa je si Zaidi tak bengkak bengkak akibat alergi. hehehehe

Hari ini di akhiri dengan segelas Caramel Machiatto.

15
Venti Caramel Macchiato. Mahal betul kopi dekat sini , tapi minum pepanas sangat syiok~

16

17

20/10/2015
Keesokan paginya lain pula cerita, awal pagi lagi kami dah tercegat bangun nak bersiap menuju ke Nami Island. Part yang ini nanti aku sambung semula eh? Jangan risau sahaja nak separate kan cerita , takut nanti panjang sangat jadi berjela- jela jadinya. Tapi memang berlainan hari ini dan hari semalam kerana hari ini penuh bersemangat waja.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Written by Radin Fadli

I love writing.I feel that by writing, I could pour my heart contents into a piece of paper and share it with the world.Some might be a bunch of craps, some really meant something to me.Gadget is my choice of obsession, without them, the world won’t be as cool as it is now.

16 Comments

Leave a Reply
  1. Bebelan yang berguna terutama pasal kirim mengirim ni. Pernah terjadi pada diri sendiri…disebabkan susah sangat nak mencari barang kiriman sampai lari itinerary kita… Pastu memang serik dah…

    • Lari dari itinerary tu yang biat sakit tu. Kalau tak cari nanti rasa tak sedap hati pula. Kalau tempat itu memang dalam perjalanan tiada masalah , kalau terpaksa demi sesuatu tu yg masalah sikit. Terpaksa divert pula.

  2. Contact Saad? katanya Saad menjadi kegilaan ramai sbb hensem…ahahaha x pernah jumpa lagi..alaaa dh ada ehem ke…April dulu pun mkan di Eid ni..semua semua sedap compare to Murree…mereka perlu besarkan kedai tu sbb berapa org je leh masuk..
    Bibimbab dh x de? frustlah x sempat nk try..dulu try Bulgogi..perghhh…nk try lagi ;p

    arghh..ada rezeki jumpa DJ ke? hurmmm x de rezeki nk nk ketemu dulu kan ;p

    kalau jenis pesan bagi duit x de hal…geram nya pesan ngan air liur..terima kasih je lah

      • ko picisan mmg jumpa picisan macam aku je la radin…hahahaha…picisan pun dpt bergambo dengan saad tau….hahahaha!eh aku ada kutuk ko ye masa ko isi borang tu?ada ke?apesal aku tak hengat….sehengat aku, aku ni baik tau…takde kutuk2 worang punyaaaa…kuikuikui…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Churros di PCLO Cafe, Bangsar

Fiq’s Gastronomy