I’m single and you are welcome to change that ;)

HALLO!!Kejut ker?Mestilah tak terkejut kan?kalau ada pasang stereo beserta dengan amplifier kuasa kuda baru terperanjat beruk kan?Ok jom kita ke topik seterusnya.Apa yang ingin cuba di sampaikan oleh mamat yang menulis tajuk dekat atas tu.

Sebenarnya tergerak hati nak tulis entri ini adalah adalah kerana (redundancy) begitu banyak spekulasi dari anasir-anasir luar (macam isu negara pulak) yang mengatakan saya sudah bertunang atau berpunya.Bertunang memang belum tapi berpunya sudah.Saya kepunyaan yang Satu, (aren’t we all are?) .

Benda ini timbul kerana benda alah ini…tunggu jap nak upload.

Baru buka file.

Ok dah jumpa gambar tu dekat desktop.

Ok processing……..

3……

2…..

1….

HAAAAH!!! benda ni…

Okay bukan jam tu la pandai, benda bulat tu, okay,benda bulat tu ar, bukan doraemon, tapi tu , tu CINCIN tu ar.Haa, jadi kebanyakan orang bila tengok cincin ini ingat ini cincin tunang (haha kalau tunang mesti dah upload gambor tunang banyak2 haha) and ada juga ini cincin pengikat (bodoh giler ko mamat).Ini sebenarnya cincin , aku saja-saja pakai kira memang aku suka pakai cincin, dah jauh cincin ini berjalan, tapi ini sebenarnya pemberian dari ibuku.Actually aku minta sebenarnya.

Dulu lama-lama dahulu, sejauh umur aku boleh di bawa pergi, aku ada cincin.Tapi cincin tu dah hilang, bertahun lama aku memakai cincin tu, kemana-mana pun tak lekang die dekat jari aku.Sampailah satu ketika, aku kehilangan ia, aku rasa dekat sini lah hilang,tapi mungkin aku salah.Tapi aku suspect je lah.Masa buka puasa aku tak ingat tahun bila, biasalah duduk asrama, makan nasi bungkus jadi kalau dah makan nasi kita orang melayu ini mestilah makan dengan tangan kan?baru MASYUK dia punya feel.Jangan gelak,tapi ada orang tak reti makan pakai tangan tahu,kelakar gak tengok orang makan dengan cara yang salah…

Berbalik kepada cerita tadi, aku pun cabut cincin tu, and seperti yang anda tahu, nasi bungkus mesti ada newspaper kan?alah surat khabar pembungkus tu..jadi kalaulah tak silap aku yang mempunyai memori yang lemah ini, aku mungkin,MUNGKIN terletak cincin tu atas suratkhabar yang di sebutkan di atas tadi.JAdi apabila setelah perut kenyang terisi dengan nasi hari itu, aku pun bungkus balik sisa makanan, dan guess what?

Aku rasa , aku dengan tergeniusnya membungkus cincin itu sekali.TADA!!!Uih, aku cari balik kot dalam tong samaph tu, it felt like a part of me is dying (dah macam makwe pulak).Tapi serius cincin tu sangat berharga bagi aku, dia bukanlah emas putih tapi se silver -silver dia pun aku tetap sayang dia.Tapi nak buat yang macam mana, aku yang cuai, semua salah aku, “uhuk uhuk uhuk” aku rasa nak nangis dah (bukan uhuk, uhuk, uhuk tu kau dah nangis ker?) oh tidak, itu hanya mukadimah perasaan sedih jer.Ooooooo~~~

Jadi sebenarnya aku bukan kepunyaan sesiapa pun lagi, jadi jangan risau yer.Hari itu pun aku dah nak tergelak bile Asya msg tanya “Pa’e dah ada gf baru ker?” jawapan aku tentulah “EH,mesti ar tak ada,” hahaha.Dengar cerita,Asya pergi ujibakat mentor, tapi tak ada rezeki, lama gak dia tunggu,kesian,apa buta ker cik hakim tu, Asya tu dah la iras-iras iCarly, and she’s very talented,aku pernah tengok video die perform.Tapi maybe mase tu hakim dah ngantuk, tmabah pulak lagu Asya nyanyi best tamabh sedap ar die nak tido.Lullaby katakan.Yang aku masuk bab mentor ini apa pulak?kona saje ..

Jadi jangan ar salah anggap lagi yer…

Tapi saya tak sangkal, saya memang jatuh hati dekat sorunk ni *okay lari masuk bawah katil 2 minit.

TADAA!! dah keluar balik!!!

ok, aku dah ke laut ni…..

Apa-apa pun untuk si dia saya persembahkan satu lagi okeng?

httpv://www.youtube.com/watch?v=mIPqLvgpCPI

Mengartikan dirimu di dalam hatiku
Betapa kusesali adanya dirimu
Haruskah ku bertahan demi cinta ini                                                                            Yang tak mungkin…..

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

2 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »