Trip ke Tokyo lah kita Bhg. 8 Akihabara

Bangun pagi dengan kepala yang sakit. Angin lagi? selepas siasatan yang menyeluruh di lakukan, ini akibat tampalan gigi yang telah pecah. Kalau sesiapa yang tahu bagaimana rasanya, marilah sama- sama membayangkan denyutan yang bermain di kepala ku. Rancangan pada pagi ini; hendak ke hotel KEIO untuk membeli tiket shuttle bus ke lapangan terbang Haneda untuk keesokan harinya. Nampaknya Aunty Z lah yang kena pergi usha tiket :-( , aku nak buka mata pun tak larat. Pada mulanya, cuba juga nak bangun, tapi selepas mandi dan bersiap, denyutan dia mak aih DUK DAK DUK DAK urat kepala :beatup: .Selepas menelan ubat tahan sakit, aku terus mencuba untuk melelapkan mata. Antara sakit paling teruk dalam dunia adalah sakit gigi, setuju? semua serba tak kena.

Dalam pukul 11 pagi aku terbangun , Alhamdulillah, denyutan tadi dah hilang (atau kebas seketika, aku pun tak tahu, tapi memang sepanjang hari dah ok). Dengan mata terkebil-kebil, aku baca mesej dekat iPhone. Mereka semua tengah makan dekat Cocoon Tower.  Aku bingkas bangun, cuci muka dan terus menuju ke Cocoon Tower yang terletak tidak berapa jauh dari Kadoya (dalam 1 blok bangunan). Angin sepoi sepoi bahasa meniup kena muka aku dan kesejukan menusuk ke dalam tulang. Maybe kena gain weight sikit, atau ada sesiapa nak derma lemak dia pun boleh hehehe. Cantik design Cocoon Tower ni.

1

Sampai di Cocoon Tower, aku berjumpa dengan Asah dan terus menuju ke kedai makan. Rupanya ada kedai tendon dekat bawah cocoon tower ini. Pada mulanya, aku malas nak makan, yelah mood nak makan pun tak ada akibat sakit pagi tadi, tapi aku fikir balik, kalau tak makan nanti lapar pula, jadi paksakan diri untuk makan. Macam biasa, aku order tempura (aku bukan tak minat tempura ini, tapi makan kosong tanpa sos dan sup macam ni, ibarat makan nasi lemak tak ada sambal), tapi memandangkan kena juga makan untuk mengalas perut, jadi makan lah juga. (Berapa banyak perkataan makan yang kau nak guna dalam satu ayat daaaaa~)

2

3

Selepas makan, Aunty Z pergi survey set golf, untuk Aunty Nor aku. Mrngikutnya set golf di Jepun murah. Bila habis usha, memang agak murah juga set golf dekat sini, jadi kepada sesiapa yang nak pergi Tokyo dan minat golf, bolehlah merancang untuk membeli peralatan golf di Jepang.

Oh, tadi aku ada cerita tentang Aunty Z ke Hotel KEIO untuk membeli tiket shuttle bus ke Haneda kan? Menurut pekerja hotel, besok Tokyo kemungkinan besar akan di landa typhoon (gulp! :suspense: ), jadi di nasihatkan supaya membeli tiket pada keesokan hari kerana di khuatiri kemungkinan bas tidak akan bergerak keluar dari Tokyo ke Haneda. Ah sudah~~~ bila mother nature beraksi, macam mana kita nak predict kan? timbul juga sedikit kerisauan macam mana nak balik keesokan harinya. Kalau sampai di Haneda pun, dibuatnya kapal terbang tak boleh terbang, masak juga.

Ada pepatah mengatakan “Kalau risau, dan kerisauan itu tidak boleh menjadikan ia lebih baik, kenapa perlu risau?” sebenarnya  ini bukan pepatah tapi pepatung eh, tapi quote dari Walt Disney. Walt Disney itu siapa? mohon google. Jadi terus aku tune kan diri untuk fokus kepada agenda hari ini. Sedang aku berlegar – legar di bawah kawasan Cocoon Tower, aku tengok uncle Hatta sedang menangkap gambar isterinya, Aunty Ejan dekat tengah- tengah kawasan bangunan sebelum di tegur oleh pengawal keselamatan  yang melarang Uncle Hatta menangkap gambar , sebab apa , entahlah. Dia cakap Jepang mana lah aku nak faham.

Menurut Uncle Hatta, lebih 20 tahun dahulu, dia pernah tangkap gambar Aunty Ejan dekat sini sewaktu Aunty Ejan di hantar bekerja di Grand Hyatt Tokyo. Lama betul tu, aku pun belum wujud lagi waktu tu, yelah umur sekarang baru 19 kan? Jadi gambar yang diambil selepas 20 tahun lebih, dan di tangkap sekali lagi di tempat yang sama boleh bayangkan memori dia macam mana, sweet okey?

4
Selepas itu kami pun berpisah, Uncle Hatta and family pun flight balik ke Malaysia hari ini. Kita orang pun tengah decide nak menuju ke mana selepas ini, Aunty Z Tanya sama ada nak ke Asakusa atau tidak, tapi aku dah tak ada benda nak cari, jadi kami menuju ke Akihabara semula.

*Asakusa kalau anda berkesempatan pusing juga waktu malam, sebab malam dia pun cantik.

Yamanote Shinjuku – Akihabara

6

7
Kawasan favorite aku nak lepak, nampak tiang tu? semua tu hot spot untuk wifi, and its free dan laju. Boleh video Call lagi dekat situ hehehe

5
Hari ini memang pusing puas-puas dekat Akihabara , memang masa ini aku bersyukur sangat yang diri tak berapa ada duit, kalau tak banyak yang akan akku tinggalkan dekat sini. Tempat pertama kita orang pergi, beli Danbo since ramai yang order nak Danbo yang comel, aku ada beli juga seekor lagi yang berwarna putih. Aunty Z dengan misinya mencari permainan Ameer. Barang Ameer ini sebenarnya susah nak cari sebab limited edition, memang barang panas lah orang cakap. Hari ini tak tahulah berapa banyak bangunan yang aku dan aunty Z terokai, keluar masuk, tiap tiap tingkat pergi.

19

15a
Aunty Z nak tengok saiz sesuai tak dengan Ameer, jadi aku tetiba di minta untuk menjadi Ninja untuk beberapa minit.

16
Aku pernah tengok orang iklankan ini di twitter, tak sangka boleh jumpa pula. Tengok je , tak beli, kalau nak beli nak bagi siapa? awak?

Sempat juga kita orang masuk kedai sourvenir dekat Akihabara, beli last minute punya barang. Jumpa pekerja Nepal dekat sini, bukan main dia bercerita pernah datang bekerja di Malaysia, dan dia pun prefer Malaysia, tengok Malaysia truly Asia orang khabar. Di sanjung dan di puja oleh orang luar.
Macam – macam kedai aku keluar masuk, dari action figures, games (Nasib baiklah tak pandai baca jepun kalau tak memang dah aku rembat PSP,NDS, PS4 punya game dekat ini, sangat murah. Teringat dulu masa beli PS1 back in 1995, aku tibai beli game kamen rider (SRPG) yang dalam bahasa jepun, main sampai habis. Hello, SRPG ok, bukan fighting, pergilah google apa benda SRPG tu). Dekat sini walaupun nak kata banyak permainan, tapi tak semua sesuai untuk kanak- kanak, sebab dekat sini ada juga jual Hentai dan buku orang dewasa. Ada satu bangunan ini tiap tiap tingkat ada jual buku yang di kategorikan mengikut kesesuaian umur dan peringkat (aku baca panduan je, tak masuk pun ).

8

10

9

13
Setiap tingkat pun penuh dengan pelbagai jenis kedai

14

15
Di tepi-tepi jalan , ramai orang pakai cosplay. Ada satu yang aku tak tahan nak gelak, ada pakcik tua ni , umur aku rasa 40 ke atas, pakai baju high school girl, (aku tak ambil gambar pun, rosak kamera aku nanti HAHAHA). Sebelah dia ada minah salleh yang pakai baju yang sama tengah posing, comel sungguh.

11

23

12
Last tempat aku stop, gundam café. Itu pun sebab aku nak beli mug gundam, tak ada rezeki nak ke Odaiba jumpa Gundam besar tu. Kalau ikutkan hati, nak juga cuba café ni, tapi risau pula benda yang dia orang masak dekat sini kan.

18
Kalau korang pernah makan sticky, candy ni macam sticky tulah cuma ada muka – muka robot gundam dalam tu. Aku tak makan, bagi kepada non muslim friend back in Malaysia.

17

15b
Lelaki berpakaian High School Girl. Maybe in their culture benda ni biasa kot.

Dari Akihabara kita orang pusing ke Ropponggi, nak singgah di HRC. Kemudian kita orang menuju ke Harajuku nak beli baju untuk Betty, nanti merajuk pula Betty tak dapat barang dari Tokyo, mana boleh kan?

19a
Aku jumpa recycle bin yang sangat cool ni.

20
Strawberry Crepe di Harajuku

Kemudian kita orang pun pulang ke Kadoya~

22
Makan lewat malam

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

10 Responses

  1. Salam. Orang kuantan ek. nice sekampung la kita. tgh blogwalking cari info pasal pegi jepun cz im going end of this year. and bump to your blog. 6 days enough ke to cover tokyo? kitorang tgh buat schedule and nak pk nak jalan dalam tokyo je ke or nak keluar2. sempat ke ek keluar2? tgh cari jugak hotel/homestay mampu milik. sbb nya pegi bawak baby so mcm kesian baby kalo nak stay capsule. the hotel u stayed check dalam booking dah fully book on the dates im going :(.

    1. salam kembali. Hello orang kampung! ok first sekali 6 days tu kalau nak di kira memang tak cukup untuk round tokyo, atleast kena 14 hari baru puas (berdasarkan pembacaan dan juga pengalaman). Dia bergantung kepada mean of transportation, kalau kita dah turun naik train, berjalan, and berjalan lagi,memang banyak masa di habiskan dengan berjalan (teksi sangat mahal), dan bergantung juga dengan berapa lama kita spend dekat sesuatu tempat itu. Kalau dah set masa sini 2 jam, sana 2 jam, takut tak dapat menikmati tokyo dengan seelok-eloknya. Tokyo ini sangat luas, dan kalau kita google , kebanyakan blog akan tunjuk tempat-tempat main stream (tourist selalu pergi) salah satu tempat yang orang jarang pergi macam shimo kitazawa dalam entri saya sebelum ini. Oh ada bawa sekecil ya? hmm, nampaknya kena cari homestay or guesthouse. try cari area shino okubo, dekat sini ada kedai makanan halal berdekatan dengan Korean town.And make sure, tak semua kedai kebab itu halal. Ada yang ayam sahaja halal, dan daging lembunya tidak halal dalam kedai yang sama.

  2. Love your blog. entertaining dan penuh info! Nak tengok price of food. Gambateh!
    choypengism.blogspot.com

    1. thanks! harga untuk setiap hidangan is between 20 – 50 ringgit. ada yang lebih mahal. halal food selalunya lebih mahal

    1. dua tahun sekali tukar hehehe, rosak lense kamera nanti kalau tangkap gambar pakcik tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »