11/10/2014
Jom sambung.
Hari ini ada satu misi, misi untuk melihat gunung yang tersembunyi. Gunung mana lagi kalau bukan gunung Fuji. Kata orang, gunung Fuji ini bukan semua orang ada rezeki nak tengok. Kalau anda bernasib baik, boleh lah tengok tanpa sebarang kesukaran, kalau tidak, padan tengok kabus sahaja. Harap – harap kita jadilah orang yang bernasib baik tu kan.
Semalam sebelum pergi berjumpa dengan family Uncle Hatta, kami dah siap beli pas untuk hari ini di stesen Shinjuku. Waktu bertolak adalah pada pukul 8.30 pagi dan waktu balik pukul 7.20 malam. Boleh baca entri ini untuk mendapat sedikit maklumat tentang lokasi dan harga pas Hakone.
Keistimewaan pas ini, dekat area Hakone, semua serba serbi free ( makan dengan shopping tidaklah free, koyak dia orang especially kalau makanan free), hanya perlu tunjuk pass, semua pengangkutan seperti train, cable car, bus, bot boleh naik dengan percuma. Jadi tak perlu serabut nak beratur membeli tiket, yang anda perlu hanya perlu beratur untuk menggunakan pengangkutan yang di sediakan.
Aku dah cerita yang aku ambil Romancecar bukan? kelebihan kalau kita ambil Romancecar ini instead of dia berhenti di Odawara, di mana kita kena tukar naik train Hakone Tozan Line ke stesen Hakone – Yumoto, dia direct terus ke Hakone- Yumoto. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 115 minit, jadi 85 minit sahaja.
Perjalanan kami smooth dan steady, yelah tak perlu nak bersesak – sesak sebab seat dah di book. Aku paling suka melihat pemandangan di sekitar luar bandar Tokyo yang bagi aku sangat cantik. Kawasan perkampungan mereka tersusun rapi , dah macam model kawasan perumahan pun ada. Kalau waktu tengah peak autumn aku rasa lagi lawa, apatah lagi kalau musim bunga , mesti sepanjang perjalanan di hiasi dengan Cherry Blossom. Takpe, insyaAllah ada rezeki aku akan jejak lagi ke sini untuk Projek Memburu Sakura. Kalau ada sesiapa yang berminat nak roger roger ok?pastikan anda menghafal dance step untuk Para- Para Sakura.
*seperti yang anda semua lihat, saya tersalah tempat duduk, sepatutnya kena duduk sebelah tingkap baru boleh lihat pemandangan. Tapi memandangkan keretapi agak laju, pemandangan yang saya gambarkan cuma boleh dilihat melalui lensa kurniaanNya sahaja. Oh, ada nampak orang memancing ikan sambil berdiri di dalam sungai hehehe.
Setibanya kami di Hakone Yumoto, terus kami bergegas menuju ke Hakone Tozan Train (40 minit perjalanan) ke stesen Gora, untuk naik Hakone Tozan Cable Car (10 minit perjalanan) ke Sounzan pula. Di sepanjang perjalanan Hakone Tozan Train sehinggalah ke Hakone Cable Car, terdapat banyak POI, Point Of Interest yang kita boleh lawati. Pada permulaan, aku pun tak perasaan yang sistem mereka macam ini, jadi terlepaslah beberapa POI T_T salah satunya Hakone Open Air Museum. Kami hanya berhenti semasa dalam Cable Car sahaja di Hakone Gora Park. Pada permulaan risau juga, sebab tak biasa dengan sistem, jadi aku takut juga nanti dibuatnya terlepas keretapi balik, naya. Jadi aku sarankan bertolak seawal yang mungkin dan plan di mana POI yang anda hendak berhenti. Dekat sini juga ada Gotembe Outlet yang Pa ceritakan pada aku sewaktu dia pergi ke Tokyo May yang lepas. Nak pergi terjah tengok, macam dah divert dari perjalanan asal jadi aku pun terpaksalah lupakan hajat di hati.
*Dalam Pamplet yang di bekalkan ada menunjukkan panduan perjalanan, tempat bas, bas mana nak ambil , waktu bas, waktu train, waktu cable car jadi tak perlu risau kalau tersesat jalan, melainkan kalau kebolehan anda membaca map FAIL hehehe.
Hakone Gora Park
Secara asasnya ia adalah sebuah taman bunga, jadi kalau nak pusing menikmati bunga- bungaan boleh lah singgah dekat sini. Ada juga kedai kraf tangan dan cenderamata. Oh, di sepanjang perjalanan menuju ke pintu masuk taman, aku macam excited sebab longkang-longkang kecil dia mengeluarkan asap. Dekat area sini banyak juga kolam air panas untuk mereka yang gemar memanjakan diri.
Selepas berlegar-legar seketika, kami kembali ke stesen Cable Car tadi, (tak lama pun tunggu cable car sampai, so don’t worry about it) ke poin seterusnya iaitu Sounzan, di mana kami bertukar pula naik Hakone Ropeway. Sekali lagi aku duduk cuba untuk menggambarkan keindahan kawasan ini kalau musim sakura atau peak autumn , the view must be amazing and breathtaking.
Hakone Ropeway ini ada dua bahagian, satu naik dan satu turun. Kita akan bertukar Ropeway di Owakudani. Semasa aku beratur nak bertukar tu, nampak macam ramai orang berhenti keluar dari stesen Ropeway ini, aku pun baca sambil lalu yang tempat ini ada juga kawasan yang menarik dan terkenal dengan Telur Hitam (Black Egg). Jadi jangan pula terus tukar Ropeway, ada sesetengah orang tu aku tengok siap potong barisan nak bertukar Ropeway, kita jangan buat macam tu, rugi dan kelakuan tidak bermoral ya. Kita lepak dulu dekat Owakudani ini.
Kawasan dekat sini cantik dan sejuk. Aunty Z sempat membeli buah berangan, harga jauh lebih mahal daripada yang kita beli di Genting Sempah. Tadi aku ada sebut tentang black egg kan? Black Egg atau telur hitam ini sebenar telur rebus, dia jadi hitam sebab di rebus dalam geyser gunung berapi. Selain daripada telur, terdapat juga ice cream black egg, tapi aku tak berani nak cuba. Aku beli juga telur hitam tu, tak silap 3 ringgit sebiji, kena beli 5 biji jadi RM15. Bapak mahal kan? kalau dekat Malaysia boleh dapat 12 biji RM3.50 hahahahaha. Makanlah telur hitam ini,SEDAP, ada juga di berikan garam sebagai perasa. Terbaik pula makan telur dengan garam, hmmmmm tapi mungkin sebab aku tengah lapar, jadi tengah lapar semua benda makan sedap, makan angin pun sedap. Tambahan pula , makan telur panas dalam cuaca yang sejuk, memang selesa.
Sempat aku berpusing mencari souvenir, aku belikan untuk Putera Sang Asura memandangkan dia dah kirim Fridge Magnet, bayangkan untuk aku sendiri pun aku tak beli hehehe. Di samping fridge magnet, ada macam – macam produk yang berasaskan black egg ini, patunglah, FM la, ada kuih, ada gula-gula dan macam – macam lagi.
Next, kami menuju ke stesen ropeway semula. Ropeway kali ini turun pula menuju ke Tognedai-KO , tempat kita bakal menaiki kapal lanun yang macam Pirates of The Caribean. Sewaktu perjalanan turun, di sini merupakan salah satu titik utama untuk melihat Mt. Fuji, tapi memang betul kata orang , nasib aku tak baik, aku hanya nampak abang kabus, kecewa sikit, tapi tak mengapa, mungkin dekat point lain ada rezeki nak tengok.
Sampai sahaja di Togendai ko, kami berjalan dari stesen ropeway ke jeti, beratur untuk naik kapal. Perkara yang paling penting kena tahu, kena cepat naik kapal supaya dapat tempat di atas dek, baru boleh menikmati permandangan. Tak berapa lama kapal pun sampai, aku rasa setiap 30-40 minit kot sebuah kapal akan tiba, jadi tak ada lama masa menunggu tu, kalau timing cun, memang terbaik, aku hanya tunggu dalam 15 minit kapal pun sampai.
Naiklah aku ke kapal yang besar gedabak tu, menyusuri lake Ashi. Pemandangan di sepanjang lake memang sangat cantik dan lawa. Aku tak tahu kenapa, tapi suhu masa ini macam sejuk gila, bila angin lalu , muka terus macam nak beku. Dari ramai- ramai duduk berdiri diatas kapal, makin ramai yang surrender masuk ke dalam perut, aku je yang gigih berdiri di atas dek (aunty Z duduk dalam kapal, dalam kapal sahaja ada kerusi , atas dek kena berdiri). Sewaktu menyusuri lake Ashi, ada satu lagi point untuk melihat gunung Fuji, tapi kecewa kali kedua, abang kabus, jadi sedih kuasa 2 terasa di situ.
Selang 30 minit perjalanan, sampailah kami ke Hakone Mach – KO, kapal pun berlabuh dan kami pun beratur untuk keluar. Dekat sini kami pusing – pusing dahulu dekat jeti Motohakone-ko dengan harapan titik terakhir nak melihat Mt. Fuji, tak nampak juga. Mt. Fuji kenapalah engkau malu sangat wei, tak puas betul hati aku. Aku berhenti sebentar untuk menikmati nasi goreng kampung (aku ada bawa, awal-awal dah masak di hotel sebagai bekalan) di tepi tasik yang indah.
Dah puas mengenyangkan perut, kita orang ronda- ronda dekat area sini. Aku pun masuklah ke sebuah kedai yang menjual trick box. Trick box atau secret box ini, dia tak ada kunci. Jadi kalau nak buka kotak-kotak ini, ia memerlukan beberapa sentuhan baru boleh buka. Ada kotak muat simpan cincin, duit dan sebagainya. Dari luar kotak – kotak ini nampak macam kotak biasa, tapi dekat dalam ada isi. Jadi please don’t judge box by its cover KAH KAH KAH.Tokey dia sedang membuat demo di hadapan sekumpulan mat salleh, jadi aku pun join group dia orang tengok sekali. Kalau nak tengok video puzzle box tu macam mana boleh usha sini.
Memang sangat – sangat mengagumkan okay. Ada satu kotak tu memerlukan 125 gerakan untuk membukanya. Kedai ini juga ada menjual lukisan yang di perbuat daripada kayu setebal 1 mm ke 1 cm aku tak berapa pasti, memang kreatif. Ada salah seorang dari mat salleh ni tanya, dia ada ajar tak ilmu ni dekat sesiapa, kata beliau (ada seorang berbahasa Inggeris yang merangkap translator tolong jadi medium pengantara), ilmu ini turun temurun dari datuk kepada ayah dia, tapi anak dia tak minat nak sambung belajar bidang ini. So its like a dying art with no successor, sayangnya =(.
Aku sempat membeli sebuah kotak puzzle, (Di baca sempat membeli tapi sebenarnya dah berapa kali teragak-agak nak beli atau tak memandangkan harganya yang GULP) ikutkan hati nak beli banyak jenis, tapi itulah harga dia boleh tahan mahal juga HAHAHA. Benda – benda lain yang dia turut jual kotak mancis, kotak tisu, tapi semuanya sangat unik. Ada sebuah bilik yang di sediakan di mana kita boleh cuba try test sendiri bagaimana hendak membuka kotak – kotak puzzle ni. Aunty Z boleh tahan hebatnya, ada dua tiga kotak dia boleh buka. Aku boleh buka satu saja, pekerja tu senyum je bila aku terkial-kial, dan bila kau surrender, dia pun buka, sumpah bila tengok cara dia buka, dan betapa mudah dan simple je, terasa kekurangan sel – sel cerdik di dalam otak di situ HAHAHA. Pekerja tersebut akan bagi kita kotak- kotak yang mudah terlebih dahulu dan bagitahu kita berapa langkah di perlukan untuk membuka kotak tersebut.
Lama juga kami lepak di kedai ini, yelah sangat tengah teruja okey. Hasil pantauan, harga barangan dalam kedai ini mencecah ratusan dan ribuan ringgit, tapi yelah, product ini memang boleh dapat di Hakone sahaja. Belakang kedai ini ada sebuah shrine yang kena bayar untuk masuk (kalau ada pass macam aku boleh dapat diskaun, tapi malas nak masuk).
Memandangkan hari sudah semakin gelap kami decide untuk bergerak pulang. Di sini aku berhadapan dengan masalah sedikit. Bukan main lama kami tunggu bas yang kami patut naik, tak sampai – sampai. Bayangkan bas tak sampai, tunggu dekat stesen bas menggeletar kesejukan. Jadi bila ada bas Tozan yang lain lalu, aku tibai je naik, itupun aku dah tanya dahulu driver dia pergi tak ke Hakone Yumoto.
Kebanyakan bas di area sini ada route dia masing- masing contoh ada yang ke Odawara, jadi ia takkan berhenti dekat Hakone Yumoto, ada juga yang direct ke Hakone Yumoto (Yang nilah yang tak nampak, sebelum pergi pusing ke kedai tadi, aku dah nampak bas Hakone Yumoto lalu, jadi bila tunggu bas yang tu yang tak muncul- muncul), so aku naik yang warna oren, which malangnya, dia akan stop banyak tempat dan melalui kawasan bandar. Nak dijadikan cerita traffic jem pula, dah lah jalan dekat sini kecil muat untuk 2 kenderaan berlainan arah. Tambah seksa lagi, aku nak bagitahu yang dekat Jepun ni, bas takkan di kira penuh, kalau korang tak berhimpit macam sardin. Rupanya perkara yang sama juga dengan subway train diaorang. Di stesen subway, ada pekerja yang tugasnya dia menjadi pusher untuk tolak/mampatkan orang ke dalam train.
Bayangkan, dah lah tengah berdiri, dalam bas yang macam sardin, di tambahkan dengan kesesakan lalu lintas dan lebih 20 bus stop dia berhenti, plus masa itu aku sangsi betul tengok stesen – stesen yang dia stop tak ikut route (dia menghala ke bandar, ke bukit,ke hotel ) yang menuju ke Hakone Yumoto. Kalau bas yang direct ke Hakone Yumoto berwarna pink. Oh ye yang paling aku risau, TERLEPAS Romancecar pukul 7.22 petang.
So moral of the story, NAIK BAS YANG BETUL!!!!
Bas oren yang aku naik itu tak salah, cuma route dia berbeza je. Takpe pengalaman dan boleh rasa kesabaran teruji. Bayangkan estimation time dari Motohakone –Ko ke Hakone Yumoto hanya 40 minit. Kami ambil masa 2 jam, 2 jam berdiri jadi sardin KAH KAH KAH.Sampai sahaja di stesen terus berlari menuju ke train, padahal train punya batang hidung pun belum nampak, Alhamdulillah, sampai elok – elok pukul 7. 05 minit. Kalau terlepas, memang kena naik Tozan train pergi Odawara untuk naik Odakyu line lah. Tak tahulah pula keadaan macam mana di dalam tu. 85 minit kemudian kami tiba di Shinjuku.
Sampai di Shinjuku, kami singgah di Shin Okubo nak beli nasi kebab dan satay kebab. Aku sempat singgah di Starbucks beli tumblr untuk yang mengirim, kemudian pulang ke Kadoya. Good night!!
7 Responses
dulu kami tak mampu nk beli tiket romance car tu merasalah naik turun train..time balik nak tren gerak cam siput pastu berhenti berkali2 tukar arah..kawan pulak nak kertucil time tu mmg muka berpeluh2 menahan kencing ahaha..kenangan
View time sakura mmg ohsem…so u must repeat but me? JM nk repeat on Autumn :-)
Mount Fuji?..puas cari x jumpa rupanya x de rezeki lah tu…betul lah cakap org..ia mmg ikut nasib maybe perlu terjah lagi spring time coz time JM pegi dulu mmg jelas kelihatan
bergegar jiwa tgk gambar2 tu … telur hitam tu dah mcm buah plum pulak . klu dah berderet org nak membeli aiaskrim hitam , mesti sedap tu . mungkin x de rasa hanyir telur kot … comelnya rumah2 jepun … cian dia jadi sardin . lain kali naik bas yg betul ye . tu yg jadi monyok jer kat last photo tu …
Telur hitam itu sangat enak, tapi mungkin sebab lapar dan sejuk semua pun jadi sedap. Sardin serius sardin, tak apa, peluang untuk menjadi kurus.
MasyaAllah , bestnya . Pengalaman yang manis . Saya ni belum tentu dapat gi sana . Paling jauh pun melaka . Haha ,. :)
tak mengapa Alia, insyaAllah kalau ada rezeki, nnti boleh sampai =)
sedeynye sampai ke sudah tak nampak gunung
tiada rezeki saya hmmmm