Trip ke Seoul, South Korea – Oktober 2013 part 6 (Namdaemun Market , Deoksugung Palace , King Sejong Memorial Hall)

29hb 10 2013 adalah hari keempat aku berada di bumi Seoul. Mengikut plan asal, sepatutnya hari ini kami ke DMZ tour, tapi memandangkan plan asal kami adalah untuk berpindah hotel akibat risau tertinggal flight,  jadi rancangan ini terpaksa di batalkan. Lepas dah siap berkemas, barulah kami perasan yang pihak hotel ada meninggalkan surat meminta maaf, kami tak jadi berpindah ke Sheraton di Incheon, tapi kami boleh terus tinggal untuk satu hari lagi dengan percuma, PERCUMA uoolls. Rezeki betul, nantilah nak tulis sikit review pasal Sheraton D Cube City , Seoul ni,layanan yang tip – top.

Selepas mengeluarkan balik semua barang-barang, kami terus bergerak menuju ke stesen Hoehyeon untuk ke Namdaemun Market. Kalau korang baca entri aku yang sebelum ini, hajat untuk membeli brooch tidak kesampaian. Jadi kali ini, aku pergi semata-mata nak membeli brooch. Exit yang paling dekat adalah Exit 5 dan kami terus bergerak menuju ke bangunan E lendang.

170

Masuk ke dalam tingkat 2, mata aku terus berpinar tengok begitu banyak barang perhiasan yang mampu membuat gadis – gadis dan ibu – ibu dan kakak – kakak melonjak kegembiraan. Aku terus menuju ke kedai no 209 yang di war-warkan di dalam blog – blog traveller. Memang harga dia agak murah berbanding di Malaysia. Aku datang sini pun beli untuk ibunda, bukan untuk aku sendiri takkan aku pula pakai brooch kan?

165

166

167

168

169Kedai 209, ahjumma yang pakai apron pink itulah tokeynya

Tengah aku duduk nak tunggu Ahjumma tu bungkus, datang seorang lagi dekat aku, lepas dia cakap sikit2 dengan Ahjumma yang tengah bungkus tu, dia tarik tangan aku pergi kedai dia, tak jauh pun belakang aku selang 2 meja, dan tunjuk aku gelang-gelang dia, aku pun cakaplah “No, thank you, never mind’ lalu berlalu pergi. Dia lalu belakang aku, lepas tu dia cakap ” No money?” Aku pun cakaplah, ” My money finished already, these are for my mom” Dia senyum je.

Lepas dah siap bungkus – bungkus tu, Ahjumma tu offer aku ” orenji? apol?” aku mula mula blur, rupanya aku teringat dari blog aku baca dia suka bagi air untuk customer dia, aku pun cakap ” ani , Kamsahanida” . Dia pun senyum je.

Oh, tetiba je aku sebut ahjumma, ahjumma, kan? ahjumma tu maksud dia  ‘Aunt’, ani tu maksud dia ‘No’, Kamsahanida tu maksud dia “terima kasih”. Aku bukanlah pandai cakap korea, jadi mungkin ada penggunaan tu silap tempat, tapi aku tibai je hahahaha.

Lepas habis di kawasan brooch ni, dalam perjalanan nak turun dari E lendang, kita orang termasuk tempat jual kraf tangan, cenderamata, apa lagi beli lah dua tiga (tipoo sangat dua tiga kan?) untuk di bawa balik. Ahjumma dekat kedai ni pun okey, siap bagi diskaun lagi, tambahan pula dia ajar sikit bahasa korea hahaha. Dia ada suruh aku beli pen something, lepas tu aku cakap, nanti aku datang balik kedai dia, don’t worry. Dia senyum, lepas tu dia cakap “OK, OK’.

Keluar dari bangunan E lendang, ingat nak terus gerak ke stesen Myeongdong untuk ke ke istana, sambil-sambil tu aku usha lah baju-baju yang di jual. kalau korang nak beli baju I love Korea yang murah, korang kena tunggu petang sikit, kedai-kedai dekat bangunan ini ada jual juga tapi harga dia macam 6000 won – 10000 won. Kalau petang sikit, ada pekedai yang buka kedai dia dekat tengah jalan, kedai-kedai ini lagi murah.

Kita orang jalan mencari stesen, tapi tak berjumpa – jumpa, sampai suatu kawasan aku sempatlah bergambar, sebab rasanya kawasan dia agak cantik.

171

173

174

175

Daripada sini, kita orang naik teksi terus ke Changdeokgung, fare lebih kurang 5000 Won. Tapi sebelum sempat sampai, kami ternampak changing of guards ceremony dekat Deoksugung Palace. JAdi kami suruh orang teksi tu stop je dekat Deoksugung Palace (Stesen City Hall, betul betul sebelah dia).

176

177

178

179

180

Tiket admission cuma 1000 won seorang, kalau nak di bandingkan istana lain 3000 won. Mari usha apa ada dekat dalam ni.

181

182

183

184

185

186

187

Seterusnya kami ke King Sejong Memorial Hall, tapi aku tak ambil banyak sangat gambar dekat ini sebab tekun membaca sejarah King Sejong The Great ini. Kalau nak pergi stesen paling dekat korang nak turun adalah Gwanghwamun. Sebenarnya tempat-tempat di sekitar ini adalah walking distance jadi tak perlu nak naik train bagai lainlah kalau korang cepat pancit kalau jalan jauh kan? Dekat bawah adalah antara gambar – gambar yang aku sempat tangkap sekitar bandar Seoul.

188

189

190

191

192

193

194

195Suzy ada di merata- rata tempat :inlove:

Jadi keesokkan harinya, pagi- pagi dah bersiap nak meninggalkan Seoul, flight bergerak pukul 11 pagi. Sedih betul rasa hati ini sebab macam tak puas je dekat Seoul, rasa macam nak datang balik je (ingat dekat belakang rumah ke nak datang balik?)

196

197

198

Jadi another 6 jam 20 minit untuk sampai ke Malaysia yang tercinta. Lama juga nak sampai, jadi sepanjang perjalanan aktiviti adalah makan tidur, makan tidur.

199

200

201

202

203

204

205

Mata sudah letih dan mengantuk, jadi sampai sini sahajalah kisah di Seoul untuk kali ini, kalau ada rezeki aku nak datang balik. Mungkin untuk birthday aku yang akan datang? hehehe. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi , goodnite!

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

5 Responses

  1. Salam..nak tanye..bole tau mane nak carik baju i love korea yang murah?
    de bace entry sblom ni 10000 won utk 3 helai kan..tu dekat mane ek?

    1. Hello zira, boleh beli dekat namdaemun market. Tunggu petang sikit bila kedai yang tgh jalan buka, yang kedai tepi tepi bangunan mahal sikit, selalunya 5000 won satu. *kedai trngah jalan tu, bila petng sikit orang akan buka booth/macam hawker then akan buka kedai elalunua ada around 3 petang onwards

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »