Minggu lepas adalah hari jadi sahabat aku si Izzat Akram.Jadi kebetulan pula,si Izzat balik ke kuantan, jadi boleh lah aku bertemu dengannya.Nak dijadikan cerita,si izzat duk mintak hadiah hari jadi dengan aku, kononnya nak cover iPad 2,since duit aku banyak dan aku kedekut nak belikan, aku tak beli lah cover tu untuk dia , bwahahaha :-D.
Jadi untuk menyenangkan cerita, aku ajak tengok Real Steel.Apa itu Real Steel?lame pulak kalau anda tak tengok lagi cerita ni yang dibintangi oleh Hugh Jackman bersama Atom.Atom tu siapa?nak tahu kenalah menonton cerita ini dahulu.
Jadi berbalik kepada si Izzat tadi, aku suruh dia beli tiket dulu, since aku terpaksa menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.Cerita baru dan hot, nanti tak beli awal takut habis pula.jadi si Izzat ni pun beli lah tiket dulu.Malam tu aku duduk lepak di Coffee Street sambil menunggu detik 12.45malam untuk menonton wayang.Aku tak prefer sangat Coffee Street ni, baru minum air teh o ais dengan milo dah kena rm7.Apasal mahal sangat aku pun tak pasti.
Jadi duk borak-borak dengan si Izzat, (seronok bukan main dia dapat cover iPad baru,ibunda nya suruh beli sebab tengok yang lama dah carik-carik, the famous word untunglah~) boleh lah lepas ni aku hempas iPAd aku kasi jahanam, boleh dapat iPad baru, hahaha kidding~.
Dalam masa tengah bercakap tu, aku tanya dia mana tiket.Dia kata tak ada, tiket dalam iPad.Rupanya dia beli pakai iPad daaa.Jadi aku macam bingung juga, macam mana nak masuk wayang nanti, nak tunjuk ikut iPad ke?aku pun menuggu saat dan ketika untuk masuk sambil perkara ini bermain-main di fikiran ku <—– ingat tulis novel ek bang?
Bila sampai dekat depan kaunter,tiba-tiba internet takde, boleh pulak tak ada kan, jadi macam gelabah ayam juga selama 15 saat tepat.Last-last si izzat tunjuk je yang dia dah snapshot.Aku tanya, boleh ke?/dia kata tak tahu pasal first time buat, so kita orang pun terus menghulurkan iPad dekat steward dekat situ.
Pada mulanya,scanner tu tak boleh scan, jadi selepas gagal untuk 3 kali berturut-turut, steward tu cakap “bang , boleh besar sikit tak?” Si Izzat pun besarkan lah gambar tersebut, *TET* scanner berbunyi menandakan, pengesahan telah berjaya di lakukan, Hoyeah!! Hoyeah!! boleh masuk.
Dalam masa kejadian dan peristiwa first time itu berlaku, aku nampak beberapa orang pelanggan yang lain, terkebil-kebil , mungkin merasa kagum dengan keajaiban teknologi terkini.Sebenarnya, Hanif pernah bagi tahu dulu, tapi aku tak pernah pula terai, jadi tak tahu, kini dah tahu, jadi tak perlulah nak bazir kertas untuk cetak tiket, save the environment people!!
Kesimpulannya banyak benda yang boleh di lakukan kalau kita manfaatkan dengan teknologi, bukan sekadar bersosial (Yelah, asyik on twitter dengan facebook je kan, kamu la tu, kamu, yang tengah sengih tu, yang kata sengal ,lepas bacaaku tulis kau tengah sengih tu, kamu la tu) jadi manfaatkan lah dengan sebaik-baiknya.Tapi kalau Siri ada kan lebih indah, boleh suruh Siri, tolong belikan aja.
Aku:Siri, tolong beli tiket wayang.
Siri:Cerita apa?pukul berapa?berapa orang?
Aku:Cerita Eat,Pray,Love, pukul 12 malam.
Siri :berapa orang?
Aku:eh?Dua tiket lah , aku dengan kau
Siri:????? saya?
Aku:yelah, ke kau ada curfew pukul 11 malam?
Siri:oh, saya tak kisah, mak saya bagi je.
Aku:Okey dua tiket yerp
Haaa,macam tulah lebih kurang kalau Siri dah ada nanti.Nasib baik Siri takde curfew :-P .
P.S:Aku terfikir,kalau aku pakai ipod nano, macam mana nak besarkan barcode tu?hahahaha