iPhone 5 di lancarkan hari ini

Kepada peminat – peminat iPhone khususnya, mesti tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan atau lebih tepat lagi membaca pembentangan Apple untuk iPhone terbaru keluaran ‘iPhone 5″.

Seperti yang di jangkakan spesifikasi untuk iPhone 5 jauh lebih canggih dari iPhone -iPhone sebelumnya.Cip A6 yang diperkenalkan adalah dua kali ganda lebih laju dari cip A5.Sesiapa yang mempunyai 4 atau 4s mesti dapat bayangkan betapa hebatnya prestasi cip A6 ini.Yang paling ketara sekali adalah saiz iPhone 5 lebih besar iaitu 4 inci.Walau bagaimanapun,lebarnya tidak berubah, jadi ia masih lagi sesuai untuk digunakan walaupun dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

Saya tidak mahu bercerita panjang tentang spesifikasi, apa yang saya ingin saya ceritakan di sini, adakah perlu untuk anda membeli iPhone 5 ini.Dari segi harganya, Apple telah menetapkan harga iPhone 5 sama dengan iPhone 4s sewaktu ia keluar dahulu.Dalam anggaran saya , lebih kurang rm2199 untuk 16 gig.

Kepada mereka yang masih belum memilikinya, saya sarankan ini mungkin satu pelaburan baru untuk anda, dan dari pengalaman saya, anda tidak akan menyesal untuk memiliki produk dari Apple ini.Kepada mereka yang baru membeli 4s, anda janganlah pula merasa rugi.Memang benar spesifikasi iphone 5, jauh mengatasi iPhone 4s atau 4, tapi jangan bimbang, pada 19 September nanti, iOs 6 boleh dimuat turun dari iTunes dan dari sinilah pengalaman baru yang boleh anda rasai.

Passbook dan 3D Maps adalah antara feature terbaru dalam iOs 6.

Photo: 3D maps for iphone 5, ios 6

 Menarik bukan?Sekiranya anda tidak mampu untuk memiliki iPhone 5, anda boleh mendapatkan iPhone 4s dengan harga yang lebih murah.Kebanyakan pemilik iPhone 4s pasti sedang berpusu-pusu ingin menjual 4s kesayangan mereka.Dan dengan iOs6 yang bakal keluar 19 september ini, anda tidak akan ketinggalan untuk menikmati pengalaman hebat bersama iPhone.

Di bawah adalah gambar sekitar acara Apple yang berlangsung pagi tadi, antaranya iPod nano baru yang datang dalam 7 warna yang berbeza.

Tips:Jika anda mampu, dapatkan kapasiti yang paling besar, sekurang-kurangnya 32gig, lebih besar, lebih bagus.
*Image:sumber dari google (takkan saya pergi situ tangkap pula hahaha)

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

One Response

  1. No Swap!!!nNo COD!!!nniPhone 5 (Wholesales).n64GB-$500USDn32GB-$470USDn16GB-$450USDnnAPPLE IPHONE 4S/ 5 nAPPLE IPAD MINI 3/4nNOKIA LUMIA 900 SERIESnSAMSUNG GALAXY S4/ S3/ NOTE nBLACKBERRY Z10 / BB Q10nBLACKBERRY PORSCHE 9981 GOLD DESIGN nBLACKBERRY PORSCHE P9981 VIP PIN (2A222222.2AA66666.2A999999)nnFor inquiry Order Contact: n24hrs Service: BBM PIN:2366A9CD nEmail:[email protected] nEmail:[email protected] nSKYPE: order.info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »