Instagrille, Instagram untuk Windows

Beberapa hari lepas, aplikasi sosial Instagram , yang eksklusif  untuk iOs telah melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan Instagram kepada pengguna Android.Terima kasih kepada semua Androidian yang sudi follow saya di Instagram.Nampaknya komuniti  Instagram akan bertambah menjadi semakin besar selepas ini.

Baru sahaja semalam, Mark Zuckerberg iaitu founder kepada Facebook, telah membeli aplikasi Instagram  dengan harga $1 billion dollars.Mak aih, memang kaya betulkan si Mark ni, sebab Instagram adalah sebuah aplikasi percuma yang boleh didapati di Appstore,okey it’s a joke.

Khabarnya Mark tidak akan menukar segala fungsi Instagram untuk di integratekan segalanya  kepada facebook.Secara peribadi saya lebih gemar dengan interface Instagram sekarang, jangan pula akan datang akan ada fungsi seperti ‘poke’ dalam Instagram pula,hurmmm.

Jadi bagaimana untuk anda yang tidak mempunyai  peranti iOs atau Android  yang ingin turut serta dengan komuniti ini?jawapannya Instagrille.

Instagrille yang baru sahaja di perkenalkan, menawarkan perkhidmatan Instagram untuk komputer Windows anda,saya ulangi, Windows.Aplikasi ini adalah percuma dan menawarkan kemudahan-kemudahan yang boleh di dapati di Instagram, kecuali untuk MEMUAT NAIK GAMBAR.

Kelakarkan?apa yang anda boleh buat sekiranya anda tidak boleh memuat naik gambar? Anda boleh menggunakan platform ini untuk melihat gambar-gambar di dalam servis ini, membuat pilihan untuk follow dan unfollow pengguna lain, tinggalkan komen dan mendapat LIKE untuk gambar-gambar yang berada di dalam Instagram.

radinfadli instagram

Untuk pengguna Mac, sekiranya saya tidak tersilap, ada satu aplikasi yang di panggil Carousel yang membolehkan anda untuk menggunakan Instagram melalui Mac anda.Aplikasi ini jika di bandingkan dengan versi Instagrille untuk Windows, membenarkan anda untuk memuat naik gambar terus dari Mac anda.

Instagram masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menggeluarkan perisian bagi komputer peribadinya sendiri.Walau bagaimanapun, kemungkinan besar, Instagram mungkin akan membeli Instagrille dan Carousel untuk menjadi milik peribadi Instagram.

Jadi adakah anda akan menjadi salah seorang pengguna Instagram untuk komputer peribadi?Kongsi pengalaman anda di ruang komen di bawah.

Untuk mereka yang ingin mencuba menggunakan Instagrille, Instagrille boleh di muat turun di sini.

[tweet2download file=”PokkiInstaller.exe” tweet=”Just downloaded Instagrille from .” follow=”@radin_fadli” /]

Share:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Eyes on Me

Shin Nihon, Desa Sri Hartamas

Kali ini nak berkongsi tentang sebuah kedai yang dah lama teringin nak pergi cuma tak bekesempatan sehinggalah baru-baru ini. Kebetulan pula, belum sempat untuk meraikan

Read More »
Eyes on Me

Alila Bangsar, Kuala Lumpur.

Hello dan apa khabar semua? Harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan sejahtera. Kali ini aku ingin berkongsi tentang Alila Bangsar, Kuala Lumpur. Aku berkesempatan

Read More »